Author

Darth Ra

New Release, News

Tayangan Perdana MV ‘Kining Posah’ oleh Meruked di Star On Stage

Sebuah band yang memainkan irama Tradisional Contemporary Meruked akan meriliskan single dan muzik video(mv) terbaru mereka iaitu ‘Kining Posah‘. Meruked merupakan sebuah band yang berasal dari Kuching Sarawak dan terdiri daripada 6 orang anak muda iaitu Gideon Langub Pasen (Sape), Abdul Farouq Mousthofa (gitar akustik), Mohammad Athif Azfar (bass), Syafiq Harzmi (percussions), Titus Ron Andrew (percussions), dan Syed Ashraf Edruce (penyanyi utama, gitar elektrik dan floor tom).

Kining Posah adalah dari bahasa Bidayuh Bau dan apabila di terjemahkan ke bahasa Malaysia adalah bermaksud jernih. Lagu Kining Posah menceritakan tentang bagaimana apabila seseorang itu berada di fasa kehidupan yang tidak stabil telah membentuk perspektif baru tentang kehidupan dan apabila cabaran tersebut berjaya di tempuhi, seseorang individu itu akan mempunyai keupayaan yang dia tidak pernah sangka dia ada sebelum ini. Dengan itu, seseorang individu tersebut akan dapat dan mampu untuk bangkit semula dan mampu untuk memulakan semula kehidupan baharu dengan dengan lebih positif dan kuat. Untuk mengambarkan maksud lagu ini di lansa mata, Meruked telah menghasilkan sebuah muzik video untuk lagu ini agar para pendengar akan dapat lebih menghayati dan menggambarkan apa yang hendak di sampaikan melalui lagu ini.

Menurut Syed Ashraf, sebagai pemuzik, outlet untuk mencipta dan mengekspress adalah penting didalam seni penulisan lagu. Tambahan beliau lagi, “Ini adalah contoh terbaik untuk kita menggunakan platform ini untuk kita tunjukkan kepada orang apa yang kita dapat buat.” Juga sebagai tambahan, menurut article-19 oleh Pertubuhan Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang juga merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kebebasan meluahkan pendapat dan bersuara adalah termasuk dalam kebebasan untuk meluahkan pendapat tanpa campur tangan dari mana-mana pihak berkuasa serta kebebasan untuk menggunakan media bagi menyuarakan pendapat tanpa ada sekatan dari mana-mana pihak. Sarawak Women For Women Society, HAUS Kuching dan juga Meruked merupakan antara pihak-pihak yang terlibat di dalam kempen untuk memerangi tuturan kebencian (hate speech) dan mereka telah berkolaberasi dengan kedutaan Canada di dalam pelbagai konteks untuk perjuangan ini.

Perlancaran mv ini akan dilakukan di Star On Stage, bersebelahan dengan kedai makan Kopicut bermula pada jam 2:30pm. Meruked juga ingin mengucapkan terima kasih untuk ARTICLE-19, Canada Fund for Local Initiative dan juga High Commission of Canada di Malaysia kerana turut membantu di dalam menjayakan penghasilan mv untuk Kining Posah.

Gig/Concert/Tour/, News

Gig Hip-Hop All Eyez On Us 2.5 di Appleseed Studio

Sebuah gig Hip-Hop ‘All Eyez On Us 2.5‘ akan berlangsung di Appleseed Studio Kuching, Sarawak pada 24 February 2024 (Sabtu). Tiket gig ini boleh di dapati pada harga RM25(pre-sale) dan RM35 di hadapan pintu. Untuk tempahan tiket boleh lah hubungi Wayne dan Alleyezonus. Tiket adalah terhad!

Rappers yang akan membuat persembahan adalah Metrocity Boyz, Cozykidd, Ghettocity, Jokohh, Qew, Tikar Terbang, Montana, Trouble Trap, Sauh Familia, Danish Haruno dan Dj Rocatz.

Orang ramai di jemput untuk datang dan ayuh memeriahkan acara yang akan berlangsung di Appleseed Studio nanti.

Gig/Concert/Tour/, News

Jamm Fest Punk, Metal dan Indie Anjuran Punkcaraoba Selama 2 Hari Di Backdoor Studio

Sebuah gig anjuran Punkcaroba Records bernama Jamm Fest akan dianjurkan di Backdoor Studio pada 3 & 4 Februari (Sabtu & Ahad). Gig ini di anjurkan dengan bertujuan untuk mendedahkan dan memberi peluang kepada band-band baru lokal yang telah meriliskan beberapa material, band-band yang jarang bermain gig tetapi sudah meriliskan beberapa material, band-band yang sudah lama tertubuh dan sudah ada material akan tetapi tidak berpeluang untuk bermain gig untuk merasai pengalaman berdiri dan membuat persembahan di gig lokal. Dengan adanya Jamm Fest, Punkcaroba Records menyediakan platform demikian untuk band-band ini, terutamanya untuk band-band yang bermain genre yang beraliran Punk, Metal, Indie dan sewaktu dengannya.

Gig seperti Jamm Fest ini pernah dilakukan sebelum ini oleh Punkcaroba Records, akan tetapi ia hanya di lakukan pada waktu sehari sahaja dan hanya melibatkan 6-7 buah band sahaja. Untuk Jamm Fest kali ini pula adalah sedikit istimewa kerana ia dilakukan selama 2 hari dan akan ada 15 buah band akan bermain dan mereka bukan hanya melibatkan band-band yang datang dari Kuching, tetapi ada juga band dari Sibu dan dari negara jiran iaitu Brunei. Band-band yang akan membuat persembahan adalah Kolbenfaust, Liberal Liberalis, Conception, Blindsided, Kelibat, RadakNyawa, Save The Soul dan Popang pada hari pertama. Band-band yang bakal membuat persembahan pada hari kedua pula adalah, Drunkpig, The Hazze, Dilarang Melarang, Myopia, Jejak Biru, Selipar Jepun dan Pemuzik Kena Reject.

Menurut Marvin yang juga merupakan founder kepada Punkcaroba Records, ‘Tujuan asal Jamm fest adalah untuk mendedahkan karya-karya band lokal terutamanya untuk band-band baru kepada orang ramai dan seterusnya untuk menggalakkan mereka bergerak dengan karya mereka, seiring dengan konsep ethos Do It Yourself(D.I.Y) dengan cara mereka tersendiri. Kita percaya band-band ini akan bermain banyak lagi show selepas ini dan Jamm Fest adalah salah satu daripadanya. Kami hanya memainkan perananan kami sebagai antara pemain di dalam scene muzik lokal dalam membantu memeriahkan lagi industri muzik lokal yang beraliran Punk, Metal, Indie dan seangkatan dengannya. Ini adalah penting kerana ia bertujuan untuk memastikan rantaian industri muzik tempatan terutamanya aliran Punk, Metal, Indie untuk tidak terus sepi dilanda arus trend masa.’

Bercakap mengenai peluang untuk muzik-muzik seperti Punk, Metal dan Indie mendapat tempat di pentas-pentas mainstream, tambah Marvin lagi, ‘Terdapat banyak bakat-bakat hebat yang wujud di dalam dunia muzik lokal indipendent/underground, akan tetapi peluang untuk mereka menyerlahkan bakat mereka di pentas-pentas besar, lagu dimainkan dalam radio, dan sebagainya adalah sangat kurang. Bukan tak ada, cuma sangat kurang. Dan paling menyedihkan, sepanjang industri muzik tempatan wujud, ruang untuk band-band ini bersinar adalah sama sahaja di setiap zaman, seperti tidak ada perubahan. Pentas-pentas besar dan radio hanya memainkan lagu-lagu komersial dan trend terkini sahaja, seperti tidak mempunyai arah tuju. Dan itu bagi saya adalah punca mengapa rantaian muzik tempatan menjadi lumpuh. Platform seperti Jamm Fest di buat agar band-band lokal ini mempunyai tempat untuk mereka bergerak dan kami berharap akan ada lebih ramai organizer akan membuat gig-gig seperti ini agar industri kita akan terus wujud dan berkembang secara progressif.

Jika mendapat sambutan yang menggalakkan, gig Jamm Fest ini akan terus diadakan pada tahun hadapan dan seterusnya jika tiada aral melintang. Untuk mendapat tiket di gig ini, boleh lah hubungi 012-8503250 atau layari Facebook dan Instagram Punkcaroba Entertainment untuk tempahan awal. Kemasukan adalah terhad. Setiap tiket akan disertakan dengan poster dan sticker Jamm Fest. Harga tiket adalah RM30 untuk sehari dan RM50 untuk 2 hari.

Gig/Concert/Tour/

Acara Disco + House + Funk di ruang acara ‘Lek.’

Sebuah acara muzik oleh DJ-DJ yang membawa muzik aliran Disco, Funk, House dan sewaktu dengannya akan berlangsung di ‘Lek.’ event space pada 27 January 2024 (Sabtu), bermula jam 9pm sampai habis! Acara ini akan memaparkan 2 orang DJ iaitu Hadiid, dan Xes Xes Loveseat. Tiket kemasukan adalah RM30 dan hanya boleh di dapati di depan pintu. Acara ini adalah kolaberasi antara Vibin by Lek., NWHR, dan juga SPAC3(atau sebutannya Third Space).

Sedikit info mengenai Dj-Dj yang akan membuat persembahan. Haddid merupakan salah seorang antara Techno dan House Dj underground yang terawal di Kuching yang tidak memainkan muzik-muzik tipikal clubbing yang dimainkan di seantero club-club yang ada di Kuching. Beliau pernah bermain di beberapa underground Dj gig lokal dan antarabangsa di sekitar Asia seperti Koh Pha Ngan, Manila, Jakarta, Bali dan Kuala Lumpur. Beliau merupakan salah seorang Dj untuk sebuah kolektif Dj iaitu NWHR. Sebuah kolektif Dj elektronik yang bermatlamat untuk memupuk orang ramai tentang muzik-muzik elektronik yang bukan konvensional. Hadiid sekarang ini juga bernaung di bawah beberapa buah label antarabangsa yang terletak di Berlin, Russia, Ukraine, Amerika Selatan, dan juga di beberapa rantau Asia. Antara label-label tersebut adalah, PolytypchBlack BeardVertigo AudioUxoa Dutxa EliteEclipse RecordingsKaleydo RecordsAsia MusicPizza Tunait, Dear Deer RecordsLeftright SoundsDeepsomniaBullfinch RecordsLossless, dan yang terbaru adalah TAU dari The Adana Twins.

Xes Xes Loveseat pula merupakan salah seorang Dj yang berasal dari Kuala Lumpur yang memperjuangkan seni Dj yang menggunakan piring hitam(vinyl). Beliau dikenali di dalam scene-scene Dj sebagai seorang yang memainkan muzik-muzik yang beraliran Disco dan muzik-muzik dari era 80an. Antara sejarah residensi beliau di Kuala Lumpur adalah, beliau pernah bermain di ‘Vinyl Night Neighbourhood’ di Nagaba dan juga di ‘House Music Room’ di Zouk KL. Beliau juga pernah membuat aksi pembukaan untuk beberapa orang Dj antarabangsa seperti, Apparat, Aeroplane, Hercules & Love Affair, Joey Negro, Osunlade, Robag Wruhme, Bill Brewster, Fred P, Eli Escobar, DJ Dustin (Giegling), Horse Meat Disco, Crazy P, Ata, Dr Packer, Musclecars, Roni dan banyak lagi. Selain daripada Dj, Xes Xes Loveseat juga pernah menjadi host untuk band Indie experimental iaitu Lost Tapes (2010-2012). Selepas pandemic dan dunia kehidupan malam mula bangun semula, Xes Xes Loveseat telah kembali bergiat aktif semula dan kerap melakukan persembahan di beberapa venue underground yang memainkan rentak Techno, Funk dan House. 

Selain dari persembahan Dj, ruang acara Vibin by Lek. juga ada menjual makan-makan dan juga pelbagai pilihan minuman beralcohol dan tidak beralcohol untuk anda saji sambil menikmati vibe dan muzik yang di mainkan oleh Dj-Dj ini.

Gig/Concert/Tour/, News

Gig Tribute To Linkin Park di Gates Of Heaven

Sebuah gig tribute kepada Linkin Park anjuran Zero D.B Enterprise dan Project Amnesia akan berlaku di Gates of Heaven pada 27 January 2024 (Sabtu). Gig ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada Linkin Park, salah satu band rock yang iconik di abad ke-21. Gig ini akan bermula tepat jam 7pm sehingga habis! Tiket boleh di tempah dengan harga RM50 dan tiket depan pintu pula adalah RM60. Untuk tempahan awal tiket, para hadirin boleh lah menempah melalui link Google form ini.

Menurut Ken dari Zero D.B Enterprise, ‘Kami sangat teruja untuk menganjurkan acara ini sebagai tanda penghormatan kepada Linkin Park, sebuah band yang telah meninggalkan tanda yang sangat tidak dapat di lupai untuk peminat muzik di seluruh dunia. Acara ini adalah bukti bahawa semangat dan dedikasi yang dibawa oleh Zero D.b Enterprise dan Project Amnesia dalam membawa harapan kepada scene muzik lokal dan sebagai perintis kepada masa hadapan muzik Rock di Kuching, Sarawak.

Bryler dari Project Amnesia pula berkata, ‘Sama seperti apa yang pernah kami lakukan sebelum ini, acara ini adalah untuk pengikut kami dan untuk mereka mencipta memori terbaru di dalam hidup mereka. Dan apakah cara yang lebih baik yang boleh kita lakukan selain muzik? Kebetulan pula Zero D.b memberi idea yang bernas seperti ini sebagai memberi penghormatan kepada salah satu band yang paling ikonik dalam era kita ketika kita meningkat dewasa dan kami pula tidak dapat menahan rasa teruja untuk menjadikan acara ini satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Lineup yang akan membuat persembahan pada acara ini adalah Post-Mortem Education, Afterfall, 11th Minute, dan DJ Jorl. Setiap dari mereka yang membuat persembahan ini akan menyajikan para hadirin dengan cara mereka yang tersendiri dalam memberi penghormatan kepada bunyi-bunyian ikonik Linkin Park dengan cara yang unik dan innovative.

New Release, Uncategorized

Album Debut dari band Grindcore Bronco Buster

Band yang membawa muzik aliran Grindcore, Bronco Buster telah meriliskan debut album mereka iaitu Dystopia yang boleh di dapati dalam bentuk CD dan melalui platform Bandcamp. Album ini sudah boleh di pre-order dan akan mula di pasarkan ke umum bermula pada 1 Februari 2024. Sekiranya anda merupakan distro dan ingin mendapatkan album ini secara borong, anda boleh lah menghubungi band ini melalui email mereka di broncobustergrindcore@gmail.com. Album ini juga akan di keluarkan di dalam platform streaming lain seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music etc-etc. Bila tarikh rilisan di platform streaming, akan di umumkan di platform media sosial Bronco Buster.

Selepas rilisan EP mereka pada tahun 2016, Bronco Buster akhirnya telah mengeluarkan album pertama mereka Dystopia, yang akan memaparkan bunyi-bunyian Punk, Crust dan sudah tentunya, ada blast beat! Album ini di rekod di Kandang Munsang dan Backdoor Space pada 2020 – 2023. Album Dystopia ini akan memaparkan Grindcore tanpa henti selama 36 minit dan ada 31 buah lagu serta satu lagu cover dari band Grindcore Kurasakuasa. Setiap pembelian album ini juga, anda akan dapat 8-panel inlay berserta dengan lirik dan juga sebuah buku grafik.

Sedikit info mengenai Bronco Buster, mereka merupakan band yang memainkan genre Grindcore yang berasal dari Kuching, Sarawak. Mereka ditubuhkan pada tahun 2004 dan pada awal penubuhan mereka, mereka di kenali dengan nama Traitor sebelum mereka menukarnya ke Bronco Buster secara rasmi pada tahun 2011. Sebelum ini mereka telah meriliskan beberapa buah Demo dan Ep. Untuk demo ‘Hatred, Tortured & Destroyed’ (2005), ‘More Flesh to Rip’ (2007) single, dan untuk Ep pula ‘Mind Corruption’ (2012), ‘Grind the Straits’ (2013), dan ‘Collection 2010-2016’ (2016) dalam bentuk kaset yang di bantu oleh Dis346, Bebal Mailorder, dan Broncos Distro.

Gig/Concert/Tour/, News

2 Acara Atas Angin Untuk 2 Hari di Appleseed Studio

Sebuah gig kolaberasi anjuran bersama antara Atas Angin dengan Project Amnesia, ‘Atas Angin Tour‘ dan ‘Only Jiwang-Jiwang Club‘ akan berlangsung di Appleseed Jamming Studio di Kuching, Sarawak pada 20(Sabtu) & 21(Ahad) January 2024 (Ahad) bermula jam 8pm sehingga habis!

Acara Atas Angin Tour mula-mula dilakukan pada penghujung tahun 2022 dan telah berjaya dijalankan di 3 buah bandar dan negeri iaitu, Ipoh, Johor Bahru dan Sungai Petani. Jelajah ini dilakukan oleh Atas Angin sebagai tanda penghargaan kepada peminat-peminat muzik Indie di seluruh Malaysia. Juga sebagai membuka peluang untuk peminat-peminat muzik Indie di sekitar Malaysia untuk menyertai acara-acara yang di anjurkan oleh Atas Angin. Band-band yang akan membuat persembahan untuk Atas Angin Tour adalah At Adau, Retreo, Drasska, WP.SSH, dan Automatic The Remote.

Untuk acara OJJ pula, acara ini merupakan tribute kepada lagu-lagu jiwang. Band-band yang akan membuat persembahan pada acara ini pula akan membuat cover untuk beberapa lagu jiwang. Band-band ini telah di bagi setlist oleh team Atas Angin dan mereka akan membuat persembahan berdasarkan setlist yang telah di bagi oleh para penganjur. Untuk sepanjang beberapa bulan ini, OJJ telah membuat 5 jelajah di Johor, Perak, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Antara artis-artis dan band-band yang akan membuat persembahan pada acara ini adalah, Alex Munan, Atanz, No. Mo, dan Afif Tenor,

Band-band dan artis-artis yang akan membuat persembahan untuk kedua-dua acara ini adalah gabungan daripada band-band dari Sarawak dan Brunai. Project Amnesia dan Atas Angin berharap platform ini akan dapat terus membantu mengembangkan ekosistem muzik dan industri seni dan hiburan di seluruh Malaysia.

Tiket untuk acara ini sudah di jual dan boleh didapati di lawan sesawang www.atasangin.com untuk RM45(member) dan RM55(non-member).

New Release

Band Narrathief Debut MV ‘Mula Baru’

Sebuah band yang membawa bunyi-bunyian Alt + Math Rock Narrathief telah meriliskan muzik video(MV) debut mereka iaitu ‘Mula Baru‘ tepat 1 Januari 2024. Ahli-ahli band ini terdiri daripada, Lenny(vokal), Bob(drum), Jo(gitar) dan Syai(gitar). MV ini merupakan sesi perkenalan Narrathief kepada peminat muzik tanah air. Melalui lagu ini, Narrathief ingin menyampaikan pesanan positif kepada para pendengar.

Menurut Lenny, ‘Lagu Mula Baru ini ditulis dengan harapan dapat menyampaikan pesanan positif kepada para pendengar iaitu, jika anda mengalami apa jua kegagalan dalam hidup, jangan khuatir, anda boleh bangkit bila-bila masa, dan mulakan semula kehidupan anda dengan naratif yang baru dan lebih positif.

Sedikit info mengenai band Narrathief, mereka di tubuhkan pada tahun 2023 di Kuching Sarawak dan walaupun baru ditubuhkan, ahli-ahli band ini bukan-lah baru sahaja menubuhkan band. Mereka terdiri daripada gabungan band-band yang berlainan dengan Lenny yang juga merupakan vokalis kepada sebuah band Post-Hardcore Maddthelin, Bob pula adalah pemain drum untuk band Kontemporari Traditional At Adau, Jo pernah menjadi gitaris untuk band Clockwise & Heroine untuk seketika, manakala untuk Syai pula, ini merupakan band pertama beliau.

Muzik video ini di arahkan oleh Lenny, camera operator pula adalah Charlie, dan editor pula adalah dari Siba. Penari yang ditampilkan di dalam mv ini pula adalah Pearl. Rakaman muzik video ini dilakukan di Backdoor Studio. Mix dan master untuk lagu ini pula dilakukan oleh Gary Joseph dari band Exhale My Ozone.

Check out, muzik video debut dari Narrathief ‘Mula Baru‘ dan jangan lupa untuk follow dan subscribe mereka di setiap platform media sosial dan dengar lagu mereka di setiap platform penstriman muzik.

New Release

Band Metalcore Akta Rilis MV Terbaru ‘Void’

Sebuah band Metalcore dari Selangor/Kuala Lumpur Akta telah meriliskan muzik video untuk single terbaru mereka iaitu ‘Void‘ pada penghujung tahun 2023. Lagu Void ini merupakan sebuah lagu yang ditulis sebagai pesanan untuk orang yang di-sayangi akan tetapi tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Muzik video ini diarah dan di edit oleh Andrew Tan dan penampilan istimewa dari penyanyi band Urban Jazz Langkasuka iaitu Elly Yusni. Lagu Void ini pula di mix dan master oleh Parallel Records dan vokal pula oleh SOG Production.

Sedikit info mengenai band Akta, mereka di tubuhkan secara rasmi pada tahun 2022 oleh ahli-ahli band yang membawa acuan mereka yang tersendiri untuk dihidangkan di dalam penghasilan karya-karya Akta. Walaupun baru ditubuhkan pada tahun 2022, setiap ahli-ahli band ini telah berkecimpung di dalam dunia muzik underground sejak tahun 2010 dan sehingga sekarang, mereka masih aktif dalam dunia muzik dan masih terus bersemangat untuk menghasilkan muzik-muzik baru. Ahli-ahli band akta terdiri daripada Shahril Redzwan(vokal & scream), Aimran Zaman(gitar), Faz Muhd(gitar), Adry(drum), dan Amir Ridhwan(bass, scream / vokal).

Check out muzik video terbaru dari Akta dan jangan lupa follow, like dan subscribe mereka di setiap platform media sosial dan dengar lagu-lagu di setiap platform penstriman muzik.

Gig/Concert/Tour/

Sebuah Pop-Up Parti Dari SFDP di Ruang Acara ‘Lek.’

Sebuah kollektif DJ Same Faces Different Places (SFDP) akan melakukan sebuah parti di ruang acara ‘Lek.‘ pada 23 Disember 2023 (Sabtu), bermula jam 9pm sehingga habis! Parti ini akan memaparkan 3 orang DJ iaitu Keeyushee, Kawaii Boy, dan Reza. Menurut Keeyushee, SFDP semasa awal penubuhannya pada 2018, SFDP merupakan sebuah kollektif DJ yang banyak memainkan muzik-muzik Hip-Hop dan R&B. Tetapi setelah beberapa tahun kemudian, SFDP telah mula melakukan beberapa pop-up parti di sekitar bandar raya Kuching yang bermatlamatkan untuk menambahkan perisa inclusivity di dalam muzik untuk kehidupan malam di bandar raya Kuching dengan menganjurkan beberapa pop-up parti untuk di hidangkan kepada pengunjung-pengunjung yang menghadiri mana-mana acara mereka.

Keeyushee

Sedikit info mengenai Dj-Dj yang bakal beraksi, Keeyushee merupakan salah seorang daripada co-founder untuk SFDP dan beliau mempunyai minat yang mendalam di dalam muzik terutamanya di dalam genre Hip-Hop, Afrobeat, Dance dan Soul. Keeyushee juga pernah menjadi DJ untuk sebuah radio english tempatan iaitu Hitz.FM dan dengan pengalaman sebagai seorang Dj radio dan juga merupakan freelance Dj, beliau sudah pasti akan menyajikan para hadirin yang hadir ke mana-mana acara beliau dengan pengalaman yang pasti akan membuat para pengunjung menari dengan sepenuh jiwa.

Kawaii Boy

Kawaii Boy pula merupakan salah seorang Dj freelance tempatan yang mula mendapat perhatian di dalam scene underground pop-up parties di sekitar bandar raya Kuching. Beliau mula melibatkan diri di dalam scene Dj underground apabila beliau belajar di Kuala Lumpur dan menghadiri sebuah pop-up parti di mana Dj yang sedang spin ketika itu memainkan track-track yang bergenrekan Baile Funk, Dancehall, dan Afrobeat. Kemudian ketika dunia dilanda pandemic Covid-19, beliau menggunakan peluang itu untuk memperhalusi seni Dj beliau di dalam kamar bilik beliau dan memburu track-track untuk di tambahkan di dalam koleksi beliau. Setelah pandemic Covid-19 berakhir, bermula lah perjalanan beliau sebagai Dj freelance di Kuching dan anda boleh check out page insta beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut mana-mana show beliau.

This image has an empty alt attribute; its file name is rezza-731x1024.jpg
Rezza

Seterusnya adalah Rezza. Beliau juga merupakan seorang freelance Dj yang bermula di dalam bilik dan berteraskan minat yang mendalam di dalam muzik yang menerokai bunyi-bunyian di dalam genre Afrobeat dan Amapiano. Sebagai seorang freelance Dj yang belajar sendiri di dalam memperhalusi seni kurasi muzik yang dimainkan oleh beliau, set Rezza bakal menggambarkan dan menceritakan beliau sebagai individu, melalui track-track yang bakal di mainkan dan di kurasikan oleh beliau sendiri.

Jay C

Acara ini juga akan di meriahkan dengan Jay C sebagai emcee pada malam tersebut yang pasti akan membuatkan para hadirin terhibur dengan gembar-gembur gaya beliau. Apa yang ada pada malam tersebut nanti bukan hanya set Dj dan hiburan dari emcee. Akan tetapi ada makan-makan juga. Tiket kemasukan boleh didapati dengan harga RM30 sahaja di hadapan pintu dan anda di galakkan untuk membawa rakan-rakan anda bersama kerana setelah penat bekerja, ini lah masa untuk berehat dan bergembira bersama rakan-rakan di hujung minggu.