Category

Gig/Concert/Tour/

Gig/Concert/Tour/

Co-Op Gig Di Appleseed Studio

Sebuha gig co-op pada hari Ahad(30 June 2024) akan berlangsung di Appleseed Studio Kuching bermula jam 6.00pm sehingga habis. Gig ini akan memaparkan kebangkitan semula scene muzik Alternative/Indie Rock tempatan di Kuching dengan memaparkan gabungan alunan old-school dan nu-school.

Gig ini akan memaparkan 7 buah band yang akan beraksi dengan mereka terdiri daripada pelbagai genre dari Alternatif Rock, Indie Rock, Pop-Punk, Midwest-Emo dan pelbagai lagi. Band-band yang akan membuat persembahan adalah Mascot, Ethnic Transmissions, Automatic The Remote, Sequel Revealed, Voneka, Kajor dan sebeuah persembahan istimewa daripada The Rollers.

Tiket early bird dijual dengan harga RM30 sehingga 29 June 2024 (Sabtu) dan tiket depan pintu pula di jual dengan harga RM40. Jumlah tiket adalah terhad dan sekiranya anda ingin menyelami dunia Alternative, Indie, Midwestern Emo di dalam satu gig, ayuh ke gig ini dan khabarkan kepada rakan-rakan anda.

Gig/Concert/Tour/, News

Muzik & Minyak Wangi, dari Fragrance Album di Tirta Barong

Sebuah acara gig yang dianjurkan oleh syarikat minyak wangi Fragrance Album dengan Kuching Frag Group(KFG) bakal melancarkan gig yang menggabungkan muzik dari band-band, artis-artis dan rapper-rapper lokal bersama dengan keusahawanan minyak wangi lokal. Gig ini dinamakan ‘Tune Into The Scene‘. Acara ini akan dianjurkan pada 15 June 2024 (Sabtu), bermula jam 7.00pm – 11.00pm, di Tirta Barong Kuching.

Selain dari hanya mempunyai persembahan muzik, acara ini juga akan mempunyai sesi ‘Ceramah Kesedaran Wangi-Wangian’ yang di lakukan oleh Calvin dari FragranHeaven, di mana tajuk ceramah beliau adalah, ‘Kenal Pasti Perfume Palsu‘. Intipati ceramah ini akan bercakap tentang bagaimana kita boleh mengelakkan daripada membazir wang perbelanjaan kita apabila membeli wangi-wangian dan pada masa yang sama, menjaga kesihatan kita daripada terjerat dengan pembelian minyak wangi palsu. Ceramah ini akan memastikan para pendengar di hujung ceramah, akan lebih memahami garis panduan dalam membezakan wangi-wangian yang berkualiti dan tidak berkualiti.

Selepas itu, ada konsultasi minyak wangi pula dari KFG, di mana mereka akan membimbing anda melalui pilihan-pilihan minyak wangi yang ada berdasarkan pilihan anda, personality anda, dan gaya hidup anda. Antara vendor-vendor minyak wangi yang akan berada di acara ini adalah, Fragrance Album, FragranHeaven, Ibrahim Perfume, dan Magnifi.Scent.

Selepas selesai segalanya, acara ini di teruskan dengan sesi muzik dari artis, rapper dan band lokal seperti, Adruce Azman, Irfan Aniq, Ziji Q, dan Viceroyz.

Tiket boleh di dapati dengan harga RM50 seorang dan percuma sample minyak wangi daripada para penganjur. Harga kombo juga boleh didapati dengan harga RM100, dan disertakan sekali dengan baju t-shirt berlengan panjang.

Sekiranya anda berminat untuk menghadiri acara ini, boleh lah ke Tirta Barong pada 15 June 2024 (Sabtu), bermula jam 7.00pm – 11.00pm. Para penganjur juga berpesan, sekiranya anda mempunyai masalah allergi atau sensitivity, boleh lah memaklumkan kepada para penganjur, agar mereka boleh bersedia dalam membuat apa-apa yang perlu agar ia dapat membuat anda berasa selesa.

Gig/Concert/Tour/

MIXTAPE VOL 1: Sempena Hari Gig Kebangsaan Memaparkan Barisan Persembahan Indie/Underground Pelbagai Genre di Satu Pentas

Project Amnesia, bersama Atas Angin akan menganjurkan sebuah gig Mixtape Vol 1, sempena dengan Hari Gig Kebangsaan. Gig ini akan diadakan di HAUSKCH pada 8 June 2024 (Sabtu), bermula dari 4.00pm sampai 10.00pm.

Menurut Project Amnesia, “Misi kami adalah untuk mempromosikan penciptaan muzik dan memupuk ekosistem yang sustainable. Acara ini juga akan bertindak sebagai platform untuk rakan-rakan penganjur dan syarikat-syarikat label untuk mencari bakat-bakat terpendam di dalam scene Underground/Indie lokal kerana acara ini menawarkan pad perlancaran yang unik untuk muzik lokal.

Antara band-band yang akan membuat persembahan pada acara ini adalah Radtheory, Popang, Bunch of People, Jon Kennedy, Retreo, Yobeh, Hey! Leave A Message, NO.MO, Viceroyz, Montana, Breath In Ocean, dan Needless To Be Forgiven.

Jangan lupa untuk hadiri acara di HAUSKCH, pada 8 June 2024 (Sabtu), bermula jam 4pm sampai ke malam. Dan jangan lupa untuk like follow dan share page-page yang di share di link-link di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkembangan terkini organizer dan band-band yang akan membuat persembahan. Gig ini adalah dilakukan dengan kerjasama bersama antara AOK Records, XIBO Entertainment, Atas Angin, 21 Ways, HAUSKCH, dan RukunTV.

Gig/Concert/Tour/, Uncategorized

Gig Anjuran Punkcaroba Dengan 4 band & 2 Artis Noise!

Punkcaroba kembali lagi dan kali ini mereka berkolaberasi dengan Blcksovl Records untuk gig yang berjudul ‘Small Show Great Friends‘. Gig ini akan berlangsung di Backdoor Studio pada 11 May 2024 (Sabtu), bermula jam 6pm dan tiket dijual dengan harga Rm35, berserta dengan percuma minuman dan stiker gig.

Gig ini akan mempersembahkan 4 buah band dan 2 artist yang memainkan muzik bergenre noise. 4 band yang akan membuat persembahan adalah Kolbenfaust, Blindsided, Rey/Rey, Korxic, dan 2 artist noise pula adalah Declining Rate dan Clangour.

Untuk gig ini, band Kolbenfaust akan membuat shooting muzik video untuk lagu mereka yang berjudul C.O.P.S. Orang ramai yang hadir di gig ini juga akan berpeluang untuk muncul di dalam muzik video ini. Gig ini juga akan menjadi permulaan untuk jelajah band Blinsided di sekitar Asia Tenggara. Buat pertama kali juga, dua buah artis genre Noise, Declining Rate dan Clangour akan membuat Noise battle. Suatu perkara yang baru dan menarik untuk warga underground lokal untuk saksikan.

Jangan lupa, untuk bersama-sama meraikan gig yang akan berlaku sabtu ini di Backdoor Studio anjuran Punkcaroba. Gig bermula jam 6pm sampai habis! Tiket pula akan dijual dengan harga Rm35.

Gig/Concert/Tour/

Keep It Real! Gig Yang Memaparkan Band dari Pelbagai Genre di Appleseed Studio

Sebuah gig anjuran Spud Adventure, Bedy Collections & Heavy Soul Sound Klub berjudul ‘KEEP IT REAL: MUSIK & SUB KULTURE #2‘ akan berlangsung pada 9 March 2024 (Sabtu) bertempat di Appleseed Studio, Kuching. Tiket untuk gig ini boleh didapati pada harga RM40 di hadapan pintu dan pre-sale pada harga RM35. Gig ini adalah edisi ke-2 untuk acara muzik yang menampilkan pelbagai jenis muzik alternatif seperti Punk, Indie, Hardcore, Oi!, dan Metal.

Acara ini akan menampilkan 11 buah band dari seluruh Sarawak dan mereka adalah Relay, Saturday Heroes, Viceroyz, Kelibat, Retreo, The Roller, Sicksense A.D, Afterfall, Rey/Rey, Jejak Biru dan The Hazze. Gig ini akan bermula jam 2pm – 11pm. Untuk mendapatkan tiket, boleh lah mendapatkan tiket secara terus di kedai Heavy Soul Vintage yang terletak di Riverside Shopping Complex ataupun boleh lah whatsapp terus di nombor 016-6176697.

Gig/Concert/Tour/

NWHR Mempersembahkan Pop-up Party Berirama House, Techno, EBM, Dark Disco, di Velvet Restaurant and Bar

NWHR, sebuah kolektif muzik elektronik yang sering mengadakan gig pop-up party di sekitar bandar raya Kuching akan mengadakan sebuah gig elektronik yang bertemakan House, Techno, EBM, Dark Disco, pada 9 March 2024 (Sabtu). Acara tersebut akan diadakan di Velvet Restaurant and Bar bermula jam 9pm – 3am! Dj-dj yang akan membuat persembahan pula adalah Brainer, Kretek dari Kuching dan Dj Muto dari Kobe, Jepun.

Acara-acara yang dianjurkan oleh NWHR bertujuan untuk merevolusikan kehidupan malam di Kuching dengan mengadakan pelbagai acara elektronik yang memainkan pelbagai genre elektronik yang ada mengikut tema yang bebeza untuk setiap gig. Ini adalah kerana kebiasaannya pada setiap minggu di kelab-kelab malam di Kuching, kelab-kelab mainstream yang ada, sentiasa memainkan muzik yang sama dengan lenggok yang sama tanpa variasi dan kelainan. NWHR mensasarkan untuk mengubah kebiasaan itu dengan menyediakan alternatif kepada mereka yang menginginkan kelainan dalam mengisi sosial kehidupan malam mereka di hujung minggu.

Kretek

Sedikit info mengenai Muto, beliau berasal dari Kobe, Jepun dan telah menetap di Singapura untuk beberapa tahun. Beliau merupakan regular dj untuk Headquarters dan juga merupakan resident DJ di sebuah kolektif muzik lokal di Singapura iaitu Ice Cream Sundays. Mereka sering mengadakan beberapa siri pop-up parties di sekitar pulau Singapura. Jenis-jenis dan genre-genre muzik yang sering diputarkann oleh Muto di setiap set beliau adalah yang ber-irama House, Electronic Body Music(EBM), Dark-Disco, Slo-mo Disco, dan beberapa bunyi-bunyian yang pelik yang wujud di dalam spektrum muzik elektronik.

Brainer

Pada tahun 2021, Muto telah meriliskan debut EP beliau yang berjudul ‘Ishi‘ dibawah label Indonesia iaitu Dekadenz. EP kedua beliau pula adalah ‘Maniac Noise‘ juga dibawah label Indonesia iaitu Akamady Records. Untuk rilisan terbaru Muto pula adalah berjudul, ‘Mirare‘ yang telah diriliskan dibawah label Dekadenz pada tahun 2023 dan boleh didapati bukan sahaja dalam bentuk digital, tapi dalam bentuk kaset juga. Beliau juga pernah menyertai 2 kompilasi bersama label Whypeopledance dari Lithuania dan juga FuFu Records dari Hong Kong pada 2022.

Muto

Sekiranya anda ingin mendengar live set oleh Muto, kalian boleh lawat Soundclound beliau. Untuk mendapatkan tiket, boleh lah lawat laman Instagram NWHR dan DM mereka untuk menempah tiket anda. Tiket boleh didapati pada harga RM30 untuk pre-sale dan RM40 di hadapan pintu.

Gig/Concert/Tour/, News

Band Slam + Beatdown Dari Kuala Lumpur Moneybag 1327 Akan Beraksi di Backdoor Studio

Sebuah gig anjuran antara kolektif Skon Crew dan Rajadubs akan berlangsung di Backdoor Space pada 9 March 2024 (Sabtu), bermula jam 6:00pm sampai habis! Tiket boleh di dapati bermula dengan RM45 untuk pre-sale dan RM55 di hadapan pintu. Gig ini di anjurkan sebagai mengalu-alukan band yang memainkan irama Slam dan Beatdown, Moneybag1327 dari Kuala Lumpur untuk jelajah mereka di Kuching bersama dengan band Wounded Flame dari Miri.

Antara band-band yang akan membuat persembahan pada gig ini adalah Moneybag(1327), Wounded Flame, Bronco Buster, Path To Survive, Serangga dan Dilarang Melarang. Gig ini adalah anjuran kolaberasi antara kolektif Skon Crew dan RajaDubs dan gig ini juga dilakukan secara Do It Yourself(DIY) sepenuhnya.

Wakil dari Skon Crew juga ingin mengucapkan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan kolaberasi yang lain terutamanya kepada En Brosnen Allen dari Raktadhatu(sekiranya anda ingin membuat tattoo, boleh lah menghubungi beliau), untuk hasil karya artwork bagi poster/flyers gig ini pula adalah dari, En Naqie dari Militant Mind dan juga tidak lupa kepada SPHC crew, Northbank Crew, Ang Cheng Ho Punks, Bandat Record Store dan ramai lagi(anda tahu anda siapa) yang telah bersama membantu Skon Crew dalam menjayakan pelbagai gig yang pernah di anjurkan sebelum ini

Untuk mendapatkan tiket pre-sale, boleh lah klik di link whatsapp ini atau dapatkan tiket secara terus di hadapan pintu.

Gig/Concert/Tour/, News

Perlancaran Album ‘Dystopian’ dari Band Grindcore Bronco Buster di Ruang Acara ‘Lek.’

Band Grindcore Bronco Buster akan melancarkan sebuah gig sempena perlancaran debut album mereka ‘Dystopian‘ pada 2 March 2024(Sabtu), bertempat di ruang acara ‘Lek.‘ yang bertempat bersebelahan dengan Zinc Restaurant. Gig tersebut akan bermula tepat jam 8pm dan tiket akan di jual pada harga RM20(tanpa CD) dan RM35(berserta dengan CD).

Gig ini dianjurkan oleh Bronco Buster dan Bandat Records, sebuah band yang memainkan irama Grindcore dan antara band-band lain yang akan membuat persembahan pembukaan adalah Occult Dawn, Korxic, Ujala Menon, dan set Dj dari Brainer. Juga sedikit info mengenai album ini, keseluruhan track dan lirik adalah dari Bronco Buster sendiri dan di rekodkan di Kandang Munsang. Mix dan mastering album ini pula dilakukan oleh Bojet serta distribusi album ini dilakukan oleh Bandat Records dan Helvette Distro. Segalanya dilakukan secara Do It Yourself(DIY).

Sedikit info mengenai Bronco Buster, mereka ditubuhkan di sekitar tahun 2004 ketika kebanyakan daripada ahli band ini masih di bangku sekolah lagi. Pada awal penubuhan Bronco Buster, pengaruh mereka pada ketika itu kebanyakannya adalah datang dari band-band seperti Napalm Death, Carcass, Terrorizer dan Morbid Angel. Pada awal penubuhan Bronco Buster juga, mereka mula bermain di gig-gig yang dianjurkan oleh Disharmonic Movement, sebuah kolektif underground lagenda di awal 2000an dan sejak ketika itu lah mereka terus berjuang di dalam arus arena muzik Underground Kuching sehingga sekarang.

Menurut Bronco Buster melalui kenyataan akhbar mereka, mengenai pengaruh gaya muzik mereka, bunyi-bunyian Grindcore yang mereka bawa adalah gabungan bunyi Grindcore dengan sentuhan Metal dan juga Punk. Tentang cara representasi mereka dari segi muzik, ideologi dan juga fashion pula adalah mendapat pengaruh dari subculture Punk. Kalau dari segi band-band dimana mereka mendapat pengaruh dengan cara permainan mereka pula adalah, Insect Warfare, S.O.B, Napalm Death, Nashgul dan Discharge untuk pengaruh antarabangsa. Manakala untuk pengaruh dari band-band lokal pula adalah dari band-band seperti Kurasakuasa, Tools of the Trade, Mass Separation, Damokis, dan Destroying Ears.

Berkenaan tentang message yang disampaikan melalui muzik mereka, menurut Bronco Buster, apa yang hendak mereka sampaikan adalah lebih kepada isu-isu kemanusiaan, isu-sosial, isu-penindasan, anti penubuhan dan kebebasan bersuara. Message-message ini disampaikan dan diiringi dengan permainan muzik Grindcore oleh Bronco Buster yang laju dan keras.

Sekiranya anda peminat muzik keras, jangan ketinggalan untuk hadiri gig ini yang akan berlangsung di ruang acara ‘Lek.’ iaitu bersebelahan dengan Zinc Restaurant tepat jam 8pm. Sekiranya anda ingin menerokai dunia muzik keras, gig ini sememangnya permulaan yang baik untuk anda kerana ada pelbagai campuran genre dari para persembahan yang berlainan. Dari mereka yang membawa muzik Keras, muzik Psychedelic dan juga Dj yang memainkan muzik elektronik. Dan sekiranya anda meminati muzik keras dan anda tidak tahu mana nak cari gig yang ada band memainkan muzik keras di Kuching, sudah tentu, gig perlancaran album ‘Dystopian’ adalah tempat yang terbaik untuk anda mula mengenali scene-scene Underground yang wujud di Kuching.

Jangan ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada komunitas yang unik dan menarik di dunia muzik Underground Kuching, kerana gig ini akan memaparkan mereka yang berjuang di dalam dunia muzik Underground dari pelbagai genre yang ada. Kuching tidak lah senyap seperti yang anda sangkakan, dan gig perlancaran album ini adalah bukti nya.

Gig/Concert/Tour/, News

Kesurupan Vol.1 Gig di Appleseed Studio

Sebuah gig anjuran 3 sekawan Gerard, Joannes dan Stephen bernama ‘Kesurupan Vol. 1‘ bakal berlangsung di Appleseed Studio pada 2 March 2024 (Sabtu), dan tiket akan di jual bermula dengan harga RM35 untuk pre-sale, dan RM40 di depan pintu. Denda sebanyak RM50 pula akan di kenakan terhadap pengunjung yang tidak menuruti peraturan studio iaitu; ‘Dilarang Merokok di dalam studio, Dilarang membawa senjata merbahaya di dalam studio, Dilarang membawa minuman beralcohol di dalam studio dan Dilarang membawa dadah di dalam studio.’

Menurut Gerard, nama Kesurupan ini di pilih ketika sesi lepak BBQ bersama kawan-kawan. Menurut Gerard lagi, gig ini di anjurkan bagi menyediakan platform untuk band-band baru, terutamanya sekarang, di mana terdapat banyak band-band baru yang berkembang dengan pesat dan mereka memerlukan platform untuk menonjolkan bakat-bakat mereka. Kesurupan merupakan salah satu daripada platform-platform yang sedia ada untuk band-band ini.

Antara band-band yang akan membuat persembahan pada gig ini adalah Hemewrath (Bintulu), Mythology (Kota Kinabalu), Blindsided (Kuching), In Rising Affliction (Kuching), Morbid Steel (Kuching), Needless To Be Forgiven (Kuching), Cry For Her (Kuching), As Dead In Silence (Kuching), We The Leader (Kuching), Selipar X Jepun (Kuching).

Kesurupan Vol. 1 menjemput orang ramai untuk datang ke gig ini, bawa member, bawa teman, kalau anda turun sorang pun tak apa, nanti dekat sana ada jumpa lagi kawan-kawan baru. Kesurupan Vol. 1 menjanjikan hari yang di penuhi dengan headbanging, shredding dan barisan-barisan merch dari band-band yang akan membuat persembahan.

Gig/Concert/Tour/, News

Gig Hip-Hop All Eyez On Us 2.5 di Appleseed Studio

Sebuah gig Hip-Hop ‘All Eyez On Us 2.5‘ akan berlangsung di Appleseed Studio Kuching, Sarawak pada 24 February 2024 (Sabtu). Tiket gig ini boleh di dapati pada harga RM25(pre-sale) dan RM35 di hadapan pintu. Untuk tempahan tiket boleh lah hubungi Wayne dan Alleyezonus. Tiket adalah terhad!

Rappers yang akan membuat persembahan adalah Metrocity Boyz, Cozykidd, Ghettocity, Jokohh, Qew, Tikar Terbang, Montana, Trouble Trap, Sauh Familia, Danish Haruno dan Dj Rocatz.

Orang ramai di jemput untuk datang dan ayuh memeriahkan acara yang akan berlangsung di Appleseed Studio nanti.