Category

Featured

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Gabungan Seni Tatu Traditional & Kontemporari di Acara Karya Badan

Karya Badan, sebuah acara seni yang meraikan hasil dan karya-karya para artis-artis tatu dengan merapatkan jurang antara seni, tatu, dan budaya, akan di adakan pada 1 hingga 10 September ini di bangunan Think n Tink, Kuching Sarawak. Acara ini turut mendapat sokongan daripada PUSAKA, UTECH dan Tay Motors.

Di anjurkan oleh Rakta Dhatu dan Lek, acara Kara Badan ini akan memaparkan hasil kerja dari 11 para artisan, dan para pengunjung boleh menjangkakan untuk melihat dan merasai sendiri pameran seni, demonstrasi tatu, stesen interaktif, projek kolaberasi dan juga berpeluang untuk berhubung dengan lebih rapat bersama para-para artis itu sendiri.

Menurut Reef, co-founder kepada Rakta Dhatu, “Di Karya Badan, kami memecahkan halangan dan meraikan kreativiti unik yang berkembang pesat di dalam komuniti artistik kita.” Tambah beliau lagi, “Acara ini bukan sahaja mengenai tatu, tetapi ia juga tentang memupuk keterangkuman, mencabar tanggapan dan menyediakan platform untuk para artis bersinar.”

Para pengunjung, sama ada anda dari dalam Kuching atau dari luar Kuching, akan berpeluang untuk merasai sendiri betapa pelbagainya ekspresi permaidani budaya dari segi traditional dan kontemperari yang boleh di jalinkan bersama. Karya Badan menjanjikan pelbagai pengalaman yang menarik kepada para pengunjung yang sudah pasti akan memberi inspirasi kepada anda.

“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan semua orang ke acara ini dan meraikan pelbagai seni, budaya dan kreativiti. Karya Badan adalah peringatan bahawa seni tidak mengenal sempadan dan perbezaan yang ada adalah punca kenapa komuniti kreatif kami adalah sangat menarik dan pelbagai. ” Tambah Aaron, yang juga merupakan co-founder kepada Lek.

Kemasukan ke acara Karya badan adalah RM15 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara ini, boleh layari media sosial @karyabadan

Featured, Reaksi, RukView

RukView Reacts: Sekumpulan Orang Gila feat Tim Lambesis (As I Lay Dying), ‘Second Voyage’!

Gila. Itulah yang dapat digambarkan setelah mendengar rilisan terbaru daripada sebuah band Post-Hardcore yang berasal dari Selangor ini. Mereka dikenali sebagai Sekumpulan Orang Gila (SOG). Baru-baru ini mereka telah meriliskan sebuah lirik video dari single terbaru mereka ‘Second Voyage‘ featuring Tim Lambesis yang juga merupakan penyanyi kepada sebuah band Metalcore lagenda As I lay Dying. Double the gila!

Episod RukView kali ini bersama dengan JayC dan Mousthofa membuat reaksi kepada lagu baru daripada SOG. Sebelum ini kami pernah membuat reaksi untuk lagu SOG ‘Sailors of Sorrow’.

Lagu ini dikarang oleh dua-beradik Raja Nazrin Shah dan Raja Nazmin Shah. Lirik lagu ini di tulis oleh Shahril Redzwan, di produce oleh Bert Poncet iaitu vokalis kepada band Chunk!, No, Captain Chunk!. Mix dan mastering lagu ini dilakukan di Alias Studio di Paris, Perancis dan direkod di SOG Production Studio.

Check out episod RukView kami kali ini bersama JayC dan Mousthofa untuk lirik video SOG feat Tim Lambesis (As I Lay Dying). Jangan lupa like, subscribe dan share!