Punkcaroba kembali lagi dan kali ini mereka berkolaberasi dengan Blcksovl Records untuk gig yang berjudul ‘Small Show Great Friends‘. Gig ini akan berlangsung di Backdoor Studio pada 11 May 2024 (Sabtu), bermula jam 6pm dan tiket dijual dengan harga Rm35, berserta dengan percuma minuman dan stiker gig.
Gig ini akan mempersembahkan 4 buah band dan 2 artist yang memainkan muzik bergenre noise. 4 band yang akan membuat persembahan adalah Kolbenfaust, Blindsided, Rey/Rey, Korxic, dan 2 artist noise pula adalah Declining Rate dan Clangour.
Untuk gig ini, band Kolbenfaust akan membuat shooting muzik video untuk lagu mereka yang berjudul C.O.P.S. Orang ramai yang hadir di gig ini juga akan berpeluang untuk muncul di dalam muzik video ini. Gig ini juga akan menjadi permulaan untuk jelajah band Blinsided di sekitar Asia Tenggara. Buat pertama kali juga, dua buah artis genre Noise, Declining Rate dan Clangour akan membuat Noise battle. Suatu perkara yang baru dan menarik untuk warga underground lokal untuk saksikan.
Jangan lupa, untuk bersama-sama meraikan gig yang akan berlaku sabtu ini di Backdoor Studio anjuran Punkcaroba. Gig bermula jam 6pm sampai habis! Tiket pula akan dijual dengan harga Rm35.
Pasti ramai terutamanya untuk warga-warga negeri Sarawak sudah biasa mendengar lagu yang berjudul ‘Berkikis Bulu Betis‘ yang di nyanyikan oleh penyanyi legenda Sarawak iaitu Andrewson Ngalai. Lagu ini juga telah beberapa kali di-olah semula oleh peminat beliau dan terdapat pelbagai jenis cover dan versi yang boleh di dapati di YouTube. Baru-baru ini juga, pasti ramai sudah melihat rendisi terbaru untuk lagu ini oleh sebuah kumpulan duo yang memulakan debut mereka dengan sebuah olahan semula untuk lagu ‘Berkikis Bulu Betis‘ dan kumpulan duo tersebut adalah KMJX(ku-man-jax).
Sedikit info mengenai KMJX, mereka merupakan sebuah kumpulan yang berada di bawah naungan XIBO Entertainment, sebuah syarikat agensi hiburan yang juga merupakan subsidari kepada XENO Entertainment. Ahli-ahli KMJX pula adalah terdiri daripada Lanny Ho dan Mag Johari. Kedua-dua mereka adalah terdiri daripada latar belakang yang berbeza dan sudah berkecimpung di dalam dunia hiburan dan dunia influencer lokal di Sarawak. Menurut kenyataan akhbar dari XIBO, mereka telah bersedia untuk mengolah semula landskap muzik Sarawak dengan gaya mereka yang tersendiri, iaitu dengan menggabungkan bunyi-bunyian dan pengaruh-pengaruh traditional dan kontemporari agar ia dapat dinikmati dan di hayati oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan latar belakang.
Menurut JayC yang juga merupakan pengurus kepada KMJX, ‘Kami di XIBO percaya bahawa mereka(KMJX), mempunyai potensi yang sangat besar dan mampu meninggalkan impak yang besar bukan sahaja di dalam industri muzik, tetapi juga dalam mempromosi pemahaman dan appresiasi berbilang budaya kepada setiap lapisan masyarakat.‘
Menurut hebahan akhbar oleh XIBO juga, debut single olahan baru ‘Berkikis Bulu Betis‘ oleh KMJX ini telah mendapat kebenaran daripada penyanyi asal Andrewson Ngalai untuk di bagi nafas baharu. Olahan baru muzik ini adalah di buat oleh Hairee Francis dan muzik video ini pula adalah di buat oleh 21 Ways. Check out, debut KMJX‘Berkikis Bulu Betis‘ yang di bagi nafas baru dari segi muzik dan muzik video.
Haus KCH kembali lagi bulan ini dengan Seni Kita Weekend yang akan berrlangsung di Kuching Community Social Support Centre (CSSC) pada 27 dan 28 April 2024 (Sabtu & Ahad) bermula jam 10.00am – 6.00pm. Tema untuk Seni Kita Weekend kali ini adalah, ‘Women and Mental Health’, dengan kerjasama bersamaMental Health Association of Sarawak (MHAS)dan Mind Brew. Tema Wanita dan Kesihatan Mental adalah salah satu antara misi HAUS untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dengan menggunakan seni sebagai medium menyampaikan pesanan kepada orang awam.
Seperti Seni Kita yang sebelum ini, akan ada pelbagai aktiviti yang menarik dan untuk kali ini akan ada banyak aktiviti yang interaktif dan berkaitan dengan kesihatan mental. Akan ada juga screening untuk kesihatan mental, kumpulan sokongan untuk kesihatan mental, pasar artisan dan juga sesi persembahan muzik yang berjudul KAMBOH.
Menurut Christy Yang, juga merupakan kordinator program untuk Seni Kita Weekend, ‘Kita telah mendapat pelbagai sokongan yang luar biasa pada bulan March dan May 2023 lepas. Ia juga jelas menunjukkan bahawa kepentingan dalam menawarkan maklumat dan pandangan mengenai wanita dan kesihatan mental. Untuk acara yang akan di adakan kali ini, kami akan memperkenalkan konsep yang segar dan memastikan ianya masih mempunyai kaitan di dalam dunia dan komuniti seni.’
Dengan kolaberasi bersama Mental Health Association of Sarawak(MHAS) dan Mind Brew, aktiviti seperti Lets Talk, dimana akan ada sesi one-to-one di booth mendengar(listening booth), #KisahKamek di mana dekat dinding akan di gantung hasil tulisan-tulisan individu-individu dengan cerita dan pengalaman mereka dalam menghadapi masalah mental. Juga akan ada Interactive Crowd Wisdom, sebuah papan interaktif dan Build Your Own Grounding Self-Care Kit yang akan memaparkan vendor dari para artis.
Kumpulan Sokongan Kesihatan Mental(Mental Health Support Group Sessions) yang di terajui oleh Ayleah Aquino yang juga merupakan seorang kaunselor berdaftar akan melakukan bengkel mengenai ‘wanita dan tempat kerja’ dan juga ‘pemerkasaan wanita’ untuk kedua-dua tarikh acara ini. Seni Kita juga akan berganding bersama Dirty Art Club, di mana mereka akan memaparkan kanvas yang bertemakan Women X Mental Health, sebuah initiative seni yang dilakukan bersama setiap peserta dimana para peserta bebas meluahkan sifat seni didalam mereka pada sebuah kanvas.
58 Pasar Seni Kita pula seperti sebelum-sebelumnya akan ada beberapa vendor yang baru dan lama. Antaranya ialah MHAS, Gerai Sulu Nuan, Rena’s Story, Benang Studio, ugm.my, Puff Lab dan ramai lagi. Dari fashion, ke aksesori, seni bercetak, produk kesihatan dan pelbagai lagi. Sebuah acara tidak akan sempurna jika tiada booth makanan dan minuman. Akan ada macam-macam jenis vendor makanan dan minuman untuk para pengunjung menikmati sambil menghayati acara Seni Kita.
Segmen penutup untuk acara Seni Kita kali ini adalah Kamboh, akan berlaku pada hari Ahad(28 April). Sesi ini akan memaparkan beberapa artis lokal iaitu Lofrine (penyanyi & penulis lagu), Pamela Wang (penyanyi & gitaris) dan Steff Fleur(penyanyi dan penulis lagu).
Turut serta di dalam upacara penutup pada 28 April (Ahad) akan di lakukan oleh YB Dato Sri Hajah Fatimah, yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Sarawak.
Hari Kedai Rekod, ataupun lebih dikenali sebagai Record Store Day(RSD) merupakan sebuah perhimpunan buat pemilik-pemilik kedai rekod indipendent dimana mereka meraikan budaya menghargai dan menempah rekod-rekod dari format vinyl, cds, kaset dan apa-apa dalam bentuk fizikal. RSD di Kuching akan di adakan pada 27th April 2024(Sabtu) bertempat di Riverside Shopping Complex, ground floor bermula jam 10.30am sehingga 6.30pm.
Acara Record Store Day pada mulanya adalah sebuah pergerakan yang bermula di Amerika Syarikat pada setiap bulan April dan November. Pergerakan ini mula di sambut baik oleh kebanyakan pemilik-pemilik kedai rekod di seantero dunia. Pada waktu ini juga pelbagai rilisan-rilisan istimewa dan exclusive bukan hanya dari fizikal rekod sahaja, tetapi akan ada pelbagai sesi-sesi menarik seperti body painting, persembahan memasak, meet & greet bersama artis lokal, persembahan dari Dj-Dj yang akan memutarkan koleksi rekod-rekod mereka dan banyak lagi.
Sedikit sejarah mengenai permulaan RSD di Kuching, ia bermula pada tahun 2018 dan di anjurkan di HAUS KCH sempena Timbre Sessions pada ketika itu. Pada waktu itu juga ia bermula dengan hanyalah ada 5 vendors dan pengunjung-pengunjung yang datang adalah daripada kawan-kawan. Pada tahun 2019 pula RSD di jalankan sekali lagi dengan kerjasama bersama Tokovintaj dan acara pula di anjurkan dan di kordinasikan oleh SCMW dan CatSound. Untuk acara RSD yang ke-2 pada ketika itu adalah lebih besar dan ada pertambahan vendor menjadikan jumlah vendor untuk RSD ke-2 adalah 8 vendor. RSD yang ke-2 di anjurkan di 11 Ridgeway dan berjaya menarik pengunjung sehingga lebih dari 100 orang. Dengan itu, RSD Kuching telah dimasukkan secara rasminya sebagai salah satu acara rasmi RSD Malaysia seperti yang di anjurkan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Johor Bahru.
Namun, ketika dunia di landa pandemic Covid-19 dan kekangan untuk menganjurkan acara fizikal di tempat awam, RSD masih tetap dilakukan tetapi di dalam skala yang kecil dan terkawal mengikut kehendak kerajaan pada ketika itu. Namun apa yang menakjubkan, RSD ketika pandemic ini telah berjaya menarik semakin ramai vendor dan jumlah vendor yang menyertai RSD pada ketika ini adalah sebanyak 12 vendor. Walaupun dilakukan dalam skala kecil, RSD Kuching pada tahun 2020 telah berjaya dinobatkan sebagai salah satu RSD Malaysia yang rasmi pada ketika itu. Selepas 2020, RSD mula berehat seketika dan tidak mengadakan apa-apa acara.
Namun pada tahun 2024, setelah 4 tahun berada dalam keadaan hiatus, RSD Kuching kembali lagi kali ini dengan kerjasama antara Tokovintaj, CatSound, SCMW, Pancaindera dan One Sound & Light. Pada tahun ini, dijangkakan RSD akan menerima lebih banyak vendor-vendor dan akan ada lebih banyak aktiviti yang akan di jalankan sempena meraikan kemunculan semula RSD Kuching setelah sekian lama.
Antara aktiviti-aktiviti yang akan berlaku di RSD adalah, meet & greet bersama vendor-vendor/pemilik-pemilik kedai rekod, sesi Dj, perlancaran muzik video ‘Oi! Pendusta’ daripada band Mono & The Saturday Heroes, Podcast bersama Pancaindera, dan beberapa persembahan daripada band-band lokal.
Jangan lupa untuk sertai Record Store Day yang bakal di adakan dalam Riverside Shopping Complex, bertempat di Councourse, Ground Floor pada 27 April 2024(Sabtu), bermula jam 10.30am sehingga 6.30pm. Checkout barang-barang rare, vintage, premium dari segi koleksi-koleksi rekod yang mungkin tidak terdapat di dalam dunia internet dan hanya boleh di dapati dalam bentuk fizikal.
Penyanyi dan penulis lagu, Adruce Azman yang berasal dari Kuching, Sarawak, telah meriliskan single terbaru beliau iaitu ‘Raya Bersamamu‘ yang boleh didengar dekat semua platform muzik streaming. Lagu ini menurut Adruce adalah sebagai ungkapan rasa rindu masa kecil ketika menyambut raya bersama ibu-ayah dan adik beradik. Selepas itu, transisi menuju ke alam dewasa pula dan menyambutnya bersama keluarga sendiri.
Sedikit info mengenai pembikinan lagu ini dan muzik video untuk lagi ini. Lagu ini di tulis dan di susun sepenuhnya oleh Adruce Azman. Rakaman untuk lagu ini dari mix & master, terbitan, dan penyelarasan bunyi pula di buat di AOK Records. Untuk pemuzik-pemuzik yang terlibat di dalam rakaman lagu ini pula adalah Farouk Kamil yang bermain di posisi gitar elektrik, Nasyaruddin bermain bass, Erfan di posisi keyboard dan Alexander Ang di posisi drum. Untuk muzik video pula adalah dibuat oleh Studio Selepas Senja.
Check out muzik video untuk lagu terbaru daripada Adruce Azman. Jangan lupa, subscribe, like dan share!
Kuching Reel Society, sebuah komunitas yang pencinta filem akan menganjurkan perjumpaan di waktu malam untuk berdiskusi tentang pemenang Anugerah Akademi untuk kategori ‘Best International Feature‘ iaitu ‘The Zone of Interest‘ yang di arahkan oleh Jonathan Glazer. Seperti sebelumnya, perjumpaan ini akan berlaku di ruang acara ‘Lek.‘ yang terletak di sebelah Zinc Restaurant dan akan bermula jam 10pm – 12AM. Harga tiket kemasukan untuk perjumpaan ini pula adalah hanya RM20 untuk seorang.
The Zone of Interest menceritakan tentang kehidupan yang menganggu kehidupan keluarga biasa dan kengerian yang tidak dapat dibayangkan di dalam kem tahanan Auschwitz. Rudolf Hoss yang juga merupakan komander camp tersebut, masih tetap dapat menjalankan kehidupannya hari-hari seperti perkara biasa di dalam kemewahan dan kesenangan bersama keluarga beliau. Filem ini meneliti dan mendedahkan bagaimana perlakuan yang kejam terhadap kemanusiaan boleh dilakukan pada hari-hari, seolah-olah ia adalah perkara yang menjadi rutin dan kebiasaan.
Pengarah filem ini iaitu Jonathan Glazer berjaya menekankan kepada penonton tentang realiti yang menyeramkan tentang sifat-sifat manusia yang terlibat dalam kejahatan yang tidak dapat dibayangkan. Filem yang menerokai tentang perebutan kuasa, dehumanisasi, dan korupsi moral di dalam sistem yang tidak menekankan keadilan mengingatkan kita tentang kesan authoritarianisme jika ia berkekalan sehingga ke zaman kini.
Disebabkan subjek untuk filem ini adalah berat berbanding perbincangan filem yang di anjurkan oleh Kuching Reel Society sebelum ini, hanya para hadirin yang berumur atas 18 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke perbincangan ini. Menurut Syed Amierul, yang juga merupakan pengasas kepada Kuching Reel Society, “Perjumpaan bagi peminat filem ini adalah bertujuan untuk meraikan seni di dalam sinema dan untuk sama-sama menggalakkan perbincangan yang bermakna dengan peminat-peminat filem yang lain, dan secara tidak langsungnya akan turut berjaya memupuk industri filem tempatan terus ke hadapan.”
Calvin Nanang, seorang penyanyi + rapper yang berasal dari Sri Aman telah meriliskan lirik video lagu terbaru beliau berjudul ‘Irau‘ dalam bahasa Iban di channel YouTube beliau. Lagu ini di tulis, kompose dan di mix & master oleh Calvin sendiri. Untuk muzik lirik video bagi lagu ini juga di buat sepenuhnya oleh Calvin sendiri. Lagu ini menceritakan tentang pengalaman beliau sendiri dalam menghadapi dan mengharungi perjalanan cerita beliau di dalam sesuatu hubungan.
Sedikit info tentang Calvin Nanang, beliau merupakan ahli untuk Music Right Sarawak Berhad. Mereka merupakan sebuah badan perlesenan yang menguruskan kutipan tarif untuk industri kreatif di Malaysia. Beliau mula menonjolkan bakat beliau di dalam muzik dengan bermain busking di sekitar waterfront di Sri Aman dan beliau mula membuat persembahan di atas pentas apabila menyertai pertandingan Battle of the Band pada tahun 2019 dan mendapat tempat pertama. Calvin juga pernah membuat kolaberasi dengan beberapa artis lokal seperti Nekara, 95k Studio, dan TT on the Move
Pada awal karier beliau di dunia digital pula, Calvin mula membuat beberapa lagu cover dan menge-postnya di dalam beberapa akaun media sosial beliau sehingga pernah mendapat sehingga lebih 200 ribu view dalam masa satu minggu. Menurut Calvin di dalam kenyataan akhbar yang di hantar oleh beliau, “Seumur hidup saya, muzik telah sentiasa menjadi semangat dan medium kepada saya untuk terus mengekspresi diri saya melalui seni di dalam sesuatu yang lebih bermakna. Tidak kisahlah sama ada dalam bentuk penulisan lirik, membuat persembahan di atas pentas atau sebagainya. Muzik adalah cara terbaik untuk saya terus menceritakan tentang diri saya, perasaan saya dan pengalaman saya dalam mengharungi liku-liku kehidupan“.
Clavin Nanang sememangnya merupakan salah seorang artis muda yang patut di beri perhatian sama ada dalam dunia muzik mainstream mahupun underground. Untuk mendengar lagu terbaru Calvin Nanang, check out video di bawah. Jangan lupa like, subscribe dan share!
Irfan Aniq, salah seorang rapper lokal yang berasal dari Kuching Sarawak telah meriliskan EP beliau iaitu ‘Detour‘, pada 8 March 2024 lepas. Terdapat 7 track yang ada di dalam EP ini dan genre yang di bawa adalah Hip-Hop/Rap. Studio yang terlibat di dalam pembikinan EP ini adalah Anak Kapal 47, Director pula adalah Zeeqman, Producer untuk EP ini pulah adalah nicXL dan Zai manakala Mix & Mastering untuk EP ini dilakukan juga oleh nicXL, Zai, Emansushii dan Danish Haruno.
Sedikit info tentang Irfan Aniq. Beliau mula berjinak dengan irama Hip-Hop/Rap kerana mendapat pengaruh daripada ayah beliau yang mendedahkan beliau dengan lagenda-lagenda Hip-Hop/Rap seperti 2pac, Cypress Hill, Dr. Dre dan sebagainya. Di sebabkan itu, sejak di bangku sekolah lagi, Irfan Aniq mula menulis beberapa rhyme untuk mengasah penulisan beliau didalam Rap dan beliau juga kerap kali melakukan Freestyle Rap bersama rakan-rakan beliau.
Pada masa itu juga beliau mula membuat rakaman audio Rap beliau secara D.I.Y(Do It Yourself), dan pada masa yang sama juga, beliau dan rakan-rakan beliau sering berkongsi track-track yang di buat oleh mereka agar sama-sama dapat mempertingkatkan skill mereka di dalam seni Rap. Selepas itu, beliau dan rakan beliau Adam mula mengepost lagu pertama mereka yang raw di dalam instagram dan lagu itu mula mendapat banyak traction dan ramai orang suka akan lagu itu. Selepas itu bermulalah perjalanan Irfan Aniq dan kolaberasi beliau dengan producer Hip-Hop lokal seperti nicXL dan Zai, dan mereka meriliskan debut mixtape pertama iaitu ‘Beware‘. Setelah beberapa ketika, Irfan Aniq pula mula berkolaberasi dengan salah seorang rapper lokal yang berstatus lagenda iaitu Asyraf Hardy, dan juga lokal rapper lain yang sedang meningkat naik seperti Ziji Q.
Juga sedikit info tentang EP ini, menurut Irfan Aniq, EP ini menggambarkan refleksi pengalaman beliau sepanjang beliau berada di Kuching. EP ini juga menerokai persoalan exsistensial tentang bagaimana beliau menangani perkembangan peribadi beliau dari segi kehidupan, keupayaan lirikal dan komplexity dalam mengharungi hari-hari sebagai rapper yang berjuang di dalam dunia Hip-Hop underground Kuching. Melalui EP ini juga Irfan Aniq menjadi lebih terbuka dalam berkongsi kelemahan dan kesukaran beliau sebagai manusia biasa seperti orang lain.
Zai & Irfan Aniq
EP ini juga akan lebih menonjolkan versatility beliau sebagai salah seorang teknikal Rapper di Kuching dan keupayaan beliau dalam mampu membawa pelbagai gaya di dalam Rap. Irfan Aniq didalam EP ini mempamerkan bagaimana beliau dapat menggabungkan flow yang melodic, jalan penceritaan serta lirikal yang lain daripada apa yang beliau pernah lakukan sebelum ini.
Untuk mendengar EP terbaru Irfan Aniq, boleh lah check out di Link ini. Jangan lupa, like, share, follow dan subscribe!
Sebuah gig anjuran Spud Adventure, Bedy Collections & Heavy Soul Sound Klub berjudul ‘KEEP IT REAL: MUSIK & SUB KULTURE #2‘ akan berlangsung pada 9 March 2024 (Sabtu) bertempat di Appleseed Studio, Kuching. Tiket untuk gig ini boleh didapati pada harga RM40 di hadapan pintu dan pre-sale pada harga RM35. Gig ini adalah edisi ke-2 untuk acara muzik yang menampilkan pelbagai jenis muzik alternatif seperti Punk, Indie, Hardcore, Oi!, dan Metal.
Acara ini akan menampilkan 11 buah band dari seluruh Sarawak dan mereka adalah Relay, Saturday Heroes, Viceroyz, Kelibat, Retreo, The Roller, Sicksense A.D, Afterfall, Rey/Rey, Jejak Biru dan The Hazze. Gig ini akan bermula jam 2pm – 11pm. Untuk mendapatkan tiket, boleh lah mendapatkan tiket secara terus di kedai Heavy Soul Vintage yang terletak di Riverside Shopping Complex ataupun boleh lah whatsapp terus di nombor 016-6176697.
NWHR, sebuah kolektif muzik elektronik yang sering mengadakan gig pop-up party di sekitar bandar raya Kuching akan mengadakan sebuah gig elektronik yang bertemakan House, Techno, EBM, Dark Disco, pada 9 March 2024 (Sabtu). Acara tersebut akan diadakan di Velvet Restaurant and Bar bermula jam 9pm – 3am! Dj-dj yang akan membuat persembahan pula adalah Brainer, Kretek dari Kuching dan Dj Muto dari Kobe, Jepun.
Acara-acara yang dianjurkan oleh NWHR bertujuan untuk merevolusikan kehidupan malam di Kuching dengan mengadakan pelbagai acara elektronik yang memainkan pelbagai genre elektronik yang ada mengikut tema yang bebeza untuk setiap gig. Ini adalah kerana kebiasaannya pada setiap minggu di kelab-kelab malam di Kuching, kelab-kelab mainstream yang ada, sentiasa memainkan muzik yang sama dengan lenggok yang sama tanpa variasi dan kelainan. NWHR mensasarkan untuk mengubah kebiasaan itu dengan menyediakan alternatif kepada mereka yang menginginkan kelainan dalam mengisi sosial kehidupan malam mereka di hujung minggu.
Kretek
Sedikit info mengenai Muto, beliau berasal dari Kobe, Jepun dan telah menetap di Singapura untuk beberapa tahun. Beliau merupakan regular dj untuk Headquarters dan juga merupakan resident DJ di sebuah kolektif muzik lokal di Singapura iaitu Ice Cream Sundays. Mereka sering mengadakan beberapa siri pop-up parties di sekitar pulau Singapura. Jenis-jenis dan genre-genre muzik yang sering diputarkann oleh Muto di setiap set beliau adalah yang ber-irama House, Electronic Body Music(EBM), Dark-Disco, Slo-mo Disco, dan beberapa bunyi-bunyian yang pelik yang wujud di dalam spektrum muzik elektronik.
Brainer
Pada tahun 2021, Muto telah meriliskan debut EP beliau yang berjudul ‘Ishi‘ dibawah label Indonesia iaitu Dekadenz. EP kedua beliau pula adalah ‘Maniac Noise‘ juga dibawah label Indonesia iaitu Akamady Records. Untuk rilisan terbaru Muto pula adalah berjudul, ‘Mirare‘ yang telah diriliskan dibawah label Dekadenz pada tahun 2023 dan boleh didapati bukan sahaja dalam bentuk digital, tapi dalam bentuk kaset juga. Beliau juga pernah menyertai 2 kompilasi bersama label Whypeopledance dari Lithuania dan juga FuFu Records dari Hong Kong pada 2022.
Muto
Sekiranya anda ingin mendengar live set oleh Muto, kalian boleh lawat Soundclound beliau. Untuk mendapatkan tiket, boleh lah lawat laman Instagram NWHR dan DM mereka untuk menempah tiket anda. Tiket boleh didapati pada harga RM30 untuk pre-sale dan RM40 di hadapan pintu.