Author

Darth Ra

Gig/Concert/Tour/

Parti Buih Selama 2 Hari di Bvlganvilla

Sebuah acara bernama Kuching Foam Party akan berlangsung di Bvlganvilla pada 28 dan 29 June 2024 (Jumaat & Sabtu). Acara anjuran Endu Borneo dan Bvganvilla ini menjanjikan pengalaman yang penuh menghiburkan dengan pelbagai jenis aktiviti yang menghiburkan dari muzik sehinggalah permainan buih yang banyak! Acara ini akan bermula dari jam 4.00pm sehingga 2.00am untuk kedua-dua hari.

DJ Ice Cream

Sebagai pembukaan, pada 27 June 2024(Khamis), acara ini akan di rasmikan dengan menampilkan Upacara Miring Tradisional. Ini adalah sebagai sesi permbukaan untuk acara ini dan juga sebagai sesi penyelaman budaya untuk di persembahkan kepada para pendatang.

DJ Keeyushee (SFDP)

Untuk persembahan muzik pula akan dilakukan pada waktu malam dengan menampilkan Dj-Dj tempatan seperti DJ Ice Cream, manakala dari kolektif SFDP pula ialah DJ Keeyushee dan DJ Idan dan seterusnya pula adalah DJ Entahlah. Mereka akan memastikan suasana akan sentiasa menjadi meriah dengan rentak muzik tanpa henti sehingga acara ini berakhir.

DJ Idan (SFDP)

Untuk penempahan tiket pula terdapat pelbagai pakej yang di tawarkan dan ia merangkumi:

Pakej A: RM128 untuk 2 orang

  • Termasuk 2 gelas ENDU Sparkling Tuak dan 2 minuman tambahan (koktel atau wain).

Pakej B: RM588 untuk 4 orang

  • Termasuk 1 botol ENDU Sparkling Tuak, 4 minuman (koktel atau wain), dan 1 Papan Perkongsian Bvlganvilla.

Pakej C: RM888 untuk 6 orang

  • Termasuk 2 botol ENDU Sparkling Tuak, 6 minuman (koktel atau wain), dan 1 Papan Perkongsian Besar Bvlganvilla.

Terdapat juga tawaran istimewa dimana anda boleh menikmati kupon RM50 untuk kemasukan percuma dan membeli minuman serta makanan untuk sepanjang malam menggunakan kupon ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ini, boleh lah hubungi terus di nombor +6013 816 2211. Tambahan lagi, untuk pengunjung wanita pula akan mendapat kelebihan kemasukan percuma. Para wanita di galakkan untuk membawa rakan-rakan mereka untuk datang memeriahkan lagi suasana acara ini.

DJ Entahlah

Jangan ketinggalan dalam menjadi sebahagian daripada acara ini yang menggabungkan hiburan, muzik, budaya dan sambutan yang penuh dengan buih. Anda pasti tidak akan dapat melupakan kenangan dan pengalaman tercipta apabila berada di Kuching Foam Party!

Gig/Concert/Tour/

BACK PAIN: Gig Anjuran Blackwish dan Horizon Entertainment di Backdoor Studio

Blackwish dengan kerjasama Horizon Entertainment akan menganjurkan sebuah gig bernama ‘BACK PAIN‘ yang akan berlangsung pada 29 June 2024 (Sabtu) bertempat di Backdoor Studio Kuching. Gig tersebut akan bermula tepat pukul 6pm sehingga habis. Tiket pula akan di jual dengan harga hanya RM10 untuk atas talian dan juga depan pintu.

Barisan-barisan band yang akan membuat persembahan pada gig ini adalah Exhale My Ozone, SeliparXJipun, Borgore, Sinus Tachycardia, Popang, dan Not Again. Gabungan-gabungan band lama dan baru ini juga bakal menghidangkan mereka yang datang ke gig ini dengan pelbagai genre muzik dari Punk Rock, Hardcore Punk sehingga ke Metal.

Gig ini dianjurkan oleh Blackwish sebagai sebuah jenama tempatan yang menghasilkan merchandise dan design untuk jenama-jenama indipendent tempatan dan juga sebagai medium untuk band-band baru ditubuhkan yang ingin mencipta design untuk brand mereka. Sekiranya band-band baru dan juga lama hendak mencari designer untuk mencipta branding bagi band mereka, atau untuk cover album/ep/single, boleh lah menggunakan servis daripada Blackwish.

Gig/Concert/Tour/

Rave Parti di Tirta Barong

Sebuah Rave Party anjuran dari NWHR akan berlangsung di Tirta Barong pada 29 June 2024 hari Sabtu. Rave ini akan bermula tepat jam 9.00pm sehingga habis! Kali ini, antara genre-genre yang akan di mainkan oleh para Dj untuk Rave ini adalah bunyi-bunyian UK Garage, Breaks dan Hardgroove Techno. Tiket pre-sale akan di jual dengan harga RM30 dan depan pintu pula akan di jual dengan harga RM40.

Traction Control

NWHR merupakan antara kolektif Dj yang aktif membuat pop-up parti dan Rave-Rave underground di sekitar bandar Raya Kuching. Untuk acara anjuran mereka kali ini, buat pertama kalinya, mereka akan membuat di venue yang terbuka di bahagian belakang Tirta Barong. Menurut hebahan akhbar dari NWHR, mereka berharap acara-acara yang di anjurkan oleh mereka akan dapat menyumbang kepada kesinambungan kepada scene muzik tempatan. Mereka juga berharap akan ada lebih ramai event organizer yang ingin berkolaberasi bersama mereka untuk terus mengadakan acara Rave underground yang jarang sekali wujud di Kuching.

Kretek

Antara Dj-Dj yang akan membuat persembahan pada acara ini adalah Traction Control, yang juga merupakan salah seorang dari pada co-founder untuk kolektif muzik Breakboyclub, dan juga Kretek dan Heuremin yang juga merupakan antara pengasas kepada kolektif NWHR.

Heuremin

Sekiranya anda ingin mendapatkan tiket, boleh lah DM page Instagram NWHR dan dapatkan pre-sale anda di sana.

Gig/Concert/Tour/

Co-Op Gig Di Appleseed Studio

Sebuha gig co-op pada hari Ahad(30 June 2024) akan berlangsung di Appleseed Studio Kuching bermula jam 6.00pm sehingga habis. Gig ini akan memaparkan kebangkitan semula scene muzik Alternative/Indie Rock tempatan di Kuching dengan memaparkan gabungan alunan old-school dan nu-school.

Gig ini akan memaparkan 7 buah band yang akan beraksi dengan mereka terdiri daripada pelbagai genre dari Alternatif Rock, Indie Rock, Pop-Punk, Midwest-Emo dan pelbagai lagi. Band-band yang akan membuat persembahan adalah Mascot, Ethnic Transmissions, Automatic The Remote, Sequel Revealed, Voneka, Kajor dan sebeuah persembahan istimewa daripada The Rollers.

Tiket early bird dijual dengan harga RM30 sehingga 29 June 2024 (Sabtu) dan tiket depan pintu pula di jual dengan harga RM40. Jumlah tiket adalah terhad dan sekiranya anda ingin menyelami dunia Alternative, Indie, Midwestern Emo di dalam satu gig, ayuh ke gig ini dan khabarkan kepada rakan-rakan anda.

New Release

Memperkasakan Semula R&B dan Budaya Malaysia & Filipina Bersama Seksitito

Penyanyi R&B Malaysia/Filipino Seksitito telah mengeluarkan debut single muzik video beliau iaitu ‘Ikaw Ang Mahal Ko‘ yang bermaksud Engkaulah Cinta Ku. Lagu ini juga merupakan lagu rasmi untuk sebuah telemovie ‘Kahwin Kontrak‘ yang di tayangkan di stesen television TVS dan juga channel YouTube TVS. Telemovie Kahwin Kontrak ini adalah hasil arahan DeeDee A’iene.

Telemovie ini juga adalah merupakan platform untuk Seksitito untuk memperkenalkan muzik beliau kepada penonton-penonton dan pendengar-pendengar di Malaysia dan Filipina. Apa yang menariknya tentang lagu ini juga adalah ia menggabungkan pelbagai bahasa iaitu bahasa English, bahasa Malaysia, dan bahasa Tagalog. Dengan lagu ini Seksitito berharap ia akan dapat menempa nama untuk dirinya di dalam industri muzik Malaysia dan Filipina dengan menampilkan melodi suara serta lirik yang bermakna untuk setiap sasaran pendengar.

Lagu ini di tulis oleh Sesikito sendiri dengan Valerie Versace. Komposisi dan susunan lagu pula dilakukan oleh Farouk dari AOK Records. Dengan lagu ini, Seksitito berharap ia akan dapat merapatkan jurang budaya dan mempromosi muzik R&B di kalangan khalayak Malaysia dan Filipina. Untuk muzik video lagu ini pula ia dihasilkan oleh Danish Busmah dari The 21Ways. Checkout muzik video Seksitito di channel YouTube Francis Five Production dan jangan lupa like, subscribe dan share!

Gig/Concert/Tour/, News

Muzik & Minyak Wangi, dari Fragrance Album di Tirta Barong

Sebuah acara gig yang dianjurkan oleh syarikat minyak wangi Fragrance Album dengan Kuching Frag Group(KFG) bakal melancarkan gig yang menggabungkan muzik dari band-band, artis-artis dan rapper-rapper lokal bersama dengan keusahawanan minyak wangi lokal. Gig ini dinamakan ‘Tune Into The Scene‘. Acara ini akan dianjurkan pada 15 June 2024 (Sabtu), bermula jam 7.00pm – 11.00pm, di Tirta Barong Kuching.

Selain dari hanya mempunyai persembahan muzik, acara ini juga akan mempunyai sesi ‘Ceramah Kesedaran Wangi-Wangian’ yang di lakukan oleh Calvin dari FragranHeaven, di mana tajuk ceramah beliau adalah, ‘Kenal Pasti Perfume Palsu‘. Intipati ceramah ini akan bercakap tentang bagaimana kita boleh mengelakkan daripada membazir wang perbelanjaan kita apabila membeli wangi-wangian dan pada masa yang sama, menjaga kesihatan kita daripada terjerat dengan pembelian minyak wangi palsu. Ceramah ini akan memastikan para pendengar di hujung ceramah, akan lebih memahami garis panduan dalam membezakan wangi-wangian yang berkualiti dan tidak berkualiti.

Selepas itu, ada konsultasi minyak wangi pula dari KFG, di mana mereka akan membimbing anda melalui pilihan-pilihan minyak wangi yang ada berdasarkan pilihan anda, personality anda, dan gaya hidup anda. Antara vendor-vendor minyak wangi yang akan berada di acara ini adalah, Fragrance Album, FragranHeaven, Ibrahim Perfume, dan Magnifi.Scent.

Selepas selesai segalanya, acara ini di teruskan dengan sesi muzik dari artis, rapper dan band lokal seperti, Adruce Azman, Irfan Aniq, Ziji Q, dan Viceroyz.

Tiket boleh di dapati dengan harga RM50 seorang dan percuma sample minyak wangi daripada para penganjur. Harga kombo juga boleh didapati dengan harga RM100, dan disertakan sekali dengan baju t-shirt berlengan panjang.

Sekiranya anda berminat untuk menghadiri acara ini, boleh lah ke Tirta Barong pada 15 June 2024 (Sabtu), bermula jam 7.00pm – 11.00pm. Para penganjur juga berpesan, sekiranya anda mempunyai masalah allergi atau sensitivity, boleh lah memaklumkan kepada para penganjur, agar mereka boleh bersedia dalam membuat apa-apa yang perlu agar ia dapat membuat anda berasa selesa.

Gig/Concert/Tour/

MIXTAPE VOL 1: Sempena Hari Gig Kebangsaan Memaparkan Barisan Persembahan Indie/Underground Pelbagai Genre di Satu Pentas

Project Amnesia, bersama Atas Angin akan menganjurkan sebuah gig Mixtape Vol 1, sempena dengan Hari Gig Kebangsaan. Gig ini akan diadakan di HAUSKCH pada 8 June 2024 (Sabtu), bermula dari 4.00pm sampai 10.00pm.

Menurut Project Amnesia, “Misi kami adalah untuk mempromosikan penciptaan muzik dan memupuk ekosistem yang sustainable. Acara ini juga akan bertindak sebagai platform untuk rakan-rakan penganjur dan syarikat-syarikat label untuk mencari bakat-bakat terpendam di dalam scene Underground/Indie lokal kerana acara ini menawarkan pad perlancaran yang unik untuk muzik lokal.

Antara band-band yang akan membuat persembahan pada acara ini adalah Radtheory, Popang, Bunch of People, Jon Kennedy, Retreo, Yobeh, Hey! Leave A Message, NO.MO, Viceroyz, Montana, Breath In Ocean, dan Needless To Be Forgiven.

Jangan lupa untuk hadiri acara di HAUSKCH, pada 8 June 2024 (Sabtu), bermula jam 4pm sampai ke malam. Dan jangan lupa untuk like follow dan share page-page yang di share di link-link di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkembangan terkini organizer dan band-band yang akan membuat persembahan. Gig ini adalah dilakukan dengan kerjasama bersama antara AOK Records, XIBO Entertainment, Atas Angin, 21 Ways, HAUSKCH, dan RukunTV.

News

Pertukaran Budaya Antara Bidayuh dan Maori Di Anjurkan oleh Pungu Borneo

Keusahawanan sosial Pungu Borneo telah menganjurkan acara pertukaran budaya di antara budaya Bidayuh Sarawak dengan Maori New Zealand, yang terletak di kampung Sibuluh Bau pada 18 May 2024(Sabtu) lepas. Acara ini di anjurkan dengan sokongan oleh Sarawak Craft Council (SCC), Sibuluh Sport, Social and Recreational Club (SSSRC), Dayak Bidayuh Litarery Society (DBLS), dan disertai sekali bersama ahli parlimen YB Mordi Bimol dan ketua pasukan Lucille Awen Jon.

Pertukaran budaya yang unik ini diharapkan dapat merapatkan, memperkenalkan dan mendidik masyarakat antarabangsa akan budaya orang Bidayuh, yang juga merupakan antara budaya-budaya di Sarawak yang mempunyai pelbagai bilang bangsa. Pungu Borneo sebagai tuan rumah kepada 20 rombongan pelajar dan pensyarah dari Maori Business CAPEs New Zealand melihat acara ini sebagai penghargaan didalam budaya dan tradisi Bidayuh di samping assimilasi dengan gaya hidup moden daripada para pelajar.

Para pelajar dan pensyarah Maori pula membuat sesi perkongsian tentang bagaimana mereka menghadapi pelbagai cabaran dengan isu-isu seperti edukasi, sosial, ekonomi dan sustainability(kelestarian). Kempen kesedaran ini menitik-beratkan tentang kepentingan pemeliharaan budaya yang seterusnya boleh membawa kepada peluang keusahawanan kepada masyarakat orang Asli.

News

Harvest Fusion Festival 2024, Destinasi Gawai Urban di LA Promenade Mall

Sebuah acara yang meraikan kepelbagaian, dan kekayaan budaya Sarawak iaitu Harvest Fusion Festival 2024 telah berlangsung di La Promenade Mall Outdoor Carpark bermula 18 – 31 May 2024 dari jam 5pm sehingga 11pm. Acara yang di anjurkan oleh City Services Sdn Bhd ini menjanjikan pengalaman yang tak akan dilupakan oleh mereka yang datang. Harvest Fusion Festival juga dipasarkan sebagai festival Gawai yang Premium dengan menggabungkan elemen-elemen tradisional, dan kontemporari.

Menurut hebahan akhbar, festival ini juga di anjurkan dengan bertujuan untuk mempromosikan kepelbagaian dalam berbilang bangsa dan jurang generasi. Perkara ini boleh dicapai dengan mempelbagaikan tema persembahan yang juga merangkumi makanan dan minuman.

Buat pertama kalinya, perlancaran besar-besaran akan dilakukan bersama dengan para hadirin sebagai melambangkan penghormatan kepada keharmonian dan kepelbagaian di dalam Sarawak. Band seperti At Adau dan Dream Machine akan berganding tangan sebagai persembahan pembukaan dan juga sebagai menandakan pertembungan pelbagai genre, generasi dan tradisi.

Countdown untuk The Harvest Fusion Festival 2024 Gawai Countdown adalah di endorse oleh Guinness dan disokong oleh Heineken Malaysia Berhad dan sebagai sempena mengira detik untuk 1 Jun, At Adau akan sekali lagi membuat persembahan sambil ada upacara ‘Sealing of the Tuak jar‘ akan diadakan sempena sambutan perasmian The Harvest Fusion Festival.

Antara highlight-highlight lain untuk acara ini adalah persembahan dari Lock & Load, barisan-barisan penghibur dari Bidayuh Artiste Music Association (BAMA), Pinanak Sentah, Music Never Die, Metric Modulation, Ethnic Transmission, Radak Nyawa, Automatic The Remote, Yaya Sim, dan 11th Minute Band.

Persembahan terakhir pula akan di ketuai oleh persembahan dari At Adau. Sebagai tambahan, The Harvest Festival juga akan melancarkan ‘Udah Makai Buai’, sebuah kempen dimana ia bertujuan untuk menekankan kesedaran dan mempromosikan kepentingan untuk menjaga kebersihan sekeliling ketika sebuah festival sedang berlangsung dan selepas tamatnya festival tersebut.

New Release

‘Oi! Pendusta’ Muzik Video Terbaru daripada Mono & Saturday Heroes

Mono & Saturday Heroes telah meriliskan muzik video(mv) untuk lagu mereka ‘Oi! Pendusta‘. Juga merupakan lagu yang terdapat di dalam album terbaru mereka iaitu ‘Radio Bovver Rok N RoLL‘. Muzik video tersebut adalah di buat dengan kerjasama bersama Pancaindera Sarawak bersempana dengan solidarity bersama rakyat-rakyat Palestine.

Muzik video ini diriliskan di dalam page YouTube Shuttercinema Motion Works. Menurut informasi yang terdapat dalam page video tersebut, Mono menemui Shuttercinema Motion Works dan menyatakan hasrat beliau yang telah lama berminat untuk membuat sebuah muzik video yang berkonsepkan live show. Tetapi disebabkan kekangan masa, mereka tidak sempat hendak membuat rekoding video live untuk muzik video ini.

Setelah beberapa ketika, mereka kemudiannya berkolaberasi bersama dengan Pancaindera untuk sesi ‘Live Lounge‘ bersama dengan Mono & Saturday Heroes. Ketika sesi Live Lounge ini, mereka terus membuat rekoding untuk penciptaan muzik video ini. Pengarah untuk muzik video ini adalah Achmed D. Youseff, producer adalah Pancaindera, pasukan produksi pula adalah dari One Sound & Light, jurutera bunyi pula adalah dari Aziz Hj Nawarwi & Matt Crawley. Lokasi shooting pula adalah di 5S Backline Studio.

Untuk lagu Oi! Pendusta pula, lagu & lirik di tulis sepenuhnya oleh Mono, producer lagu juga di buat sepenuhnya oleh Mono manakala mix & master dilakukan oleh Grim di 3 Abdul Studio.

Check out video sepenuhnya yang ada di dalam youtube dan jangan lupa like, subscribe dan share!