Author

Darth Ra

Gig/Concert/Tour/

Gempuru Gig, Berlangsung di Virgo & Live 2.0 Bintulu

Titans Empire, sebuah event organiser dari Bintulu Sarawak akan menganjurkan sebuah gig iaitu Gempuru, yang akan berlangsung pada 27 July 2024 (Sabtu), bermula jam 12.00pm sehingga habis! Gig ini akan berlangsung di venue Virgo & Live 2.0 Bintulu. Acara ini dianjurkan dengan kerjasama dengan Audio Sicnal (Sibu), The End-Emic (Bintulu), Design Lab (Bintulu), Band of Collector (Bintulu) dan XedithX (Bintulu.

Gig ini akan mempersembahkan 8 buah band yang akan beraksi dan mereka datang dari sekitar Malaysia seperti Kuala Lumpur, Sepang, Sabah, Kuching, Sri Aman dan Sibu. Band-band tersebut adalah Naratu, Tebabo, Frost Revenge, Ignites of Phobia, Dance On Your Grave, Beyond My Rage, Path To Survive, dan Wp.Shhh. Setiap band ini adalah dari pelbagai genre dari Metal, Hardcore, Punk dan Indie-Rock.

Gig Gempuru ini juga merupakan sebuah acara tahunan yang di adakan dengan tujuan untuk menghimpunkan penggiat-penggiat seni muzik dari pelbagai jenis genre dan merapatkan silaturrahim antara scene-scene sub-budaya yang wujud di seluruh Malaysia.

Tiket pre-sale boleh di dapatkan dengan harga RM65 sehingga 26 July 2024 (Jumaat) dan tiket depan pintu pula akan di jual pada harga RM80. Untuk mendapatkan tiket pre-sale, boleh lah hubungi:

  1. Darryl (+60145895626), Bintulu
  2. Micheal@Mikal (+60198835978), Bintulu
  3. Acun (+60169906532), Miri
  4. Jon Smile (+601131435918), Sibu
  5. Lawrence Thian (+60163191491), Kuching & Kanowit
  6. Chaos Kustom Barber, Bintulu

New Release

Arre, Meriliskan EP ‘OPUD’ dalam Bahasa Rungus

Arre , seorang artis illustrasi dan rapper yang berasal dari Sabah telah meriliskan sebuah EP berjudul ‘OPUD‘ yang boleh didapati di setiap platform streaming seperti Spotify, YouTube/Music, & Apple Music. EP ini mengandungi 6 buah lagu dan bahasa pengantara yang di gunakan untuk lagu-lagu di dalam EP ini adalah dalam bahasa Rungus. OPUD adalah bahasa Rungus dan bermaksud Jaya ataupun Hidup. Menurut Arre, ia bererti, “Seseorang berjaya atau dapat menghidupkan bahasa ibundanya dalam pertuturan mahupun penulisan.

Sedikit info mengenai Arre, beliau mula menulis lagu pada tahun 2019. Pada ketika itu juga beliau berada di keadaan gelap dalam kehidupan beliau kerana beliau pada ketika itu tengah bergelut di dalam perjuangan peribadi beliau dalam menghidap Schizophrenia dan hampir kehilangan semua harapan di dalam hidup beliau. Namun berkat sokongan daripada ahli keluarga terutamanya daripada ibu beliau, Arre masih dapat dan mampu untuk terus meneruskan kehidupan. Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan ibu Arre, setiap hasil kerja dari EP ini adalah dibuat sebagai penghormatan untuk ibu beliau yang turut sama membantu di dalam membantu merangka lirik untuk EP ini.

Sebagai artis illustrasi juga, Arre juga telah banyak mencipta pelbagai karya seni untuk klient korporat dan juga klien peribadi. Beliau mendapat inspirasi daripada kehidupan hari-hari dan Arre juga menggunakan seni ciptaan beliau sebagai medium untuk mengexpressi pemikiran dan perasaan. Selain daripada medium untuk mengekspressi diri, Arre juga menggunakan seni sebagai tempat untuk mencabar norma masyarakat.

Checkout EP ‘OPUD‘ dari Arre di setiap platfrom striing muzik.

New Release, News, Uncategorized

Beatdown/Metalcore band, Wounded Flame, Mini EP, ‘Murka’ di Striming Platform

Wounded Flame, sebuah band Beatdown Metalcore dari Miri dengan secara rasminya telah mengumumkan rilisan EP mini mereka iaitu ‘Murka‘, yang sekarang boleh di dapati di platform streaming Spotify, YouTube Music, Deezer dan Pandora. EP ini menampilkan 2 trek yang sengit dan mendebarkan serta 1 intro yang mencengkam.

EP ini pada asalnya telah lama di keluarkan secara eksklufif di platform Bandcamp iaitu pada tahun 2020 dan setelah beberapa ketika, akhirnya sekarang ia boleh di dapati secara meluas di platform-platform streaming seperti di Spotify, YouTube Music dan sebagainya. Menurut Demus yang juga merupakan vokalist untuk Wounded Flame. “Kami teruja untuk membawa muzik kami kepada khalayak yang lebih luas dan akhirnya EP kami tersedia di Spotify.”

Tambahan beliau lagi, “Rilisan material sendiri ini takkan tercapai tanpa usaha dari komposer asal lagu Murka, iaitu Rico, juga merupakan selaku bekas pemain gitar Wounded Flame.

Bagi para peminat muzik Metalcore/Hardcore tidak kira lama atau baru, boleh lah strim EP mini ini di setiap platform striming. Untuk mengikuti perkembangan terkini band wounded flame, boleh lah klik link ini.

Gig/Concert/Tour/, New Release

Perlancaran EP ‘Nada Kehidupan’ oleh band The Rollers di Riverside Shopping Complex

Sebuah band Britrock/Indie/Alternative, The Rollers akan mengadakan sebuah press conference sempena rilisan EP mereka iaitu ‘Nada Kehidupan‘ yang akan berlangsung di LG Riverside Shopping Complex pada 6July 2024 (Sabtu). Persembahan istimewa dari The Rollers akan bermula jam 3.00pm sampai habis. Akan tetapi, pada tengah hari, akan ada persembahan lain juga yang akan berlaku.

Sedikit info mengenai The Rollers, mereka adalah sekumpulan kawan yang mempunyai minat yang sama di dalam bermain muzik. Port lepak mereka bersama adalah di sebuah shopping mall yang pada suatu ketika dahula di akhir 90an dan sekitar pre-2010 iaitu Riverside Shopping Complex. Ahli-ahli The Rollers adalah terdiri daripada Wandy sebagai vokal dan gitaris, A-one sebagai gitaris, Lahouk sebagai bassist, Bedy sebagai keyboardist/synth dan Zezep sebagai pemain drum.

Berkenaan EP The Rollers ‘Nada Kehidupan‘, menurut hebahan akhbar yang di hantar oleh The Rollers, mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh mereka adalah mengenai kehidupan serta situasi yang berlaku pada masa kini. Oleh itu, nama EP ini dinamakan ‘Nada Kehidupan‘.

EP ini mengandungi 5 buah lagu dan semuanya adalah hasil ciptaan Wandy sebagai ketua band sambil dibantu dan diwarnakan oleh ahli-ahli band The Rollers yang lain. Penciptaan EP ini mengambil masa hampir setengah tahun untuk disiapkan dan akhirnya ianya telah berjaya disiapkan walaupun terdapat sedikit kekangan kerana setiap ahli band sibuk dengan komitment hidup masing-masing. EP ini dirakamkan di studio Tiga Abdul oleh Encik Bojeng. EP ini akan di lancarkan secara rasminya pada 6 July 2024 (Sabtu) di LG Riverside Shopping Complex Kuching.

Untuk mengikuti lebih lanjut di laman internet akan The Rollers, boleh lah check out di linktr mereka.

Gig/Concert/Tour/, New Release

Aliengoat Weekend Tour di Appleseed Studio, Kuching

Gig Aliengoat Tour akan berlangsung pada 6 July 2024 hari Sabtu. Gig ini akan berlaku di Appleseed Studio, Kuching Sarawak. Gig ini di jayakan oleh Punkcaroba Records dan akan mempersembahkan 2 buah band dari Pontianak Indonesia dan 4 buah band lokal dari Sarawak. Pintu gig ini akan dibuka pada pukul 6pm sampai habis! Tiket pre-sale adalah RM40 dan tiket depan pintu adalah berharga RM50.

Antara band-band yang akan membuat persembahan adalah Minority, band Hardcore yang berasal dari Pontianak Indonesia, dan Vormites, band Thrashcore yang juga berasal dari Pontianak Indonesia. Untuk band-band lokal yang bakal membuat persembahan pula adalah Kolbenfaust, band Progressive Metal, Blindsided, band Post-Thrash/Groove Metal, Korxic, band Thrashcore dan Sciv, band Hardcore yang akan melakukan debut mereka. Gig ini juga merupakan release parti untuk rilisan album Blindsided yang berjudul ‘Resentment‘.

Pintu venue akan dibuka seawal jam 6.00pm, persembahan pertama akan bermula jam 7.00pm dan harga tiket di depan pintu adalah RM50 dan percuma stiker dan poster. Apa yang menariknya tentang gig ini adalah akan ada percuma hidangan makan-makan sambil menonton persembahan. Ayuh, bawa rakan-rakan anda ke gig ini. Bukan hanya kita dapat tengok gig serta berhibur, kita juga dapat kenyangkan perut. Lesgo!

Gig/Concert/Tour/, New Release

Debut EP Kelibat “Belia, Basi, Bersinar” Di Lancarkan Di Ruang Acara Lek.

Sebuah band yang bermain genre adunan campuran dari Garage Rock, Indie-Rock, Alternative Rock, Hardcore dan Punk-Rock bernama Kelibat akan mengadakan sebuah EP Release party pada 6 July 2024 (Sabtu), bertempat di ruang acara ‘Lek.‘ Tiket pula akan di jual dengan harga RM20 sekepala dan RM35 berserta dengan CD. Pintu akan di buka bermula jam 9.00pm sehingga habis! Release parti ini dianjurkan dengan kerjasama antara Bandat Recordstore dengan ‘Lek.‘ dan di sokong oleh RukunTV, VIBIN’ by Lek., Rockroom Collection, Appleseed Jamming Studio, dan OPERASI RAKAMAN KELIBAT.

Kelibat ditubuhkan pada tahun 2019 tetapi pada masa itu mereka di kenali dengan nama TEASED TOAST. Band ini ditubuhkan oleh Emir sebagai gitaris dengan Peggy sebagai bassist. Mempunyai minat yang sama di dalam muzik, mereka telah melalui pelbagai sesi dan cabaran di dalam mencari lineup yang secocok dengan cara permainan mereka. Akan tetapi misi pencarian mereka terbantut seketika disebabkan dunia dilanda pandemic Covid-19 pada tahun 2020. Akan tetapi mereka masih tetap terus menulis dan mencipta material band sehingga lah pandemic berakhir.

Pada tahun 2023, TEASED TOAST telah melakukan penjenamaan semula dengan menukar nama mereka ke KELIBAT. Dengan berlaku beberapa pertukaran ahli band, akhirnya Emir dan Peggy telah melantik Syah, yang juga merupakan gitaris untuk kumpulan Retreo sebagai pemain drum. Dengan ini, maka lengkaplah kumpulan Kelibat dengan Emir sebagai gitaris dan vokalis, Peggy sebagai bassist dan vocalist dan Syah sebagai pemain drum.

Pada bulan Februari 2024, Kelibat secara rasminya telah meriliskan debut EP pertama mereka iaitu “Belia, Basi, Bersinar“. EP tersebut mempunyai 5 buah lagu dan menggabungkan pelbagai jenis genre di dalam lagu-lagu mereka, akan tetapi fokus sebenarnya adalah dengan menumpukan tentang kegembiraan bermain muzik sambil masih terus menerokai kehidupan dunia yang luas.

Menurut hebahan akhbar dari Kelibat, Single mereka yang juga bergelar “Belia, Basi, Bersinar” merupakan gambaran kehidupan ahli-ahli band itu sendiri mengenai kehidupan duniawi yang memilukan dalam membentuk watak mereka di alam dewasa. EP ini di rekodkan di rumah Peggy, mix & master oleh Emir dan Syah sebagai pembentuk rentak band. Segala prosess pembikinan EP ini adalah dilakukan sepenuhnya dengan ethos Do It Yourself (D.I.Y). Dari pembikinan lagu, rekoding sehingga lah ke design dan packaging marketing untuk band ini, dan juga segalanya dari awal penubuhan band, pembikinan EP sehinggalah ke penganjuran release parti ini semuanya dilakukan dengan ethos D.I.Y.

Jangan lupa untuk menghadiri release parti EP Kelibat pada 6 July 2024 (Sabtu) bermula dari jam 9pm sehingga habis! Antara band-band yang akan membuat persembahan adalah Rey/Rey, WP.SHHH, Clockwise, dan persembahan utama iaitu Kelibat. Selepas itu akan ada sesi afterparti di mana para hadirin boleh lepak dengan member-member di sekitar ruang acara ‘Lek.’ sambil di temani muzik putaran oleh seorang Dj sampai habis. EP Kelibat “Belia, Basi, Bersinar” juga boleh di dapati di setiap platform striming di internet.

Gig/Concert/Tour/

Afterparty Selepas Rainfest 2024 di Ruang Acara Lek.

Bersempena dengan Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024, VIBIN’ by Lek. dan Eden akan berkoleberasi dalam menganjurkan sebuah afterparty yang akan berlangsung di ruang acara ‘Lek.. Acara ini dianjurkan sebagai pilihan tambahan untuk para pengunjung yang balik selepas menghadiri RWMF di Sarawak Cultural Village (SCV) dan ingin sambung menikmati acara-acara muzik yang sedang berlangsung di sekitar bandar raya Kuching.

After party ini akan di lakukan selama 2 hari iaitu 28 & 30 June (Jumaat & Ahad), bemula pada pukul 10pm sehingga habis! Acara ini dilakukan agak berbeza dari tahun lepas kerana kali ini ia akan di anjurkan di dalam kawasan bandar raya Kuching dan di lakukan dalam suasana yang lebih intim dan lebih energetik.

Menurut pihak penganjur, “Kami sangat teruja dengan sambutan baik daripada komunitas-komunitas Kuching yang menyambut baik muzik berrentak tarian. Kerjasama VIBIN’ by Lek. bersama dengan Eden adalah tanda bahawa perpaduan di antara scene muzik lokal dengan scene parti dan muzik elektronik lokal akan terus berkembang.”

Antara Dj-Dj yang akan mengkurasikan lantai tarian untuk 2 hari ini adalah Jason Kyle dan Intan pada 28 June. Manakala pada 30 June (Ahad) pula adalah Keeyushee dan Dan Idan. Untuk pembelian tiket pula, anda boleh lah hubungi Instagram VIBIN’ by Lek. untuk apa-apa tempahan. Diskaun untuk pelajar juga tersedia dengan hanya menunjukkan pass pelajar anda kepada para penganjur.

Jangan ketinggalan untuk menyertai afterparty ini yang akan berlangsung sehingga lewat malam lengkapkan malam anda dengan detik-detik kegembiraan yang tidak akan dapat anda lupakan.

Gig/Concert/Tour/

Parti Buih Selama 2 Hari di Bvlganvilla

Sebuah acara bernama Kuching Foam Party akan berlangsung di Bvlganvilla pada 28 dan 29 June 2024 (Jumaat & Sabtu). Acara anjuran Endu Borneo dan Bvganvilla ini menjanjikan pengalaman yang penuh menghiburkan dengan pelbagai jenis aktiviti yang menghiburkan dari muzik sehinggalah permainan buih yang banyak! Acara ini akan bermula dari jam 4.00pm sehingga 2.00am untuk kedua-dua hari.

DJ Ice Cream

Sebagai pembukaan, pada 27 June 2024(Khamis), acara ini akan di rasmikan dengan menampilkan Upacara Miring Tradisional. Ini adalah sebagai sesi permbukaan untuk acara ini dan juga sebagai sesi penyelaman budaya untuk di persembahkan kepada para pendatang.

DJ Keeyushee (SFDP)

Untuk persembahan muzik pula akan dilakukan pada waktu malam dengan menampilkan Dj-Dj tempatan seperti DJ Ice Cream, manakala dari kolektif SFDP pula ialah DJ Keeyushee dan DJ Idan dan seterusnya pula adalah DJ Entahlah. Mereka akan memastikan suasana akan sentiasa menjadi meriah dengan rentak muzik tanpa henti sehingga acara ini berakhir.

DJ Idan (SFDP)

Untuk penempahan tiket pula terdapat pelbagai pakej yang di tawarkan dan ia merangkumi:

Pakej A: RM128 untuk 2 orang

  • Termasuk 2 gelas ENDU Sparkling Tuak dan 2 minuman tambahan (koktel atau wain).

Pakej B: RM588 untuk 4 orang

  • Termasuk 1 botol ENDU Sparkling Tuak, 4 minuman (koktel atau wain), dan 1 Papan Perkongsian Bvlganvilla.

Pakej C: RM888 untuk 6 orang

  • Termasuk 2 botol ENDU Sparkling Tuak, 6 minuman (koktel atau wain), dan 1 Papan Perkongsian Besar Bvlganvilla.

Terdapat juga tawaran istimewa dimana anda boleh menikmati kupon RM50 untuk kemasukan percuma dan membeli minuman serta makanan untuk sepanjang malam menggunakan kupon ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ini, boleh lah hubungi terus di nombor +6013 816 2211. Tambahan lagi, untuk pengunjung wanita pula akan mendapat kelebihan kemasukan percuma. Para wanita di galakkan untuk membawa rakan-rakan mereka untuk datang memeriahkan lagi suasana acara ini.

DJ Entahlah

Jangan ketinggalan dalam menjadi sebahagian daripada acara ini yang menggabungkan hiburan, muzik, budaya dan sambutan yang penuh dengan buih. Anda pasti tidak akan dapat melupakan kenangan dan pengalaman tercipta apabila berada di Kuching Foam Party!

Gig/Concert/Tour/

BACK PAIN: Gig Anjuran Blackwish dan Horizon Entertainment di Backdoor Studio

Blackwish dengan kerjasama Horizon Entertainment akan menganjurkan sebuah gig bernama ‘BACK PAIN‘ yang akan berlangsung pada 29 June 2024 (Sabtu) bertempat di Backdoor Studio Kuching. Gig tersebut akan bermula tepat pukul 6pm sehingga habis. Tiket pula akan di jual dengan harga hanya RM10 untuk atas talian dan juga depan pintu.

Barisan-barisan band yang akan membuat persembahan pada gig ini adalah Exhale My Ozone, SeliparXJipun, Borgore, Sinus Tachycardia, Popang, dan Not Again. Gabungan-gabungan band lama dan baru ini juga bakal menghidangkan mereka yang datang ke gig ini dengan pelbagai genre muzik dari Punk Rock, Hardcore Punk sehingga ke Metal.

Gig ini dianjurkan oleh Blackwish sebagai sebuah jenama tempatan yang menghasilkan merchandise dan design untuk jenama-jenama indipendent tempatan dan juga sebagai medium untuk band-band baru ditubuhkan yang ingin mencipta design untuk brand mereka. Sekiranya band-band baru dan juga lama hendak mencari designer untuk mencipta branding bagi band mereka, atau untuk cover album/ep/single, boleh lah menggunakan servis daripada Blackwish.

Gig/Concert/Tour/

Rave Parti di Tirta Barong

Sebuah Rave Party anjuran dari NWHR akan berlangsung di Tirta Barong pada 29 June 2024 hari Sabtu. Rave ini akan bermula tepat jam 9.00pm sehingga habis! Kali ini, antara genre-genre yang akan di mainkan oleh para Dj untuk Rave ini adalah bunyi-bunyian UK Garage, Breaks dan Hardgroove Techno. Tiket pre-sale akan di jual dengan harga RM30 dan depan pintu pula akan di jual dengan harga RM40.

Traction Control

NWHR merupakan antara kolektif Dj yang aktif membuat pop-up parti dan Rave-Rave underground di sekitar bandar Raya Kuching. Untuk acara anjuran mereka kali ini, buat pertama kalinya, mereka akan membuat di venue yang terbuka di bahagian belakang Tirta Barong. Menurut hebahan akhbar dari NWHR, mereka berharap acara-acara yang di anjurkan oleh mereka akan dapat menyumbang kepada kesinambungan kepada scene muzik tempatan. Mereka juga berharap akan ada lebih ramai event organizer yang ingin berkolaberasi bersama mereka untuk terus mengadakan acara Rave underground yang jarang sekali wujud di Kuching.

Kretek

Antara Dj-Dj yang akan membuat persembahan pada acara ini adalah Traction Control, yang juga merupakan salah seorang dari pada co-founder untuk kolektif muzik Breakboyclub, dan juga Kretek dan Heuremin yang juga merupakan antara pengasas kepada kolektif NWHR.

Heuremin

Sekiranya anda ingin mendapatkan tiket, boleh lah DM page Instagram NWHR dan dapatkan pre-sale anda di sana.