Author

Darth Ra

Featured, Gig/Concert/Tour/

Malam Techno, Hardstyle dan Drum & Bass di Acara “Return To Bass”

Sebuah kolektif Dj dan muzik elektronik iaitu Return To Bass akan menganjurkan sebuah sebuah Rave di ruang acara Lek. pada 14 June 2025(Sabtu), bermula dari 9.00pm sampai habis! Return To Bass merupakan sebuah kolektif Dj dan muzik elektronik yang berasal dari Kuala Lumpur(KL) dan mereka telah menganjurkan pelbagai acara Rave dengan tema muzik dari Fast Breaks, Irama Hypnotik, Deep Rumbles dengan genre-genre dari Techno, House, DnB dan Hardstyle. Kali ini, mereka telah mengembangkan sayap mereka di Kuching Sarawak dengan kolaberasi bersama VIBIN’ by Lek.. Irama-irama yang akan dimainkan untuk acara kali ini pula adalah Berlin Minimal, Techno, Hardstyle dan Drum & Bass.

Antara Dj-Dj dari KL dan Kuching yang akan membuat persembahan adalah XO6ALLONS, Heuremin, Lohsyn, Stef, Voize dan Bassmienn.

Sedikit info tentang Dj-Dj yang akan membuat persembahan. XO6ALLONS adalah antara Dj underground dari Kuching yang sedang melakar nama di dalam scene Rave underground di Kuching. Bunyi-bunyian yang menjadi inspirasi kepada XO6ALLONS adalah didapati dari bunyi dari salah satu daripada kelab malam lagenda Techno di Berlin, Jerman, iaitu Berghain. Set  XO6ALLONS adalah lebih kepada Industrial, Hypnotic, Bass yang berat dan pada masa yang sama, beliau memasukkan juga bunyi dari genre lain dan mampu membancuh dengan lancar bagi merancakkan lagi para penari yang berada di lantai tarian. 

XO6ALLONS

Heuremin pula bukan lah nama asing di dalam scene Dj dan elektronik underground di Kuching, terutamanya bagi peminat Techno, Bass dan Breakbeats. Beliau merupakan sebahagian daripada kolektif Dj dan elektronik iaitu NWHR. Set beliau mampu membawa para penari menari seperti berada di alam lain. 

Heuremin

Gabungan 2 Dj iaitu Lohsyn dan Stef yang di kenali sebagai duo LOHST. Mereka berdua merupakan dua Dj yang bermain genre yang berbeza, akan tetapi mampu menggabungkan set mereka menjadi pengadunan yang lancar dan menarik. Ini adalah kerana set Lohsyn adalah lebih ke ara Drum & Bass dan Stef pula lebih kepada bunyi-bunyian Hardstyle. Dengan gabungan mereka bersama, pasti akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 

Lohsyn dan Stef

Dj seterusnya pula adalah seorang yang sudah lama berkecimpung dalam dunia Dj dan hiburan malam di Kuching. Beliau adalah Voize M.I.A dan selain daripada Dj, beliau juga merupakan seorang Emcee dan guru Dj. Beliau juga pernah menyertai pertandingan KL MC Battle pada tahun 2008 dan mendapat tempat ke-2. Selain daripada itu, Voize mempunyai pengalaman yang sangat luas di dalam bidang Dj dan pernah bermain di beberapa kelab malam di seluruh Malaysia. Beliau juga pernah membuat persembahan di Mysterious World Music Festival 2014 bersama dengan 52 Dj lain dari seluruh dunia. Voize juga merupakan antara founder kepada kolektif M.I.A. 

Voize M.I.A

Seterusnya, seorang nama baru di dalam scene Dj underground Kuching dan juga peminat tegar kepada muzik Drum & Bass, Bassmienn. Berasal dari Kuching, beliau baru sahaja berkecimpung di dalam seni Dj dan muzik elektronik dalam setahun. Di sebabkan minat beliau yang mendalam terhadap seni Dj dan bunyi-bunyian Drum & Bass, beliau telah beberapa kali membuat persembahan Open Deck di ruang acara Lek. Sebuah acara di mana para Dj baru atau lama yang ingin membuat persembahan impromptu dan juga sebuah acara di mana mereka yang ingin belajar Dj boleh datang dan cuba belajar bersama Dj-Dj lain di Kuching. Bassmienn merupakan salah seorang daripada produk Open Deck di ruang acara Lek. yang di anjurkan oleh VIBIN’ by Lek..

Bassmienn

Jangan lupa untuk hadiri acara Return To Bass yang akan di anjurkan di ruang acara Lek., dengan kolaberasi bersama VIBIN’ by Lek.. Tiket kemasukan pula di jual dengan hanya berharga RM15 sebelum jam 10.00pm dan akan menjadi RM30 untuk kemasukan selepas 10.00pm. 

Gig/Concert/Tour/, News

“Lady Luck”; Malam Muzik dan Tarian, Bersama Miamor, Intan dan Kara Elle

Sebuah acara Rave bakal berlangsung di ruang acara Lek., pada 6 June 2025(Jumaat), bermula dari jam 10.00pm sampai habis! Tema untuk rave ini adalah ‘Lady Luck‘. Ini bermaksud acara ini adalah meraikan komunitas wanita di dalam scene Dj dan Rave di Kuching dan semua Dj yang akan mengawal lantai tarian adalah dari wanita-wanita yang berpengaruh di dalam scene Dj Underground Kuching-Brunei. Mereka adalah Intan dan Miamor dari Kuching dan Kara Elle dari Brunei. Tiket dijual dengan hanya RM10 untuk para wanita dan RM25 untuk para lelaki.

Sedikit info mengenai Dj-Dj ini; Miamor adalah seorang Dj dari Kuching yang menerokai bunyi-bunyian yang berlainan. Dari irama Baile Funk dan Trap, sehinggalah ke Pop-Edits yang bisa membuat lantai tarian bergerak. Menurut hebahan akhbar yang di hantar untuk acara ini, walaupun Miamor masih baru di dalam scene Rave Underground di Kuching, tetapi sikap beliau yang sentiasa ingin tahu tentang bagaimana hendak mendekati setiap set dengan fikiran yang terbuka dan sentiasa fokus dengan apa-apa perkara yang bagi beliau adalah baik untuk diri sendiri dan untuk orang ramai ketika memainkan set beliau.

Miamor

Perjalanan Miamor sebagai Dj bermula sebagai sebuah eksperimentasi kreatif didalam usaha beliau untuk lebih menggali lebih dalam untuk rasa cinta terhadap muzik dan mempelajari sesuatu yang baharu. Rasa ingin tahu itu berevolusi menjadi semangat untuk mencipta sebuah set yang boleh mencetuskan kegembiraan di lantai tarian.

Dj seterusnya pula adalah juga dari Kuching, iaitu Intan. Bukan lah nama asing di dalam scene Dj Underground Kuching, kemunculan Intan di dalam scene Dj dan muzik elektronik bermula pada tahun 2023. Sejak itu, Intan mula memahatkan nama beliau di dalam komunitas Dj wanita lokal dengan set yang ceria, bertenaga dan penuh semangat. Beliau mula bermain dengan irama-irama seperti House, Melodic House, dan Techno. Dengan peredaran masa dan pengembaraan beliau dalam menerokai dan terus menggali bunyi-bunyian yang wujud di dalam Dance Music, Intan terus berdedikasi dan berevolusi untuk mencipta pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan dan membuka jalan lebih luas untuk pemilihan muzik yang lebih inklusif serta kepelbagaian untuk orang ramai di lantai tarian.

Intan

Dj ketiga di dalam lineup untuk acara ini pula adalah Kara Elle. Berasal dari Brunei, beliau sangat aktif dalam bermain di beberapa gig di sekitar Asia Tenggara. Dengan pengalaman sebanyak 10-tahun, Kara Elle telah menghasilkan bunyi yang berbeza dengan melenturkan beberapa genre muzik elektronik yang dibina berdasarkan gerak hati dan hubungan yang dicipta menerusi lantai tarian bersama orang ramai. Perjalanan beliau di dalam scene Dj ini bermula di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada ketika itu, beliau bermain di beberapa acara peribadi dan bermain menggunakan set peribadi beliau.

Kara Elle

Semenjak debut beliau, dan dengan pengalaman yang beliau perolehi, Kara Elle terus membuat beberapa persembahan di sekitar rantau Asia Tenggara selain dari Malaysia seperti Singapura, Thailand, Kemboja sudah tentunya di negara kelahiran beliau iaitu Brunei. Dengan pengalaman yang beliau ada, Kara Elle boleh menerangi lantai tarian dengan set beliau yang sangat Melodic dan penuh magnetic. Kara Elle juga bakal mengembangkan sayap beliau di negara barat kerana baru-baru ini, Kara Elle telah dijemput untuk menghasilkan set secara langsung di rancangan Downtown Tulum Radio Show, Mexico.

Jangan lupa, untuk hadiri acara exclusif Lady Luck di ruang acara Lek., di bawa oleh VIBIN’ by Lek, pada 6 June 2025, bermula dari jam 10.00pm sampai habis! Tiket dijual dengan hanya RM10 untuk para wanita dan RM25 untuk para lelaki.

New Release

Kolektif Rappers A MOVEment, Knowno, FxZZ, MC Fix, Wayne, Mokha, JrZ dan Haziq Pakman Rilis Muzik Video “Sar A Wak Vol.2”

Gabungan Rappers-rappers dari Sarawak, Knowno, FxZZ, MC Fix, Wayne, Mokha, JrZ dan Haziq Pakman telah meriliskan sebuah muzik video untuk single terbaru mereka iaitu Sar A Wak Vol.2 yang boleh di tonton di platform YouTube channel Knowno Hornbill Official. Mereka juga merupakan sebuah kolektif Hip-Hop di Sarawak yang dikenali sebagai A MOVEment. Sebuah kolektif yang lahir daripada sekumpulan individu yang cinta terhadap sub-budaya dan muzik Hip-Hop.

Sedikit info mengenai A MOVEment, mereka merupakan sekumpulan individu yang mempunyai minat yang sama terhadap sub-budaya dan muzik Hip-Hop. Berkongsi visi dan menggunakan muzik sebagai bukan sekadar hiburan, tetapi sebagai alat penyampaian suara dan perjuangan yang disatukan oleh kesedaran kolektif. Menurut hebahan akhbar yang di hantar untuk muzik video ini, “Kami membuat karya-karya yang membawa mesej, adab dan sopan, hormat tanda budaya kita orang Sarawak khususnya walaupun saingan sehat dalam industri.”

Seperti sedia maklum, A MOVEment membawa muzik dari sub-budaya Hip-Hop dan irama muzik Hip-Hop mereka adalah pengaruh dari 90s Conscious Hip-Hop, Boom Bap, dan element eksperimental Asian Hip-Hop dengan sentuhan element muzik budaya dari Sarawak. Menurut Wayne, “Kami mengekspresikan diri melalui lirik berisi mesej, beat yang mentah dan suara jalanan yang tidak berkias dan agak kasar, tetapi memang cara Orang Sarawak macam ya.

Pengaruh dan inspirasi muzik mereka pula adalah dari Tupac Shakur, Eminem, The Notorious B.I.G, Wu-Tang Clan, Outkast, Bone Thugs-N-Harmony, N.W.A, untuk antarabangsa dan pengaruh lokal pula adalah seperti, Notorious Maximus, Poetic Ammo, Too Phat, At Adau, Teh Tarik Crew, Ruff Edge, V.E, Nico G, 4U2C dan KRU.

A MOVEment juga percaya bahawa seni yang di bawa oleh mereka adalah senjata kepada perubahan. Mereka menggunakan muzik sebagai medium untuk menyampaikan kesedaran, protes, dan refleksi sosial. Tema-Tema kepada karya mereka juga adalah meliputi tentang sistem yang korup, identiti dan perjuangan dalaman, kehancuran budaya, pencerahan melalui seni dan spiritualiti dan mencipta gelombang.

Setiap invividu di dalam A MOVEment juga telah banyak melakukan persembahan di sekitar Sarawak dan berkolaberasi bersama beberapa artis tempatan. A MOVEment juga terbuka untuk apa-apa projek kolaberasi dengan visual artist, pemuisi, filemmaker dan komuniti NGO dan untuk misi jangka panjang mereka, adalah untuk menubuhkan ruang seni bebas dan studio kolektif bagi mengembangkan bakat di akar umbi. Ini adalah komitment A MOVEment sebagai menggunakan seni untuk platform kesedaran sosial dan pembinaan identiti.

Jangan lupa untuk tonton muzik video terbaru daripada kolektif Rappers-Rappers di Sarawak iaitu “Sar A Wak Vol.2“. Jangan lupa untuk like, subscribe dan share!

Uncategorized

Pre-Gawai Hardcore Show di Anjurkan oleh Skon Crew Bertempat di Backdoor Studio

Sebuah gig Pre-Gawai Hardcore Show yang di anjurkan oleh kolektif Hardcore Kuching iaitu SKON CREW akan berlangsung di Backdoor Studio pada 30 May 2025(Jumaat) bermula dari 8.00pm sehingga habis! Gig ini dinamakan “Friday Night Brawl Vol.3” dan akan memaparkan band Hardcore daripada Bandung Indonesia iaitu Bleach.

Gig ini juga merupakan sebahagian daripada jelajah rilisan EP terbaru dari Bleach iaitu “Cursed Life Fades” dan Kuching, Sarawak adalah sebahagian daripada perhentian dari 16 buah lokasi jelajah ini. Dalam semua jelajah ini, Kuching, Sarawak akan menjadi perhantian pertama untuk jelajah bahagian pulau Borneo. Di ikuti pula dengan Kota Singkawang dan seterusnya di Pontianak Kalimantan.

Antara band-band lokal dari Kuching Sarawak yang akan membuat persembahan pembukaan untuk gig ini nanti adalah Schiv, Path To Survive, Counterback dan Sawtorture. Gig ini juga dianjurkan dengan kerjasama semangat D.I.Y Hardcore Punk secara kolektif tanpa mempunyai apa-apa sponsors dan stakeholders dari mana-mana pihak.

Tiket untuk ke gig Friday Night Brawl Vol.3 ini adalah di jual dengan harga RM35(pre-sale) dan RM45 di hadapan pintu. Para pengunjung juga digalakkan untuk membawa isi kewangan lebih kerana akan terdapat pelbagai merchandise dari band-band yang akan membuat persembahan. Ayuh kita berbelanja di dalam ecosystem seni, kreatif dan hiburan underground bagi memastikan kelestarian scene indipendent/underground akan dapat terus berkekalan secara organik, sihat dan mencipta peluang pekerjaan.

Uncategorized

Rapper Irfan Aniq Rilis 4 Track EP “Chevron di Setiap Platform Streaming Muzik

Rapper muda dari Kuching, Sarawak Irfan Aniq telah meriliskan EP terbaru beliau yang berjudul “Chevron” dan boleh di dengari di setiap streaming platform online. EP ini merupakan sebuah kenyataan tentang Underground Hip-Hop di Borneo.

Menurut Irfan Aniq melalui hebahan akhbar yang di hantar mengenai EP ini, “EP ini adalah tentang halatuju. Ia bukan sahaja tentang ke-arah mana saya akan pergi, tetapi tentang pendirian saya juga. Setiap track di dalam EP ini adalah penanda peribadi, politikal atau emosi. Chevron membawa setiap point ini kehadapan.

Selepas kejayaan debut album Irfan Aniq yang pertama iaitu “Detour” pada tahun 2024, EP “Chevron” ini merupakan evolusi di dalam kerjaya seni Irfan Aniq. Terdapat 4 buah lagu di dalam EP ini dan pelbagai jenis irama yang ada didalam penciptaan beat Hip-Hop untuk EP ini. Antara bunyi-bunyian yang ada adalah sentuhan muzik Trap, Jungle dan sedikit pengaruh sonic lokal. Dengan produksi beat-beat ini yang di buat oleh Zai dan nicXL, Chevron memaparkan kematangan Irfan Aniq didalam penulisan lirik dan perjalanan kreatif beliau.

4 track yang terdapat di dalam EP ini adalah:

  1. Yute
  2. Astana
  3. CA$H ON ME (feat. Ziji.Q)
  4. Lay Low

Dengan rilisnya EP Chevron ini, Irfan Aniq telah mengukuhkan lagi tempat nya di dalam scene muzik dan sub-budaya Hip-Hop di Malaysia.

Teruskan stream EP terbaru dari Irfan Aniq “Chevron” yang boleh di dengari di setiap platform streaming muzik seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music dan sewaktu dengan nya.

Discovery, New Release, News

Rapper Arabyrd Rilis Lagu Irama R&B, Di Tujukan Khas Untuk Anak-nya.

Rapper Arabyrd telah meriliskan sebuah single dan muzik video terbaru beliau iaitu “Sky” yang boleh di dengari dan ditonton di setiap platform streaming muzik dan channel YouTube Arabyrd. Lagu ini ditulis oleh Arabyrd untuk anak lelakinya Syed Dris Al Edruce yang kini berusia 2 tahun dan juga sebagai masej daripada ibu untuk menemaninya dalam perjalanan hidupnya.

Walaupun Arabyrd adalah seorang Rapper, namun lagu Sky ini dibuat dalam rentak R&B. Muzik video untuk lagu ini juga di produce oleh Arabyrd sendiri dan diarahkan oleh Koh Khai. Setiap adegan dalam pengembaraan muzik video ini di ambil dengan penuh teliti di Sarawak dan digayakan dengan penuh niat. Video ini juga meraikan keindahan dunia di setiap hari dan bersesuaian dengan pesanan lirik lagu yang hendak di sampaikan. Lagu ini telah diriliskan secara rasminya di setiap platform streaming muzik pada 9th May 2025(Jumaat) dan muzik video untuk lagu ini telah di tayangkan dengan rasminya di YouTube pada 14 May 2025 (Rabu).

Menurut Arabyrd, lagu ini disiapkan dalam masa 2 hari selepas menerima beat dari penerbit Indonesia iaitu Emir Hermono. Sebahagian daripada proses rakaman ini pula dijalankan dari jauh. Lagu ini direkod di studio AOK Records, mix dan mastering lagu ini dibuat oleh Jeson Huang, rekoding engineer pula adalah dari Ethan John. Muzik video ini pula dirakam dalam hanya sehari sahaja di sebuah hotel di Santubong iaitu Cove55.

Jangan lupa untuk tonton muzik video daripada Arabyrd “Sky” di channel YouTube beliau dan jangan lupa untuk share, like dan subscribe!

Gig/Concert/Tour/, News

Seni Kita: Think Thrift, Meraikan Budaya Thrifting Untuk Masyarakat Kuching

Acara Seni Kita anjuran HAUS KCH kembali lagi pada 24-25 May 2025(Sabtu & Ahad) bertempat di bangunan Yun Phin, bermula dari pukul 1.00pm – 10.00pm. Tema untuk Seni Kita kali ini adalah Seni Kita: Think Thrift. Tema ini di pilih adalah kerana sebagai tindak balas kepada masyarakat komunitas Kuching yang suka ke Thrift Market dan membeli barang-barang vintage.

Seni Kita: Think Thrift kali ini akan menampilkan pasaran jimat cermat susun atur, bahagian berkas jimat cermat, gerai penggayaan langsung, aktiviti spin-the-bottle, sesi karaoke dan persembahan setiap malam seperti sesi Mighty Desk oleh Steff Fleur dan Word of Mouth oleh Wordsmiths of Kuching.

Menurut Christy Yang melalui hebahan akhbar HAUS KCH, yang juga merupakan kordinator program untuk Seni Kita; “Budaya Thrifting telah menjadi trend yang sangat popular di kalangan anak-anak muda di Kuching. Semenjak dua tahun yang lalu, kami telah menerima beberapa permintaan untuk menganjurkan pasaran Thrifting dibawah Seni Kita, dan saya juga sangat teruja untuk mengatakan bahawa akhirnya kami telah berjaya membuat ia menjadi kenyataan! Seperti biasa, kami akan bermula dengan skala yang kecil dan berharap untuk dapat berkembang ke lebih banyak tempat yang berbeza di masa hadapan. Pasaran Thrifting adalah bukan sahaja tentang berjimat cermat, ia adalah tentang untuk menggalakkan kemampuan yang lebih sustainable dan dapat menyokong keluarga-keluarga dalam membina budaya perkongsian. Di dalam komunitas kita, di mana setiap sumber adalah sangat penting dan pasaran berjimat cermat akan dapat membantu orang ramai dan menyatukan kita semua dengan memanfaatkan sepenuhnya dengan apa yang kita ada.

Seni Kita kali ini juga akan melancarkan kempen dema awam, dimana orang awam di ajak untuk menyumbang barangan tersayang mereka. Pelbagai kategori barang boleh di terima seperti pakaian, aksesori, barangan rumah, perhiasan dan banyak lagi. Cuma barangan elektronik, perabot dan buka sahaja tidak akan di terima.

Barangan-barangn yang disumbang oleh orang ramai akan dijual semula dan seterusnya, hasil jualan tersebut akan di jual dengan harga diskaun. Hasil jualan ini semua nanti akan digunakan untuk membina lebih banyak program-program yang berinitiatif belia yang dianjurkan oleh HAUS KCH.

Antara perkara menarik yang akan berada pada acara ini nanti adalah Live Styling Photobooth di mana para pengunjung boleh mengambil gambar menggunakan barang-barang Thrifting mereka dengan bantuan jurugambar professional dan penggunaan Polaroid dengan hanya RM15 setiap satu gambar.

Jangan lupa untuk hadiri Seni Kita: Think Thrift yang akan berlangsung pada 24-25 May 2025(Sabtu & Ahad) bertempat di bangunan Yun Phin, bermula dari pukul 1.00pm – 10.00pm. Kemasukan adalah PERCUMA!

Uncategorized

Acara Sukan Ekstreme Pertama Di Sarawak Bakal Berlangsung di Waterfront Central Kuching

Sebuah acara sukan extreme iaitu CanRoll: Pro Action Sports Festival akan berlangsung di Waterfront Central Kuching pada 23 – 25 May 2025(Jumaat – Ahad). Kemasukan adalah percuma! Acara ini akan menggabungkan sukan ekstreme, makanan, gaya hidup, muzik dan budaya belia, semuanya di dalam satu acara. Acara ini dianjurkan oleh Canard Group .

Acara ini dianjurkan khas untuk peminat-peminat sukan ekstreme seperti Skateboard, Roller Blade, Riders, pencipta kandungan(content creators) dan siapa-siapa sahaja yang mempunyai semangat yang mendalam untuk apa-apa perkara yang mereka lakukan.

Menurut Nik Mohd Suhaily, yang juga merupakan founder untuk Canard Media, “CanRoll adalah bukan sekadar festival, ia adalah gerakan budaya. Kami membawa ekspresi belia, sukan lasak, dan keusahawanan tempatan untuk bersama-sama berada pada satu platform yang berkuasa.

Acara ini mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan(MySED), dan banyak lagi. CanRoll 2025 sedang membentuk menjadi salah satu acara yang paling dinanti-nantikan oleh belia pada tahun ini.

Jangan lupa untuk datang ke Waterfront Central Kuching pada 23-25 May 2025(Jumaat – Ahad) untuk acara ini dan jangan lupa bawa kawan-kawan, keluarga dan teman, kerana kemasukan adalah PERCUMA!

Gig/Concert/Tour/, News

Band Hardcore dari Pontianak, Indonesia, Lemondjin Bakal ke Purrfect Studio Kuching Untuk Jelajah Rilisan Album ‘One By One I Face’

Band yang bermain muzik berirama Hardcore Lemondjin yang berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia akan bertandang di Kuching, Sarawak pada 23 May 2025(Jumaat), bersempena dengan jelajah rilisan album terbaru mereka iaitu ‘One By One I Face‘. Gig ini akan berlaku di Purrfect Studio Kuching bermula dari pukul 7pm sampai habis! Gig ini mendapat sokongan daripada Punkcaroba.

Antara band-band yang akan membuat persembahan pembukaan untuk Lemondjin di Purrfect Studio nanti adalah; Exhale My Ozone, Occult Dawn, Path To Survive, dan Mezzavoce.

Album “One By One 1 Face” ini mempunyai 10 buah lagu dan lirik-lirik pula adalah di buat oleh Adelusemarllllo dan Regi Putranda Assegaf, penulis lagu pula adalah dari Owner Seven, Reza Fahrevi EF, dan Deny Sumantrii. Keseluruhan album ini pula di rekod di Seven Studio, producer untuk album ini pula adalah Owner Seven, mix dan master pula oleh Owner Seven(Seven Studio), arranging lagu adalah dari band Lemondjin sendiri, artwork album ini adalah dari drkbiot dan album juga di publish oleh Karimata Hub.

Sedikit info mengenai band Lemondjin, mereka merupakan sebuah band yang bermain dengan genre Hardcore berasal dari Kota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia. Muzik yang mereka cipta adalah banyak menyuarakan tentang perjuangan hidup, berteman dan sosial politik. Di tubuhkan pada tahun 2013 di Kota Sintang. Ini adalah kerana setiap ahli band Lemondjin merupakan para perantau yang bekerja di kota tersebut.

Pada tahun 2015, band Lemondjin telah memutuskan untuk kembali ke kota Pontianak dan meriliskan mini album yang bertajuk, ‘Lajak!!‘ yang dirilis dibawah naungan Lajak Record. Pada tahun 2016 pula Lemondjin telah merilis single iaitu ‘Nista‘ dan sejak itu, mereka telah mula melakukan jelajah yang di mulai dari Sarawak Malaysia, hingga Kota Sanggau, Kota Sintang, di Kalimantan Barat. Kemudiannya pada tahun 2025, Lemondjin meriliskan pula album terbaru mereka iaitu “One By One 1 Face” dan album ini boleh di stream di setiap platform streaming muzik.

Band Lemondjin adalah terdiri daripada Denny(drum), Adel(vocal), Lim(gitar) dan Eza Falen(bass).

Jangan lupa untuk hadir di Purrfect Studio Kuching untuk jelajah ‘One By One I Face‘ dari Lemondjin. Tiket di jual di hadapan pintu dengan hanya RM50

New Release

Baby Shima Semarakkan Hari Gawai dengan Single/MV “Maya Hari Gawai”

Penyanyi irama Dangdut sensasi Malaysia iaitu Baby Shima telah meriliskan muzik video(MV) terbaru beliau iaitu “Maya Hari Gawai” yang boleh di tonton di platform YouTube dan semua platform streaming muzik yang ada. Lagu ini ditulis sepenuhnya oleh producer dan artis Hairee Francis bersempena dengan perayaan Hari Gawai yang akan di sambut oleh setiap warga Dayak Sarawak pada 1 June 2025 nanti. Lagu ini di riliskan di bawah syarikat label XIBO Entertainment.

Lagu “Maya Hari Gawai” ini adalah tentang kepulangan anak perantau, penghargaan kepada adat, serta kegembiraan menyambut Gawai bersama keluarga dan komuniti. Genre lagu ini pula adalah berirama Pop-Etno. Dengan menggabungkan irama moden dengan unsur-unsur muzik tradisional Dayak, agar ia menjadi lebih autentik dan sarat dengan akar budaya tempatan. Lagu ini juga mengangkat simbolik Ngirup ai pengayu(minum air kehidupan), dan menyeru untuk mengekalkan ikatan kekeluargaan dan meraikan adat warisan yang menyatukan.

Saya mahu lagu ini menjadi jambatan antara generasi dan mengingatkan kita bahawa dalam dunia yang semakin moden, warisan dan akar budaya tetap menjadi nadi yang menghidupkan kita.” ujar Baby Shima.

Dengan menampilkan visual memukau di Sarawak, termasuklah rumah panjang, busana tradisional Iban, tarian ngajat serta kehangatan sambutan Hari Gawai bersama komuniti tempatan. Di dalam muzik video ini yang juga merupakan hasil daripada ciptaan produksi Spektrum Cahaya, kita dapat melihat bagaimana Baby Shima juga turut menyertai ritual dan aktiviti masyarakat, dengan menggambarkan rasa hormat dan keterbukaannya menyelami budaya setempat.

Tambah Baby Shima lagi, “Ini bukan sekadar lagu. Ini hadiah hati saya buat rakyat Sarawak. Gayu Guru Gerai Nyamai.”

Tonton muzik video terbaru daripada Baby Shima di YouTube dan jangan lupa untuk like, subscribe dan share!