Category

Gig/Concert/Tour/

Gig/Concert/Tour/, News

Jamm Fest Punk, Metal dan Indie Anjuran Punkcaraoba Selama 2 Hari Di Backdoor Studio

Sebuah gig anjuran Punkcaroba Records bernama Jamm Fest akan dianjurkan di Backdoor Studio pada 3 & 4 Februari (Sabtu & Ahad). Gig ini di anjurkan dengan bertujuan untuk mendedahkan dan memberi peluang kepada band-band baru lokal yang telah meriliskan beberapa material, band-band yang jarang bermain gig tetapi sudah meriliskan beberapa material, band-band yang sudah lama tertubuh dan sudah ada material akan tetapi tidak berpeluang untuk bermain gig untuk merasai pengalaman berdiri dan membuat persembahan di gig lokal. Dengan adanya Jamm Fest, Punkcaroba Records menyediakan platform demikian untuk band-band ini, terutamanya untuk band-band yang bermain genre yang beraliran Punk, Metal, Indie dan sewaktu dengannya.

Gig seperti Jamm Fest ini pernah dilakukan sebelum ini oleh Punkcaroba Records, akan tetapi ia hanya di lakukan pada waktu sehari sahaja dan hanya melibatkan 6-7 buah band sahaja. Untuk Jamm Fest kali ini pula adalah sedikit istimewa kerana ia dilakukan selama 2 hari dan akan ada 15 buah band akan bermain dan mereka bukan hanya melibatkan band-band yang datang dari Kuching, tetapi ada juga band dari Sibu dan dari negara jiran iaitu Brunei. Band-band yang akan membuat persembahan adalah Kolbenfaust, Liberal Liberalis, Conception, Blindsided, Kelibat, RadakNyawa, Save The Soul dan Popang pada hari pertama. Band-band yang bakal membuat persembahan pada hari kedua pula adalah, Drunkpig, The Hazze, Dilarang Melarang, Myopia, Jejak Biru, Selipar Jepun dan Pemuzik Kena Reject.

Menurut Marvin yang juga merupakan founder kepada Punkcaroba Records, ‘Tujuan asal Jamm fest adalah untuk mendedahkan karya-karya band lokal terutamanya untuk band-band baru kepada orang ramai dan seterusnya untuk menggalakkan mereka bergerak dengan karya mereka, seiring dengan konsep ethos Do It Yourself(D.I.Y) dengan cara mereka tersendiri. Kita percaya band-band ini akan bermain banyak lagi show selepas ini dan Jamm Fest adalah salah satu daripadanya. Kami hanya memainkan perananan kami sebagai antara pemain di dalam scene muzik lokal dalam membantu memeriahkan lagi industri muzik lokal yang beraliran Punk, Metal, Indie dan seangkatan dengannya. Ini adalah penting kerana ia bertujuan untuk memastikan rantaian industri muzik tempatan terutamanya aliran Punk, Metal, Indie untuk tidak terus sepi dilanda arus trend masa.’

Bercakap mengenai peluang untuk muzik-muzik seperti Punk, Metal dan Indie mendapat tempat di pentas-pentas mainstream, tambah Marvin lagi, ‘Terdapat banyak bakat-bakat hebat yang wujud di dalam dunia muzik lokal indipendent/underground, akan tetapi peluang untuk mereka menyerlahkan bakat mereka di pentas-pentas besar, lagu dimainkan dalam radio, dan sebagainya adalah sangat kurang. Bukan tak ada, cuma sangat kurang. Dan paling menyedihkan, sepanjang industri muzik tempatan wujud, ruang untuk band-band ini bersinar adalah sama sahaja di setiap zaman, seperti tidak ada perubahan. Pentas-pentas besar dan radio hanya memainkan lagu-lagu komersial dan trend terkini sahaja, seperti tidak mempunyai arah tuju. Dan itu bagi saya adalah punca mengapa rantaian muzik tempatan menjadi lumpuh. Platform seperti Jamm Fest di buat agar band-band lokal ini mempunyai tempat untuk mereka bergerak dan kami berharap akan ada lebih ramai organizer akan membuat gig-gig seperti ini agar industri kita akan terus wujud dan berkembang secara progressif.

Jika mendapat sambutan yang menggalakkan, gig Jamm Fest ini akan terus diadakan pada tahun hadapan dan seterusnya jika tiada aral melintang. Untuk mendapat tiket di gig ini, boleh lah hubungi 012-8503250 atau layari Facebook dan Instagram Punkcaroba Entertainment untuk tempahan awal. Kemasukan adalah terhad. Setiap tiket akan disertakan dengan poster dan sticker Jamm Fest. Harga tiket adalah RM30 untuk sehari dan RM50 untuk 2 hari.

Gig/Concert/Tour/

Acara Disco + House + Funk di ruang acara ‘Lek.’

Sebuah acara muzik oleh DJ-DJ yang membawa muzik aliran Disco, Funk, House dan sewaktu dengannya akan berlangsung di ‘Lek.’ event space pada 27 January 2024 (Sabtu), bermula jam 9pm sampai habis! Acara ini akan memaparkan 2 orang DJ iaitu Hadiid, dan Xes Xes Loveseat. Tiket kemasukan adalah RM30 dan hanya boleh di dapati di depan pintu. Acara ini adalah kolaberasi antara Vibin by Lek., NWHR, dan juga SPAC3(atau sebutannya Third Space).

Sedikit info mengenai Dj-Dj yang akan membuat persembahan. Haddid merupakan salah seorang antara Techno dan House Dj underground yang terawal di Kuching yang tidak memainkan muzik-muzik tipikal clubbing yang dimainkan di seantero club-club yang ada di Kuching. Beliau pernah bermain di beberapa underground Dj gig lokal dan antarabangsa di sekitar Asia seperti Koh Pha Ngan, Manila, Jakarta, Bali dan Kuala Lumpur. Beliau merupakan salah seorang Dj untuk sebuah kolektif Dj iaitu NWHR. Sebuah kolektif Dj elektronik yang bermatlamat untuk memupuk orang ramai tentang muzik-muzik elektronik yang bukan konvensional. Hadiid sekarang ini juga bernaung di bawah beberapa buah label antarabangsa yang terletak di Berlin, Russia, Ukraine, Amerika Selatan, dan juga di beberapa rantau Asia. Antara label-label tersebut adalah, PolytypchBlack BeardVertigo AudioUxoa Dutxa EliteEclipse RecordingsKaleydo RecordsAsia MusicPizza Tunait, Dear Deer RecordsLeftright SoundsDeepsomniaBullfinch RecordsLossless, dan yang terbaru adalah TAU dari The Adana Twins.

Xes Xes Loveseat pula merupakan salah seorang Dj yang berasal dari Kuala Lumpur yang memperjuangkan seni Dj yang menggunakan piring hitam(vinyl). Beliau dikenali di dalam scene-scene Dj sebagai seorang yang memainkan muzik-muzik yang beraliran Disco dan muzik-muzik dari era 80an. Antara sejarah residensi beliau di Kuala Lumpur adalah, beliau pernah bermain di ‘Vinyl Night Neighbourhood’ di Nagaba dan juga di ‘House Music Room’ di Zouk KL. Beliau juga pernah membuat aksi pembukaan untuk beberapa orang Dj antarabangsa seperti, Apparat, Aeroplane, Hercules & Love Affair, Joey Negro, Osunlade, Robag Wruhme, Bill Brewster, Fred P, Eli Escobar, DJ Dustin (Giegling), Horse Meat Disco, Crazy P, Ata, Dr Packer, Musclecars, Roni dan banyak lagi. Selain daripada Dj, Xes Xes Loveseat juga pernah menjadi host untuk band Indie experimental iaitu Lost Tapes (2010-2012). Selepas pandemic dan dunia kehidupan malam mula bangun semula, Xes Xes Loveseat telah kembali bergiat aktif semula dan kerap melakukan persembahan di beberapa venue underground yang memainkan rentak Techno, Funk dan House. 

Selain dari persembahan Dj, ruang acara Vibin by Lek. juga ada menjual makan-makan dan juga pelbagai pilihan minuman beralcohol dan tidak beralcohol untuk anda saji sambil menikmati vibe dan muzik yang di mainkan oleh Dj-Dj ini.

Gig/Concert/Tour/, News

Gig Tribute To Linkin Park di Gates Of Heaven

Sebuah gig tribute kepada Linkin Park anjuran Zero D.B Enterprise dan Project Amnesia akan berlaku di Gates of Heaven pada 27 January 2024 (Sabtu). Gig ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada Linkin Park, salah satu band rock yang iconik di abad ke-21. Gig ini akan bermula tepat jam 7pm sehingga habis! Tiket boleh di tempah dengan harga RM50 dan tiket depan pintu pula adalah RM60. Untuk tempahan awal tiket, para hadirin boleh lah menempah melalui link Google form ini.

Menurut Ken dari Zero D.B Enterprise, ‘Kami sangat teruja untuk menganjurkan acara ini sebagai tanda penghormatan kepada Linkin Park, sebuah band yang telah meninggalkan tanda yang sangat tidak dapat di lupai untuk peminat muzik di seluruh dunia. Acara ini adalah bukti bahawa semangat dan dedikasi yang dibawa oleh Zero D.b Enterprise dan Project Amnesia dalam membawa harapan kepada scene muzik lokal dan sebagai perintis kepada masa hadapan muzik Rock di Kuching, Sarawak.

Bryler dari Project Amnesia pula berkata, ‘Sama seperti apa yang pernah kami lakukan sebelum ini, acara ini adalah untuk pengikut kami dan untuk mereka mencipta memori terbaru di dalam hidup mereka. Dan apakah cara yang lebih baik yang boleh kita lakukan selain muzik? Kebetulan pula Zero D.b memberi idea yang bernas seperti ini sebagai memberi penghormatan kepada salah satu band yang paling ikonik dalam era kita ketika kita meningkat dewasa dan kami pula tidak dapat menahan rasa teruja untuk menjadikan acara ini satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Lineup yang akan membuat persembahan pada acara ini adalah Post-Mortem Education, Afterfall, 11th Minute, dan DJ Jorl. Setiap dari mereka yang membuat persembahan ini akan menyajikan para hadirin dengan cara mereka yang tersendiri dalam memberi penghormatan kepada bunyi-bunyian ikonik Linkin Park dengan cara yang unik dan innovative.

Gig/Concert/Tour/, News

2 Acara Atas Angin Untuk 2 Hari di Appleseed Studio

Sebuah gig kolaberasi anjuran bersama antara Atas Angin dengan Project Amnesia, ‘Atas Angin Tour‘ dan ‘Only Jiwang-Jiwang Club‘ akan berlangsung di Appleseed Jamming Studio di Kuching, Sarawak pada 20(Sabtu) & 21(Ahad) January 2024 (Ahad) bermula jam 8pm sehingga habis!

Acara Atas Angin Tour mula-mula dilakukan pada penghujung tahun 2022 dan telah berjaya dijalankan di 3 buah bandar dan negeri iaitu, Ipoh, Johor Bahru dan Sungai Petani. Jelajah ini dilakukan oleh Atas Angin sebagai tanda penghargaan kepada peminat-peminat muzik Indie di seluruh Malaysia. Juga sebagai membuka peluang untuk peminat-peminat muzik Indie di sekitar Malaysia untuk menyertai acara-acara yang di anjurkan oleh Atas Angin. Band-band yang akan membuat persembahan untuk Atas Angin Tour adalah At Adau, Retreo, Drasska, WP.SSH, dan Automatic The Remote.

Untuk acara OJJ pula, acara ini merupakan tribute kepada lagu-lagu jiwang. Band-band yang akan membuat persembahan pada acara ini pula akan membuat cover untuk beberapa lagu jiwang. Band-band ini telah di bagi setlist oleh team Atas Angin dan mereka akan membuat persembahan berdasarkan setlist yang telah di bagi oleh para penganjur. Untuk sepanjang beberapa bulan ini, OJJ telah membuat 5 jelajah di Johor, Perak, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Antara artis-artis dan band-band yang akan membuat persembahan pada acara ini adalah, Alex Munan, Atanz, No. Mo, dan Afif Tenor,

Band-band dan artis-artis yang akan membuat persembahan untuk kedua-dua acara ini adalah gabungan daripada band-band dari Sarawak dan Brunai. Project Amnesia dan Atas Angin berharap platform ini akan dapat terus membantu mengembangkan ekosistem muzik dan industri seni dan hiburan di seluruh Malaysia.

Tiket untuk acara ini sudah di jual dan boleh didapati di lawan sesawang www.atasangin.com untuk RM45(member) dan RM55(non-member).

Gig/Concert/Tour/

Sebuah Pop-Up Parti Dari SFDP di Ruang Acara ‘Lek.’

Sebuah kollektif DJ Same Faces Different Places (SFDP) akan melakukan sebuah parti di ruang acara ‘Lek.‘ pada 23 Disember 2023 (Sabtu), bermula jam 9pm sehingga habis! Parti ini akan memaparkan 3 orang DJ iaitu Keeyushee, Kawaii Boy, dan Reza. Menurut Keeyushee, SFDP semasa awal penubuhannya pada 2018, SFDP merupakan sebuah kollektif DJ yang banyak memainkan muzik-muzik Hip-Hop dan R&B. Tetapi setelah beberapa tahun kemudian, SFDP telah mula melakukan beberapa pop-up parti di sekitar bandar raya Kuching yang bermatlamatkan untuk menambahkan perisa inclusivity di dalam muzik untuk kehidupan malam di bandar raya Kuching dengan menganjurkan beberapa pop-up parti untuk di hidangkan kepada pengunjung-pengunjung yang menghadiri mana-mana acara mereka.

Keeyushee

Sedikit info mengenai Dj-Dj yang bakal beraksi, Keeyushee merupakan salah seorang daripada co-founder untuk SFDP dan beliau mempunyai minat yang mendalam di dalam muzik terutamanya di dalam genre Hip-Hop, Afrobeat, Dance dan Soul. Keeyushee juga pernah menjadi DJ untuk sebuah radio english tempatan iaitu Hitz.FM dan dengan pengalaman sebagai seorang Dj radio dan juga merupakan freelance Dj, beliau sudah pasti akan menyajikan para hadirin yang hadir ke mana-mana acara beliau dengan pengalaman yang pasti akan membuat para pengunjung menari dengan sepenuh jiwa.

Kawaii Boy

Kawaii Boy pula merupakan salah seorang Dj freelance tempatan yang mula mendapat perhatian di dalam scene underground pop-up parties di sekitar bandar raya Kuching. Beliau mula melibatkan diri di dalam scene Dj underground apabila beliau belajar di Kuala Lumpur dan menghadiri sebuah pop-up parti di mana Dj yang sedang spin ketika itu memainkan track-track yang bergenrekan Baile Funk, Dancehall, dan Afrobeat. Kemudian ketika dunia dilanda pandemic Covid-19, beliau menggunakan peluang itu untuk memperhalusi seni Dj beliau di dalam kamar bilik beliau dan memburu track-track untuk di tambahkan di dalam koleksi beliau. Setelah pandemic Covid-19 berakhir, bermula lah perjalanan beliau sebagai Dj freelance di Kuching dan anda boleh check out page insta beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut mana-mana show beliau.

This image has an empty alt attribute; its file name is rezza-731x1024.jpg
Rezza

Seterusnya adalah Rezza. Beliau juga merupakan seorang freelance Dj yang bermula di dalam bilik dan berteraskan minat yang mendalam di dalam muzik yang menerokai bunyi-bunyian di dalam genre Afrobeat dan Amapiano. Sebagai seorang freelance Dj yang belajar sendiri di dalam memperhalusi seni kurasi muzik yang dimainkan oleh beliau, set Rezza bakal menggambarkan dan menceritakan beliau sebagai individu, melalui track-track yang bakal di mainkan dan di kurasikan oleh beliau sendiri.

Jay C

Acara ini juga akan di meriahkan dengan Jay C sebagai emcee pada malam tersebut yang pasti akan membuatkan para hadirin terhibur dengan gembar-gembur gaya beliau. Apa yang ada pada malam tersebut nanti bukan hanya set Dj dan hiburan dari emcee. Akan tetapi ada makan-makan juga. Tiket kemasukan boleh didapati dengan harga RM30 sahaja di hadapan pintu dan anda di galakkan untuk membawa rakan-rakan anda bersama kerana setelah penat bekerja, ini lah masa untuk berehat dan bergembira bersama rakan-rakan di hujung minggu.

Gig/Concert/Tour/

Hip-Hop Block Party ‘Shutdown’ di Tirta Barong

Sebuah acara Hip-Hop Block Party iaitu Shutdown akan berlangsung pada 23 Disember 2023 (Sabtu) bermula jam 8:00pm sampai habis! Acara ini di anjurkan dengan kolaberasi antara Anak Kapal 47, Loba Events, dan Tirta Barong.

Antara yang akan membuat persembahan adalah Ziji.Q, NoFik, EmanSushi, Irfan Aniq, Jokoh, dan DRT. Menurut Aniq Azman yang juga merupakan pengurus acara ini, “Acara ini merupakan langkah kecil untuk kami sebagai syarikat pengurusan acara untuk memulakan era terbaru untuk event di Sarawak. Antara matlamat utama kami adalah memberi peluang kepada bakat-bakat baru dan muda di Sarawak dan memastikan industri lokal berada pada landasan yang betul.

Sedikit maklumat tentang rapper-rapper yang akan membuat persembahan. Ziji.Q, mula berkecimpung di dalam dunia Hip-Hop dari tahun 2017 melalui mendengar lagu-lagu dari B-Heart, Lawalah Familia dan Krayziesoundz. Gaya dan pengaruh muzik Ziji.Q pula adalah inspirasi dari Travis Scott, Don Toliver, Drake, PartyNextDoor, dan Jacquess. Pendekatan artistic cara Rap Ziji.Q adalah lebih kepada melodic + singing rap. Untuk check out muzik Ziji.Q, anda boleh check out Instagram, YouTube, Spotify, TikTok dan Soundcloud.

NoFik pula mula mendengar dan minat kepada muzik Rap dengan mendengar lagu Rembau Most Wanted dari Waris. Dari sana, beliau mula jatuh cinta dengan seni Rap dan perasaan itu menjadi lebih mendalam setelah uncle beliau memperkenalkan NoFik dengan lagu Budak Flat dari Aman Ra. Pada tahun 2020, beliau mula berkenalan dengan Ziji.Q dan Ziji.Q pula memperkenalkan beliau dengan Travis Scott. Mereka mula belajar antara satu sama lain di dalam memperhalusi seni mereka. Kemudian pada tahun 2021, beliau telah menjumpai genre UK Drill dan dengan itu, bunyi-bunyian UK Drill telah menjadi tanda identiti kepada NoFik. Melalui muzik, NoFik menceritakan tentang apa yang beliau alami di sekeliling beliau dan bagaimana reaksi orang sekeliling beliau apabila bersama dengan nya. Muzik NoFik boleh di dapati di Instagram, YouTube, Soundcloud dan Spotify.

EmanSushii pula mula berminat dengan muzik Rap pada seawal umur 9 tahun melalui channel MTV. Dari sanalah beliau mula-mula mendengar Dr.Dre, Snoop Dogg dan Malique. Mula menulis Rap pula seawal umur 12 tahun dan pada tahun 2016, beliau mula belajar produce lagu melalui FL Studio. Pada tahun 2018 pula, beliau mula berkenalan dengan Ziji.Q yang banyak mendedahkan tentang scene Hip-Hop Kuching kepada beliau. EmanSushii mendapat pengaruh muzik beliau dari Metro Boomin, Murda Beatz, Kanye West dan seangkatan dengannya. Pengaruh muzik lokal beliau pula adalah dari Quai, Danye, Sabbala, B-Heart, Alyph dan Sonaone. Muzik EmanSushii boleh di dapati di Instagram, YouTube, Soundcloud dan Spotify.

Irfan Aniq pula mula mendapat pengaruh dan minat terhadap budaya Hip-Hop dari ayah beliau yang kemudiannya membentuk minat beliau di dalam seni Rap. Beliau mendapat inspirasi untuk lirikal dari Rapper seperti Kendrick Lamar, dan J.Cole, manakala untuk bunyi-bunyian Hip-Hop moden pula dari Rapper seperti Travis Scott, Lil Yachty, dan JID. Menurut Irfan Aniq, cara beliau membuat pendekatan dengan muzik beliau adalah dengan mencuba menggabungkan Old-School dan New-School dan pada masa yang sama, mencipta cara yang terbaik yang boleh menggambarkan budaya Hip-Hop Kuching. Pengaruh muzik lokal beliau adalah Aman Ra, Altimet, dan Asyraf Hardy. Muzik Irfan Aniq boleh di dapati di Instagram, YouTube, dan Spotify.

Jokoh pula bermula dengan Hip-Hop setelah mendengar lagu It G Ma dari Keith Ape. Selepas itu beliau mula menerokai dunia muzik Hip-Hop lokal dan beliau mula menjumpai Cghood, Doc.Q dan Gbee G. Beliau mula melakukan rekoding dengan salah seorang ahli Tikar Terbang iaitu Skulleight. Pada tahun 2023 beliau telah meriliskan album debut beliau iaitu ‘I Used To Pray For Time Like This‘ yang mengandungi 12 buah lagu dan mempunyai featuring dengan beberapa lokal Rapper serta ahli-ahli dari kumpulan Hip-Hop lokal seperti Lawalah Familia, KCHCXN, Zemo, Forceparkbois, Laws, Kmain Kelawar Records dan Kimjackz. Gaya muzik beliau adalah lebih kepada Rap + Singing, Indie Rock, New Wave, TripHop, Trap dan R&B. Pengaruh muzik lokal beliau adalah seperti Quai manakala dari segi antarabangsa pula adalah seperti Kohh, The Strokes, XXXTENTACION, dan Cigarettes After Sex.

Duranta(DRT) pula merupakan kumpulan Hip-Hop yang bermula sebagai online thrift store yang menjual barang-barang pre-loved oleh Russ. Mereka bermula pada tahun 2019 sebagai online thrift store dan mula berkembang menjadi kolektif muzik pada tahun 2020 dengan merangkumi ahli-ahli seperti Russ, Yayo, Martianbxy, Faacko & 2611, Kzu, Sano, Hathra dan Ziji.Q. Muzik yang di bawa oleh mereka adalah Rap, R&B, Hip-Hop dan apa-apa yang di ingini oleh mana-mana ahli kumpulan mereka. Pengaruh muzik lokal mereka adalah Citybois, Forceparkbois dan seangkatan dengannya. Pengaruh antarabangsa pula adalah seperti JID, A$AP Rocky, A.Boogie, Frank Ocean, 070 Shake, dan sepertinya. Muzik mereka boleh di dapati di YouTube DRT Prods, Kzu, MartianboyDRT, dan Faacko.

Untuk mendapatkan tiket Shutdown di Tirta Barong, anda boleh lah dm page instagram Shutdown dengan hanya RM20 untuk early birds dan RM30 untuk tiket di hadapan pintu.

Gig/Concert/Tour/, News

Sesi Hybrid ‘HeadPhone Session by Keeyushee’ di LEK

Sebuah sesi elektronik ‘Headphone Session‘ akan berlangsung di ruang acara Lek pada 16 Disember 2023 (Sabtu), bermula dari jam 5pm – 9pm. Dj yang akan beraksi selama 4 jam masa itu adalah Keeyushee. Beliau akan menyajikan para pengunjung di lantai tarian dengan set beliau yang experimental. Ruangan acara Lek juga akan di hiasi dengan persekitaran yang berasaskan alam semula jadi dengan pelbagai warna yang menarik.

Apa yang menariknya tentang acara ini adalah, acara ini akan di jalankan secara hybrid. Maksudnya, acara ini bukan sahaja akan berlangsung di ruang acara Lek, akan tetapi akan berlangsung secara LIVE di platform digital. Platform apakah yang akan di gunakan? Itu akan di umumkan pada page instagram VIBIN’ by Lek. Kemasukan untuk acara ini hanyalah RM15 sahaja dan makanan pula akan di sajikan oleh FoodLab.

Sedikit info mengenai Keeyushee, beliau merupakan co-founder kepada kolektif DJ Same Face Different Places (SFDP). Beliau merupakan seorang DJ yang banyak memainkan muzik yang bergenrekan Hip-Hop, Afrobeat, Dance dan Soul. Beliau juga pernah menjadi DJ untuk sebuah radio tempatan iaitu Hitz.FM. Keeyushee mengambarkan set beliau sebagai satu pengembaraan musical yang pasti akan membawa para hadirin menari dengan rentak yang di bawa. Keeyushee pernah bermain di pentas Sunbear Festival, Borneo Sonic Music Festival, Hitz On The Decks, beberapa acara yang di anjurkan oleh SFDP dan banyak lagi.

Gig/Concert/Tour/, News

Pelbagai Genre Dari Pop-Punk, Hardcore, Ska dan EDM, Sebuah Gig Bakal Berlangsung Di Appleseed Studio

Sebuah gig Sounds Good Feels Good (SGFG) yang bakal memaparkan, artis dan band dari pelbagai genre akan di adakan di Appleseed Studio pada 16 – 17 Disember 2023 (Sabtu & Ahad). Gig ini dianjurkan oleh kerjasama antara InBloom Media, Good Loud Media, dan Blackwish. Gig ini adalah salah satu daripada usaha daripada beberapa organizer-organizer lokal untuk bersama-sama mengangkat kepelbagaian di dalam muzik di arena underground/indipendent tempatan.

Antara mereka yang akan membuat persembahan pada gig ini adalah May of Scarlet, Crazy Grizzly, The Necklace, Class 89, Roses Are Black, Garbage Diary, Firebomb, Creampunk, Needless To Be Forgiven, Torture Of Agony, Path To Survive, Andonrock, Drasska, Viceroyz, Wp.Shhh, The Nameless, Save The Soul, dan The Hazze.

Apa yang menariknya tentang gig ini adalah, gig ini akan memaparkan persembahan yang datang dari pelbagai genre dari Pop-Punk, EDM(Electronic Dance Music), Metalcore, dan Disco-Pop. Menurut organizer melalui press-release yang di bagi, tujuan gig ini di anjurkan adalah untuk merealisasikan slogan Unity Through Music dan berharap SGFG ini suatu hari nanti akan dapat berkembang dari bermula dari gig kecil-kecilan dan suatu hari nanti akan berjaya berkembang sehingga dapat menjadi sebuah concert atau festival. Sejurus selepas itu, akan dapat menaikkan nama artis tempatan dalam menyebarkan karya mereka dan dapat menjadi platform exposure untuk artis yang baru hendak bermula.

Oleh itu, para organizer dan penaja InBloom Media, Good Loud Media dan Blackwish menyeru orang ramai terutamanya mereka yang aktif bergiat diri di dalam scene underground dan indipendent tempatan, mereka yang ingin menerokai scene underground dan indipendent tempatan, peminat muzik etc-etc untuk sama-sama menghadirkan diri dan bersama memeriahkan gig 2 hari ini yang bakal berlangsung di Appleseed Studio Kuching, Sarawak.

Tiket depan pintu boleh didapati untuk harga RM40, manakala pre-sale pula RM30 untuk satu hari dan RM50 untuk kemasukan 2 hari. Untuk dapatkan tiket ini boleh lah whatsapp di number link ini.

Gig/Concert/Tour/, New Release, News

Band Indie WP.SHHH Jelajah Promo ep

Sebuah band Indie WP.SHHH yang berasal dari Sri Aman, Sarawak akan melakukan jelajah promo ep terbaru mereka iaitu Pop Nyaman di 3 buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Ipoh dan Melaka. Jelajah tersebut akan berlaku pada 24 November di Merdekarya, Kuala Lumpur, 25 November di Ipoh Social Club, Ipoh, dan 26 November di Tuju Cafe, Melaka.

Ep Pop Nyaman ini akan memuatkan 6 buah lagu iaitu Muda, Cinta, Rindu, Awek Memberku, Superstar, dan Hello & Muda. Menurut Wan Purong yang juga merupakan pemain gitar dan vokalis, berkenaan mengapa memilih nama ep mereka sebagai Pop Nyaman, “Selari dengan genre dan vibe, kami memilih nama Pop Nyaman sebgai nama ep kami kerana selari dengan selera muzik kami iaitu muzik Pop dan Nyaman yang membawa maksud sedap. Sebati dengan cita rasa muzik WP.SHHH iaitu santai & sempoi.” Buat masa sekarang Ep ini hanya boleh di dapati dalam bentuk fizikal. Ep ini akan keluar di setiap streaming platform selepas mereka selesai jelajah ep mereka.

Sedikit info mengenai band ini, mereka di tubuhkan di Sri Aman, Sarawak pada tahun 2019. Mereka terdiri daripada Wan Purong sebagai pemain gitar dan vokalis, Syah sebagai lead gitaris, Nil sebagai keyboardist, Zul & Fatah sebagai pemain bass dan Qidin sebagai pemain drum. Mereka mendapat pengaruh muzik mereka daripada band-band seperti MC. Demarco, Phum Viphurit, Boy Pablo, The Times, Pastel Lite dan Monoloque.

Gig/Concert/Tour/

Jelajah Album Dominion dari Plague of Happiness di Tirta Barong, Kuching

Band Ska, Plague of Happiness (POH) telah melakukan siri jelajah album baru mereka Dominion, di seluruh Malaysia dan akan singgah di Tirta Barong Coffee di Kuching, Sarawak pada 19 November 2023 (Ahad). Album ini mengandungi 12 lagu yang bergenrekan Reggae, Ska, Punk-Rock dan Ska-Punk. Prosess rakaman telah dilakukan ketika deklarasi endamic pada tahun 2022.

Sedikit informasi berkenaan album ini, album ini akan memaparkan beberapa kolaberasi dengan artis-artis lokal dan antarabangsa lain seperti, Prince of Ska dari Indonesia iaitu Denny Frust, penulis dan penyanyi Soul dari Malaysia iaitu Leaism, band Post-Keroncong dari Malaysia Terang Bulan, dan pemuisi Malaysia Pyanhabib.

Plague of Happiness adalah sebuah band yang tidak asing lagi di dalam scene muzik indipendent/underground yang banyak menekankan ethos DIY. Sejak dari awal penubuhan mereka, mereka sendiri yang produce dan meriliskan material mereka dan mereka juga yang membuat promo sendiri dan produce muzik video mereka sendiri. Malahan, jelajah promo album Dominion ini pun dilakukan oleh mereka dan kumpulan mereka sendiri.

Mereka juga pernah melakukan persembahan di beberapa festival besar seperti JB Arts Festival, Rock The World, dan juga Sunbear Festival di antaranya. Mereka juga pernah bermain di pentas antarabangsa seperti di Indonesia, Japun, Singapure dan juga Indo-China. POH juga telah beberapa kali menganjurkan beberapa konsert solo. Beberapa konsert solo ini adalah pembiayaan diri sendiri, dan beberapa konsert lain mereka juga pernah mendapat sokongan daripada Johor Performing Arts, KREAT dan juga Vans Malaysia. Untuk jelajah album Dominion ini pula, POH mendapat sokongan dan dana daripada Program Pembiayaan Muzik Independent daripada Cendana dan Nyaring

Sekiranya anda berada di Kuching pada 19 November 2023 pada ahad ini, boleh lah bertandang di Tirta Barong kerana Plague of Happiness akan melakukan show promosi album Dominion mereka yang sekarang boleh di stream di beberapa platform streaming seperti Apple Music, Spotify, YouTube dan sebagainya. Tiket boleh didapati dengan harga RM60 dan band-band pembukaan yang akan turut sama ketika itu adalah We The Leader, Sequal Revealed, Blindsided,

Sekiranya anda berada di Kuching pada 19 November 2023 pada ahad ini, boleh lah bertandang di Tirta Barong kerana Plague of Happiness akan melakukan show promosi album Dominion mereka yang sekarang boleh di stream di beberapa platform streaming seperti Apple Music, Spotify, YouTube dan sebagainya. Tiket boleh didapati dengan harga RM60 dan band-band pembukaan yang akan turut sama ketika itu adalah We The Leader, Sequal Revealed, Blindsided, Drasska, dan Half Asleep. Persembahan POH di Kuching ini di kendalikan oleh Punkcaroba.