Category

Gig/Concert/Tour/

Gig/Concert/Tour/

Gig Hip-Hop Gabungan Lama & Baru di Old Court House

Sebuah gig Hip-Hop yang di anjurkan oleh CQMUSIC akan di adakan di Old Court House pada 27 October 2023 pada Jumaat nanti. Gig Hip-Hop ini akan memaparkan sebanyak 19 artist Hip-Hop, solo dan berkumpulan. Gig ini di anjurkan bersempena dengan event What About Kuching (WAK) yang diadakan pada setiap tahun pada bulan Oktober dengan mendapat sokongan daripada Kerajaan negeri Sarawak.

Menurut Wayne yang juga merupakan antara penganjur dan juga salah seorang rapper untuk kumpulan The Familyman, “Acara ini melambangkan revolusi Hip-Hop Borneo, sebagai menyediakan platform untuk peminat muzik Hip-Hop, dan juga sebagai simbolik kepada penyerahan baton kepada generasi-generasi peminat muzik Hip-Hop yang seterusnya.

Event ini akan memaparkan beberapa rapper solo dan berkumpulan yang lama dan juga yang baru. Mereka adalah, Masta G, Mista Moose, Cozykidd, Sauh Familia, Fadekeem, Oufaa, Zemo, Ziji Q, Tikar Terbang, Public Noise, Asyraf Hardy, Metrocity Boyz, Knowno, Silooman, Mr. Mokha, Jokoh, Denny Zfk, The Familyman dan Renzo.

Tiket boleh didapati di depan pintu dengan hanya berharga RM30 dan pintu akan dibuka bermula jam 4pm sampai habis.

Gig/Concert/Tour/

Mengimbau Kembali 90an – 2000an di Gig ‘Those Were The Days’

Sebuah gig yang akan anjurkan bagi mengimbas kembali ke zaman band-band ketika era 90an – 2000an. Selain daripada mengingati tentang masa lalu, menurut penganjur, gig ini juga diadakan sebagai tanda peringatan dan menghargai band-band yang wujud di era 90an – 2000an yang menjadi punca kepada band-band yang wujud masa sekarang, terutamanya mereka yang membuat persembahan pada gig ini tentang mengapa mereka ingin bermain muzik dan memilih kerjaya sebagai ahli muzik. Band-band yang membuat persembahan pada gig ini bukan sahaja membawa lagu-lagu original mereka, malah mereka juga akan membawa lagu-lagu cover kegemaran mereka dari era itu.

Gig ini bakal membawa para generasi Millennial kembali ke era remaja mereka dan para generasi Z mengembara ke zaman muzik era 90an – 2000an. Zaman 90an di mana para remaja pada masa itu mendapat sumber muzik mereka dengan menunggu di hadapan radio untuk mula merakam lagu-lagu kegemaran mereka di dalam kaset, dan sistem perdagangan pertukaran kaset di kalangan rakan-rakan sedang rancak berlaku di antara orang-orang muda pada ketika itu demi untuk mendapat pelbagai jenis muzik yang ada. Masuk zaman 2000an pula, remaja pada ketika itu mula menunggu di hadapan television untuk menonton MTV dan Channel V bagi mengetahui apakah muzik-muzik baru yang ada dan juga menunggu lagu-lagu kegemaran mereka untuk keluar di kaca television.

Menurut Lian, yang juga merupakan penganjur utama gig ini dan juga merupakan salah seorang ahli kumpulan At Adau, ‘Kami percaya dengan membawa kembali muzik masa silam ini, ia dapat mengekalkan semangat di dalam scene muzik yang lebih seimbang dan bertenaga untuk diteruskan oleh generasi-generasi yang akan datang.

Gig ini akan memaparkan band-band lama dan beberapa band-band baru juga. Band-band yang bakal membuat persembahan di gig ini adalah, United Kids of Oi!, Valkskynia, Kajor, Automatic The Remote, Ready Steady Go, Sequel Reveal, Viceroyz, Popang, Kolbenfaust, Space Bird dan Ethnic Transmission.

Tiket akan di jual depan pintu dengan harga RM50 dan bermula dari jam 1pm sampai habis. Gig ini akan di anjurkan di Culture City Kuching.

Gig/Concert/Tour/, News

Bengkel Muzik dan Gig, Pada Satu Masa

Sebuah mini muzik konference dan sebuah gig akan berlangsung di HAUS KCH pada 14 Oktober 2023 (Sabtu). Konference mini itu adalah; An Honest Day Out, dan ia akan memaparkan bengkel dan master class yang merangkumi topik-topik seperti music production, music business, dan music marketing. Untuk gig pula adalah The Lonely Hearts Club. Gig ini akan memaparkan gabungan band-band, artis solo, dan rapper dari pelbagai genre.

Menurut Darren Teh, yang juga merupakan penyanyi kepada band An Honest Mistake, ‘Mini konference An Honest Day Out di anjurkan dengan harapan dapat menggalakkan sesi berkongsi ilmu dengan orang ramai. Saya rasa bakat-bakat yang wujud di Malaysia terutamanya di Kuching adalah sangat berbakat akan tetapi, mereka terperangkap di batasan sempadan sendiri. Kami bukan lah pakar, akan tetapi kami sudah belajar dari pelbagai kesilapan dan untuk setiap halangan, akan sentiasa ada cara untuk mengatasinya. Sama ada untuk tour, atau mempromosi single terbaru. Semenjak era pandemic Kovid-19 tamat, landskap muzik telah banyak berubah dan para artis-artis di Malaysia tidak sepatutnya ketinggalan jauh kebelakang.‘ Tambah Darren lagi, ‘Sebaik sahaja kita mendapat asas yang betul, terutamanya sekali dengan cara kita berfikir, satu-satu nya halangan kita selepas itu adalah langit. Bengkel ini di jalan untuk penggiat muzik dari mereka yang baru hendak bermula sehingga mereka yang sudah berpengalaman. Sesi perkongsian ini adalah untuk semua.

Untuk gig The Lonely Hearts Club pula, pada mula nya gig ini di jalankan, ia adalah sebagai gig anti-Valentine yang sepatutnya di lakukan pada bulan February 2022. Tetapi di sebabkan pada ketika itu, restriksi kesan pandemik yang masih berkuatkuasa dan malangnya, gig tersebut tidak dapat di jalankan. Band An Honest Mistake, bersama dengan beberapa band dan para artis telah menjelajah ke 4 Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru. Untuk gig kali ini, An Honest Mistake bersama dengan Trophy Knives dan S4DKL dari Kuala Lumpur akan menghiburkan para pengunjung di HAUS KCH. Bersama dengan mereka adalah band Hardcore Punk dari Kuching, Dance On Your Grave, band Pop-Punk, Hey! Leave A Message, penyanyi/penulis Steff Fleur dan juga rapper, Macha Kaca Mata.

Acara ini akan bermula tepat jam 12.00 tengah hari pada 14 October sampai habis. Tiket boleh di dapati di pautan The Lonely Hearts Club dan tiket di hadapan pintu pula adalah RM60.

Gig/Concert/Tour/

Audiosicnal Mempersembahkan, Social Noise Gig di Sibu!

Sebuah gig oleh Audiosicnal akan di anjurkan di Masterjam Rock & Roll Cafe and Bistro di Sibu. Gig ni dinamakan Social Noise dan dibuat dengan kerjasama antara Titan’s Empire, Bori Abuh Punk House dan Masterjam Rock & Roll Cafe and Bistro. Menurut Lawrence yang juga merupakan penganjur kepada gig ini, “gig ini di anjurkan setiap tahun di Sibu bagi menghimpunkan pelbagai genre yang ada di seluruh pelosok kepulauan Borneo“.

Antara band-band yang akan beraksi adalah Drawing The Devil dari Sibu, Marktoulybra dari Sibu, JDS dari Kanowit, Rey / Rey dari Kuching, Ethnic Transmission dari Kuching, Space Bird dari Kuching, Automatic The Remote dari Kuching, Wounded Flame dari Miri, Hemewrath dari Bintulu, dan Voids dari Brunei.

Tiket pre-sale akan dijual bermula dengan RM25 sehingga 13 Oktober dan boleh di dapati di Masterjam Rock & Roll Cafe and Bistro, Bori Abuh, dan boleh juga di order secara WhatApp melalui Jon Smile (+601131435918), dan Lawrence Thian (+60163191491). Tiket di hadapan pintu pula akan dijual dengan harga RM30.

Gig/Concert/Tour/

Gig Untuk Band Yang Baru Bermula: La Debut #1!

Sebuah gig yang bakal memaparkan gabungan antara band-band berpengalaman dan baru akan berlangsung pada 7 October 2023 hari Sabtu. Gig ini akan diadakan di Backdoor Studio and Event Space Kuching, Sarawak. Gig ini dianjurkan sebagai pengenalan kepada band-band yang baru ditubuhkan dan ingin merasakan bagaimana rasanya bermain gig dan juga berpeluang untuk berkongsi pentas bersama dengan beberapa band-band lain yang berpengalaman.

Gig yang di anjurkan oleh Punkcaroba ini dinamakan La Debut #1, yang juga bermkasud The First Show. Dalam bahasa latin, La bermaksud The manakala Debut dalam bahasa Latin pula bermaksud pertama. Maka seiring dengan nama gig, gig yang di anjurkan oleh Punkcaroba ini dibuat bagi memberikan platform kepada band-band baru yang telah ditubuhkan untuk merasakan peluang untuk bermain gig

Antara band-band yang akan beraksi adalah, Selipar Jipun (Hardcore), Needless To Be Forgiven (Metalcore / Deathcore), xthe Paradox (Oldschool Hardcore), Night With The Wolves (Emo Rock), RadakNyawa (Iban Alternative), We The Leader (Groove Heavy Metal), dan Narrathief (Indie Rock).

Menurut Marvin yang juga merupakan founder kepada Punkcaroba, ‘Gig ini menumpukan lebih kepada band-band yang belum ada rilisan ataupun mereka yang pertama kali berada di pentas gig. Kita tidak tertumpu kepada satu genre sahaja kerana saya percaya, scene D.I.Y ini bukanlah kecil seperti yang di sangka. Ia adalah sangat besar sebenarnya dan kita ingin mensediakan platform kepada mereka yang baru hendak bermula untuk expose diri mereka.

Jangan terlalu meletakkan sempadan di dalam dunia seni. Jika kita merasakan apa yang kita rasa boleh pergi, kita teruskan sahaja. Jika ada yang kita rasa tidak boleh jalan, tidak apa kita fikir cara lain untuk jalankan. Jangan takut pada risiko, jika kita hadap kepada risiko ini, barulah ada kejayaan betul tak? Oleh itu, saya berharap gig ini akan mendapat sokongan orang ramai dan dapat di teruskan lagi.‘ tambah Marvin lagi.

Sekiranya anda ingin melihat bagaimana band-band yang baru bermula dan menjadi saksi pertama kepada apa yang berkemungkinan menjadi permulaan awal kepada mana-mana band yang mungkin bakal menjadi band yang besar di persada scene lokal atau kemungkinan antarabangsa, datang lah ke gig La Debut ini. Tiket depan pintu hanya lah berharga RM25 sahaja.

Gig/Concert/Tour/, News

Barbeque dan Menari Bersama Turntable DJs

Sebuah acara muzik serta BBQ bernama Grill and Groove akan berlangsung di LEK. Acara ini di anjurkan oleh Rami Nari dan Vibin by Lek. Sebuah ruang creatif baru yang terletak di bandar Kuching. Acara ini akan memaparkan 2 orang Dj yang menggunakan turntable iaitu DJ Rocatz dan Shane 2Sweet. Mereka berdua adalah dari kolektif Dj yang bernama Leftmind International.

Sedikit info mengenai Dj-Dj ini. DJ Rocatz, berasal dari Kuching, Sarawak, merupakan Dj turntable yang di mana kebanyakan muzik-muzik yang di putarkan oleh beliau kebiasaannya adalah lagu-lagu seperti ala Funk, Soul dan Hip-Hop. Style dj beliau juga adalah kebanyakannya melibatkan scratching. Beliau telah menyertai beberapa acara pertandingan DJ dan juga B-Boy seperti REPYOURSTYLE , ETS Jam 2022, dan juga Jom Battle antaranya. Rocatz juga pernah berkolaberasi dengan beberapa nama besar di dalam scene lokal Hip-Hop, seperti Joe Flizzow dan Lethal Skillz antara nya.

Seterusnya adalah DJ Shane 2Sweet. Berasal dari Kuala Lumpur, beliau mendapat inspirasi dengan mengembara di beberapa tempat di luar Malaysia dan mendapat inspirasi dengan bergaul dengan pelbagai budaya. Melalui pengembaraan beliau lah, beliau mendapati bahawa setiap tempat yang di pergi nya mempunyai ciri-ciri unik dalam mengintepretasikan muzik-muzik moden dengan budaya mereka sendiri. Antara muzik-muzik yang diputarkan oleh Shane adalah berlandaskan Funk, Soul, Breaks dan Jazz.

Shane juga merupakan salah seorang daripada founder-founder di dalam kolektif DJ iaitu LEFTMIND International. Shane pernah membuat persembahan di beberapa event seperti Repz Your Style, Majulah Fest, Elevate The Streets Jam dan banyak lagi.

Bagi mereka yang meminati Hip-Hop, juga bagi anda yang ingin explore dunia dj turntable, ataupun anda dari scene muzik lain akan tetapi ingin meneroka lebih jauh dalam scene lain daripada scene kebiasaan anda, lets go and Vibes di Grill and Groove di ruang event baru di Lek.

Pemegang 100 tiket pertama akan berpeluang untuk mendapat mocktail dan BBQ istimewa daripada Suci & Juicy!

Gig/Concert/Tour/

Femme Frontier Gig 2023

Sebuah gig yang di anjurkan oleh Punkcaroba dan & GRRRL iaitu FEMME FRONTIER akan berlangsung pada 15th September 2023 Jumaat ini, bertempat di Appleseed Studio Kuching, Sarawak. Apa yang menariknya tentang gig ini ialah setiap band yang membuat persembahan mempunyai sekurang-kurangnya ada seorang anggota perempuan.

Menurut wakil, dari Punkcaroba dan GRRRL, ‘Gig ini di anjurkan bagi menggalakkan dan memberi inspirasi agak lebih ramai para wanita dapat melibatkan diri di dalam scene Indie dan Hardcore Punk. Ini adalah kerana agak jarang kita dapat melihat penglibatan wanita di dalam scene Hardcore Punk terutamanya.’

Gig ini akan memaparkan 5 buah band lokal dan antarabangsa. Mereka adalah, Facepalm Nation (Fastcore / Hardcore) dari Jerman, The Prim (Powerviolence / Hardcore) dari Jerman Kosmik (Post-Rock) dari Brunei, Oceansfire (Alt Emo Rock) dari Sabah, dan Dance On Your Grave (Hardcore Punk) dari Sarawak.

Tiket adalah Rm35 sahaja. Apa tunggu lagi!? Ayuh!

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Gabungan Seni Tatu Traditional & Kontemporari di Acara Karya Badan

Karya Badan, sebuah acara seni yang meraikan hasil dan karya-karya para artis-artis tatu dengan merapatkan jurang antara seni, tatu, dan budaya, akan di adakan pada 1 hingga 10 September ini di bangunan Think n Tink, Kuching Sarawak. Acara ini turut mendapat sokongan daripada PUSAKA, UTECH dan Tay Motors.

Di anjurkan oleh Rakta Dhatu dan Lek, acara Kara Badan ini akan memaparkan hasil kerja dari 11 para artisan, dan para pengunjung boleh menjangkakan untuk melihat dan merasai sendiri pameran seni, demonstrasi tatu, stesen interaktif, projek kolaberasi dan juga berpeluang untuk berhubung dengan lebih rapat bersama para-para artis itu sendiri.

Menurut Reef, co-founder kepada Rakta Dhatu, “Di Karya Badan, kami memecahkan halangan dan meraikan kreativiti unik yang berkembang pesat di dalam komuniti artistik kita.” Tambah beliau lagi, “Acara ini bukan sahaja mengenai tatu, tetapi ia juga tentang memupuk keterangkuman, mencabar tanggapan dan menyediakan platform untuk para artis bersinar.”

Para pengunjung, sama ada anda dari dalam Kuching atau dari luar Kuching, akan berpeluang untuk merasai sendiri betapa pelbagainya ekspresi permaidani budaya dari segi traditional dan kontemperari yang boleh di jalinkan bersama. Karya Badan menjanjikan pelbagai pengalaman yang menarik kepada para pengunjung yang sudah pasti akan memberi inspirasi kepada anda.

Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan semua orang ke acara ini dan meraikan pelbagai seni, budaya dan kreativiti. Karya Badan adalah peringatan bahawa seni tidak mengenal sempadan dan perbezaan yang ada adalah punca kenapa komuniti kreatif kami adalah sangat menarik dan pelbagai. ” Tambah Aaron, yang juga merupakan co-founder kepada Lek.

Kemasukan ke acara Karya badan adalah RM15 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara ini, boleh layari media sosial @karyabadan

Gig/Concert/Tour/

Hidupkan Semula Masa Silam Emo & Pop-Punk di ‘Black Parade 2.0’

Project Amnesia akan melancarkan gig ‘Black Parade 2.0’ pada 26 Ogos 2023 hari Sabtu, bertempat di HAUS Kuching. Gig ini merupakan siri ke-2 dari Project Amnesia dan dijangkakan sejumlah 300-400 orang akan datang memenuhi HAUS Kuching.

Black Parade merupakan sebuah event yang bertemakan Emo, Pop-Punk, dan komunitas-komunitas Rock secara umumnya. Para pemuzik akan mempersembahkan lagu-lagu cover yang bergenrekan Emo dan Pop-Punk dari era 2000an. Pada siri pertama Black Parade di lakukan, antara band-band dan Dj yang melakukan persembahan adalah Roses Are Black, Exhale My Ozone, We The Leader dan DJ Vaux. Untuk siri ke-2 pula akan memaparkan band-band yang sama dengan penambahan beberapa band, artis dan Dj seperti Afterfall, Steff Fleur, Dj KawaiiBoi. Selain daripada itu, pemenang Battle of The Band online yang di anjurkan oleh Project Amnesia Bass, Kicks and Rhythm, 11th Minute akan turut serta beraksi pada gig ini.

Menurut salah seorang jurucakap Projeck Amnesia, “Kami menerima sambutan yang meriah daripada para komunitas pada tahun lepas dan pada tahun ini, kami akan melakukan event ini dengan lebih besar dan dengan para persembahan yang lebih baik.

Gig ini juga akan memaparkan beberapa booth yang mempersembahkan merch-merch daripada para pemuzik yang akan melakukan persembahan dan juga dari beberapa vendors-vendors lokal yang lain.

Sedikit info mengenai Project Amnesia. Mereka merupakan syarikat Event Management yang membuat pelbagai acara dengan tujuan untuk menyatukan orang ramai dan memperkasakan komunitas-komunitas yang mempunyai pelbagai minat dari segi muzik, budaya dan sub-budaya. Untuk mendapatkan tiket Black Parade 2.0, kalian boleh bertandang di account instagram @amnesiakch. Tiket pre-sale adalah RM55 dan tiket depan pintu boleh di dapati dengan harga RM65.

Gig/Concert/Tour/

Festival Muzik Dalam Hutan Tepi Sungai

Noise Not Bombs, sebuah festival yang di terajui oleh komunitas-komunitas sub-culture yang berlandaskan muzik akan berlangsung untuk julung kalinya pada 12 Ogos 2023(Sabtu) bertempat di Koloyan River Cottage dekat Bau, Sarawak. Festival ini dibiayai sepenuhnya oleh jawatankuasa para penganjur dan akan memaparkan 15 pemuzik dari sekitar Malaysia, Indonesia dan Singapura. Genre-genre muzik yang akan beraksi pada festival ini pula adalah berbeza-beza. Dari Hardcore Punk, Metal, Ethnic Fusion, Midwest Emo dan Electronic Dance Music(EDM).

Apa yang menariknya tentang festival ini, ia akan diadakan di dalam hutan dan berdekatan dengan sungai dekat kawasan Bau, Sarawak. Menurut dari salah seorang para penganjur, “Kami berhasrat untuk menyediakan ruang untuk berhibur secara selamat kepada semua orang tanpa mengira jantina, etnik, keutamaan diet, kumpulan darah, pendek kata setiap lapisan masyarakatlah. Kami juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk diskriminasi, keganasan, gangguan dan sebarang tingkah laku yang membahayakan para hadirin di festival muzik ini.

Barisan-barisan pemuzik yang akan beraksi di festival muzik Noise Not Bombs adalah, Tools Of The Trade(Grindcore), Radigals(Hardcore), Lullavile(Alternative), Mothflesh(Groovecore), Memorial(Hardcore Punk, Mascot(Midwest Emo & Alt Rock), Kretek(Electronic Dj), Heuremin(Electronic Dj), Danella(Slam), Swindle(Punk-Rock), Nightwolf(Metal & Punk), Pinanak Sentah(Ethnic Contemporary), Clockwise(Post-Punk), Retreo(Disko Rock & Roll), dan Serangga(Hardcore Punk).

Segala maklumat lanjut mengenai pembelian tiket, lokasi ke venue, penempahan tempat tinggal, info-info lanjut mengenai festival ini dan sebagainya, boleh di dapati di link ini.

Apa tunggu lagi!? Jemput datang bersama rakan-rakan, sila datang dengan minda yang terbuka, dan yang penting, sila saling HORMAT MENGHORMATI! Mosh! Mosh! Mosh!