Author

Darth Ra

New Release

Sauhh Familia dan GhostTownzBea Rilis ‘Taknak Test(Remix)Lirik Video Visualizer

Kumpulan Hip-Hop dari Sri Aman, Sarawak, Sauhh Familia dan GhostTownzBea telah berganding untuk lagu terbaru mereka iaitu ‘Taknak Test Remix‘ yang boleh di dengar di platform YouTube. Ahli-ahli Sauh Familia dan GhostTownzBea yang terlibat untuk lagu ini adalah Ejump, Achill, Lil Khai, Mrkyul dan Azfar Yazid. Mix dan mastering lagu ini dibuat sepenuhnya oleh Awang Hannyezam(Ejump) dan Azfar Yazid.

Ejump(kiri) & Achill(kanan)

Sedikit maklumat mengenai lagu ini, lagu ini pada asalnya sudah di rilis di channel YouTube Sauh pada tahun 2023 dan telah dirakan dan dibuat semula untuk versi remix bersama Sauh Familia dan GhostTownzBea. Lagu ini juga adalah tentang hidup kita sebagai individu dan ada orang lain yang ingin mencabar kita, tetapi kita pula mempunyai hak kita sendiri untuk tidak melayan kerenah orang tersebut. Lagu ini juga adalah dari inspirasi setiap kisah hidup yang telah di alamai oleh mereka yang terlibat dalam pembuatan remix ini. Process penciptaan lagu ini memakan masa sebanyak sebulan untuk disiapkan dan rakaman vocal pula dilakukan di tempat masing-masing sambil di bantu oleh Awang Hannyezam dan Azfar Yazid untuk process mix dan mastering.

Azfar Yazid

Menurut hebahan akhbar yang di hantar untuk lagu ini, Sauhh Familia amat berbangga sebab dapat bekerjasama dengan GhostTownzBea kerana kumpulan GhostTownzBea merupakan sebuah kolektif Hip-Hop yang di wakili oleh Azfar Yazid dan Mrkyul dari Kuching dan Lil Khai dari Sabah. Ini kerana mereka bertiga mampu mewujudkan sebuah kolektif muzik Rap, Hip-Hop dari dua negeri dari Borneo dan ini hanyalah permulaan. Untuk pengetahuan umum juga, Azfar Yazid merupakan anak buah kepada rapper lagenda dari Sibu iaitu Mr.Mokha.

Mrkyul

Saya berharap lagu ini akan mendapat sambutan dan di terima oleh orang ramai. Sekian lama Sauhh Familia diam dalam industri ini, kini Sauhh Familia kembali dengan lagu ini (Taknak Test REMIX) dan kami berjanji, selepas ini, kami akan ada satu lagu baru dari kami sendiri dan producer untuk lagi ini ialah Muizz Beats Music. Insya Allah, sebelum habis 2025, lagu ini akan release dengan muzik video rasmi. Kami berharap agar pendengar dan peminat sentiasa sokong kami dan sokong artis lokal yang lain. Sekian terima kasih.” – menurut wakil daripada Sauhh Familia menerusi hebahan akhbar yang di hantar kepada kami.

Lil Khai

Jangan lupa untuk subscribe dan like page Sauhh untuk apa-apa perkembangan lanjut tentang karya mereka!

New Release, Uncategorized

Band BritPop dari Kuching, The Rollers, Rilis Visualizer Lirik Video Reminisensi/Memori

Band Britpop dari Kuching, The Rollers telah meriliskan satu visualizer lirik video untuk rilisan terbaru mereka iaitu Reminisensi/Memori yang boleh di tonton dan didengari di platform YouTube. Lagu ini telah di rilis pada 31 Ogos 2025 lepas dan di rekod di Studio Tiga Abdul, Kuching.

Sedikit info mengenai band The Rollers, mereka merupakan sebuah band yang memainkan irama Britpop dan kebanyakan lagu-lagu mereka dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Setiap ahli band ini mempunyai minat yang mendalam terhadap band-band dari United Kingdom dari era 90an sehinggalah ke 2000an. Ahli-ahli band mereka adalah terdiri daripada Wandy(vokal), Aone(1st gitar), Sham(2nd gitar), Lahouk(bass), Bedy(keyboard/synth) dan Zezeb(drum).

Untuk lagu Reminisensi/Memori pula, lagu ini mencerminkan tentang perjalanan, kenangan dan kerinduan, melalui melodi nostalgia yang dicampur dengan saat kontemporari. Selain daripada YouTube, lagu ini juga boleh di dengar dan di tempah di platform lain seperti di ReverbNation dan juga Bandcamp.

Jangan lupa untuk dengar, like dan subscribe channel YouTube The Rollers agar anda tidak akan ketinggalan untuk mendengar apa-apa rilisan terbaru daripada mereka.

Gig/Concert/Tour/, News, Uncategorized

Gig Metal, Death To Decay di Purrfect Studio

Sebuah acara muzik Metal iaitu Death To Decay bakal berlangsung di Purrfect Studio pada 27 September 2025 (Sabtu), bermula dari pukul 6.00pm sampai habis! Acara ini di anjurkan oleh Inferno Stage Entertainment dengan kerjasama antara Purrfect Studio, Punkcaroba, Extreme Music Independent dan Chillietech Lab. Tiket di jual di hadapan pintu dengan hanya RM55.

Highlight utama untuk acara ini nanti adalah sebuah band Thrash Metal daripada Singapura iaitu Antologi, dan band-band lain yang akan membuka persembahan itu nanti adalah Morbid Steel, Blindsided, Torture of Agony, Militant Attack, dan Neraizz.

Kepada peminat-peminat muzik Metal aliran trve, pada 27 September 2025 nanti, jangan tunggu lama-lama. Ayuh bersama menjadi sebahagian daripada sejarah Metal di Kuching di gig.

New Release

Setelah Lama Berdiam, Maddayz dari Tikar Terbang Rilis Single Lirik Video ‘Rap Merah’

Rapper Maddayz yang juga merupakan salah seorang daripada kolektif Hip-Hop Tikar Terbang telah meriliskan sebuah lirik video visualizer untuk single terbaru beliau iaitu Rap Merah, yang boleh di dengari di channel YouTube Maddayz sendiri. Lagu ini di rakamkan di Treatment Studio, beatmaker oleh Pi, Mix & Master pula adalah daripada Adeen Ekata.

Sedikit info mengenai Maddayz, beliau berasal dari Kuching, Sarawak dan merupaka seorang Rapper yang melakukan eksperimental Hip-Hop dengan gabungan bersama seni Alternatif. Beliau telah mula aktif didalam scene Hip-Hop underground Sarawak semenjak 2018 lagi dan sejak itu, beliau sentiasa menggunakan seni Avant Garde beliau sebagai medium untuk menonjolkan hasil karya beliau untuk orang ramai.

Bersama crew beliau iaitu Tikar Terbang, Maddayz terus menekankan seni Hip-Hop beliau melalui EP terbaru beliau iaitu ‘BLUELITE‘ di mana dalam EP tersebut, telah memaparkan lebih meluas akan pengalaman, naratif cerita dan pengalaman bunyi-bunyian yang pasti akan membuat para pendengar terutamanya mereka yang mengikuti perkembangan Hip-Hop tempatan teruja.

Jangan lupa untuk stream, tempah dan subscribe channel Maddayz untuk mengetahui perkembangan terbaru karya beliau!

Gig/Concert/Tour/, News

Dari Lantai Tarian ke Frekuensi Malam: SPAC3 Edisi Ke-4

Sebuah acara muzik dan santai akan berlangsung di ruang acara Lek. pada 13 September 2025(Sabtu) bermula dari jam 9.00pm sampai habis. Acara ini dibawa oleh VIBIN’ by Lek., dan NWHR. Acara ini dinamakan SPAC3 Series kerana setiap series akan memaparkan Dj-Dj yang berlainan dengan gaya muzik yang berbeza di lantai tarian. Dj-Dj yang akan mengawal lantai tarian untuk SPAC3 kali ini adalah Rocatz dan Peot, yang juga merupakan seorang penari yang berprolific. Tiket untuk acara ini akan dijual di hadapan pintu dengan harga RM30.

Featured, News

The Paw Project. Acara Meraikan Kucing, Muzik dan Santai di Tropics City, Kuching

Sebuah acara yang di anjurkan bagi meraikan Kucing bakal berlangsung di Tropics City, Kuching pada 13 & 14 September 2025(Sabtu dan Ahad). Acara ini di namakan The Paw Project dan akan memaparkan market, muzik dan semestinya Kucing. Acara ini di anjurkan oleh Pawsitive Vibes Foundation dengan kerjasama bersama 17SIREN.

The Paw Project akan menggabungkan persembahan muzik dan juga putaran muzik daripada para Dj bagi memeriahkan suasana. Acara ini dianjurkan bagi mengumpul dana untuk program Neuter dan Vaksin yang dilakukan oleh Pawsitive Vibes Foundation Kuching.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang The Paw Project ini, sedikit info mengenai founder-founder kepada Pawsitive Vibes Foundation. Greg, pada asalnya datang dari United Kingdom dan juga merupakan co-founder kepada Pawsitive Vibes Foundation bersama dengan Anthony. Mereka berdua merupakan pencinta Kucing dan telah mendedikasikan hidup mereka dengan menyelamatkan Kucing-Kucing jalanan. Mereka berdua telah membuat kempen Trap-Vacinate-Neuter-Return, sebuah kempen di mana mereka akan menyelamatkan Kucing jalanan, neuter mereka dan kembalikan mereka semula. Sekarang mereka telah meletakkan 50 ekor Kucing di tempat perlindungan mereka dan ini adalah sebahagian daripada initiatif mereka sebagai pencinta Kucing sejati.

Sedikit info tentang mereka yang akan melakukan persembahan pada hari kejadian, mereka adalah Faithfiance & Manologue. Dengan suara yang merdu dan koleksi lirik yang seolah-oleh keluar dari diari peribadi sendiri, Faithfiance akan menggabung bunyi-bunyian R&B dengan sentuhan suara beliau yang akan membuat anda seolah-olah mendengar sebuah cerita dan puisi sambil di iringi melodi yang dimainkan oleh Manologue.

Seterusnya adalah Alex & Tiffy. Muzik yang mereka mainkan di hari kejadian nanti adalah gabungan elemen-elemen Jazz, Bossa Nova, Soul dan Pop. Mereka berdua merupakan kawan rapat dan juga mempunyai minat yang mendalam di dalam penulisan muzik dan bermain muzik. Gabungan mereka berdua, pasti akan membuat para pendengar dapat merasa peresaan muzik yang lembut, reflektif dan perasaan yang mendalam.

Dj yang membawa idea untuk acara ini dan yang akan mengawal lantai tarian di The Paw Project ini adalah Intan. Beliau merupakan pencinta Kucing yang sejati dan dengan trend acara pop-ups serta dengan Dj menjadi trend sekarang ini, beliaulah yang membuat kolaberasi untuk acara ini menjadi kenyataan. Intan juga merupakan founder untuk 17Siren, sebuah komuniti yang membuat beberapa acara Dj dan juga membawa serta memperkukuhkan Dj-Dj wanita di dalam dunia Dj dan muzik elektronik. Muzik yang di bawa oleh Intan adalah berirama House dan Dance. Beliau juga kerap membuat beberapa rendisi muzik untuk pelbagai genre bersesuaian dengan keadaan lantai tarian di masa kejadian. Muzik-muzik yang di putarkan oleh Intan sudah pasti akan membuat lantai tarian bergerak dengan penuh asyik, bertenaga dan semuanya adalah dari pada jiwa Intan sendiri.

Hafa, beliau merupakan kawan lama kepada Greg di UK dan juga merupakan kacukan Irish dan Sarawak. Muzik yang akan beliau putarkan adalah gabungan House, UKG, dan Drum&Bass. Beliau juga merupakan seorang pencinta Kucing dan juga pernah membantu Greg di dalam perjuangan menolong Kucing-Kucing jalanan melalui kolaberasi bersama The Paw Project.

Dan Idan pula merupakan seorang Dj yang di kenali di sekitar scene Dj underground Kuching dengan memutarkan muzik yang bermain dengan irama Baile Funk, Dancehall dan Afrobeats. Walaupun demikian, Dan Idan juga adalah seorang Dj yang sangat versatile kerena beliau juga boleh mengadunkan pelbagai bunyi-bunyian di dalam set beliau seperti Deep House, Jazz, Jersey Club, Amapiano dan pelbagai lagi. Beliau juga merupakan mentor kepada Dj-Dj baru di Kuching dan sekiranya mereka yang ingin belajar bagaimana hendak menjadi Dj, boleh lah hubungi beliau secara terus.

Dj seterusnya pula adalah X0 6Alloons. Selain daripada Dj, beliau juga merupakan seorang penulis lagu dan juga producer. Untuk acara ini, beliau akan memainkan peranan sebagai Dj pula. Beliau menggunakan perjalanan beliau sebagai Dj sebagai salah satu cara untuk beliau bertemu dengan kawan-kawan baru. Jenis muzik yang beliau putarkan pula adalah lebih kepada Industrial Techno dengan inspirasi daripada Tham, MD3Rn, I Hate Models dan Gesaffelstein. Set beliau pasti akan membuat lantari tarian menjadi lebih Deep dan berkoneksi.

Selepas itu pula adalah Rezza. Beliau merupakan antara Dj yang tengah melonjak di dalam scene Dj underground Kuching. Bagi mereka yang mengikuti scene Dj underground Kuching, Rezza di kenali dengan gaya muzik berirama Afro Beats, Amapiano, Afro House dan Baile Funk. Beliau telah mula bermain dengan seni Dj semenjak tahun 2016 dan semenjak itu, beliau mula membina brand beliau sendiri secara perlahan-lahan. Melalui komuniti seperti SFDP dan VIBIN’ KCH, Rezza akhirnya telah menemui komuniti yang boleh bersama menyebarkan bunyi-bunyian yang ingin di bawa oleh Rezza.

Uncategorized

Tampil Dengan Lagu Tema sendiri, Kilat Boy Bakal Bertemu Peninju Thailand di N9 Arena, Negeri Sembilan

Peninju Sarawak, Daeloniel McDelon Bong, atau lebih dikenali sebagai Kilat Boy, bakal menghadapai cabaran yang terbesar di dalam karier beliau pada 30 Ogos 2025(Sabtu) nanti apabila beliau akan bertemu dengan peninju Thailand untuk berrebut gelaran WBC Asia Continental Super Bantamweight di N9 Arena, di Nilai, Negeri Sembilan.

Saya berehat lama selepas perlawanan terakhir di Johor pada Februari lalu. Alhamdulillah, selepas rawatan dan rehabilitasi, saya kini berada dalam kondisi terbaik untuk perlawanan ini,” kata Kilat Boy pada sesi sidang media di TVS.

Aizal (Kiri) Kilat Boy (tengah), M Mikail Ghazali (kanan)

Sekiranya beliau berjaya menang pada perlawanan di 30 Ogos nanti, Kilat Boy telah menggenggam 3 gelaran juara. Gelaran seterusnya yang Kilat Boy impikan adalah tali pinggang WBC Gold sebagai langkah seterusnya ke arah pentas dunia. Bagi memastikan impian beliau dan membawa nama Sarawak dan Malaysia ke persada dunia dalam bidang tinju, Kilat Boy turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Sarawak, TVS dan pasukan produksi Biak Ijal yang telah menyediakan lagu tema khas sempena perlawanan Kilat Boy pada 30 Ogos nanti. Dengan sokongan daripada Rentap Gym, TVS dan sponsors lain, perkara ini akan lebih memudahkan perjalanan Kilat Boy di dalam membawa nama Sarawak dan Malaysia lebih di kenali di persada dunia tinju.

Lagu tema Kilat Boy

Apa yang menarik nya pada 30 Ogos nanti, Kilat Boy akan memasuki gelanggang dengan menggunakan lagu khas yang di cipta untuk beliau yang di tulis oleh kumpulan Rapper Sarawak iaitu Biak Ijal. Ahli-ahli biak Ijal adalah terdiri daripada Irfan Aniq, Ziji.Q, NoFik dan Emansushii. Manakala producer pembuatan beat untuk lagu ini pula di buat oleh nicXL. Kilat Boy merupakan antara peninju lokal yang mempunyai lagu entrance beliau sendiri.

Menurut CEO Twin Championship Mohd Fitri Omar, “langkah kita seterusnya adalah untuk Kilat Boy mencabar gelaran WBC Asia Continental. Kita tak nak beliau rehat terlalu lama, sebab kita hendak beliau mengintai kepada WBC Gold pada tahun hadapan. Matlamat kita untuk tahun hadapan adalah jelas, kita ingin mempersiapkan Kilat Boy untuk kejohanan dunia dan sebagai promoter, saya betul-betul hendak melihat salah seorang daripada peninju kita akan dapat beraksi di pentas antarabangsa. Insya-Allah.

Perlawanan Kilat Boy akan berlangsung di N9 Arena di Nilai, Negeri Sembilan dan boleh di tonton secara langsung menerusi TVS channel 122, di MYTV, Unifi TV, Astro Arena serta di laman web tvsarawak.my.

CEO Twin Championship Mohd Fitri Omar
Gig/Concert/Tour/, News

Kuching Vintage Festival dekat The Hills Shopping Mall

Sebuah acara yang menjual dan mempamerkan barang-barang vintage akan berlangsung di The Hills Kuching pada 29 – 31 Ogos 2025(Jumaat, Sabtu dan Ahad). Acara ini dianjurkan dengan kerjasama antara Kuching Car Boot Sale Community dengan Heavy Soul Vintage.

Kali terakhir acara ini dijalankan adalah pada tahun 2022 dan selepas beberapa tahun menyepi, Kuching Vintage Festival kembali buat kali kedua bertempat di The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada waktu acara ini nanti adalah, jualan barang-barang vintage, antik dan klasik, juga akan ada persembahan live muzik serta pameran koleksi barangan-barangan vintage untuk tatapan umum. Terdapat 30 booth yang akan disediakan daripada para vendor dan para kolektor. Dari barangan-barangan antik sehinggalah ke pakain-pakaian vintage.

Untuk persembahan muzik pula, antara band-band yang akan beraksi pada Kuching Vintage Festival nanti adalah The Rollers, Radioaktif, Heroine, Wp.Shhh, She’s Nuklear, Rockaholic dan banyak lagi.

Gig/Concert/Tour/

‘The Helena Show’ Sebuah Gig Tribute to My Chemical Romance Bakal Berlangsung di Purrfect Studio

Sebuah gig yang bertemakan tribute untuk band My Chemical Romance bakal berlangsung di Purrfect Studio pada 16 Ogos 2025(Sabtu), bermula dari jam 7.30pm sampai habis. Tiket untuk gig tribute untuk My Chemical Romance berjudul ‘The Helena Show‘ akan di jual dengan harga RM40 untuk early bird dan RM50 untuk di hadapan pintu. Gig ini di anjurkan kan sebagai meraikan kedatangan My Chemical Romance yang bakal berkunjung di Malaysia pada tahun 2026. Gig ini juga adalah di co-sponsored oleh Purrfect Studio.

The Helena Show ini akan memaparkan persembahan daripada empat vokalist wanita dari Kuching dan mereka adalah adalah Kim Randu yang merupakan vokalis untuk band We The Leader, Alexandria daripada band 11th Minute, Charmine Michelle daripada band Hey! Leave A Message dan Chrislynn daripada band Epoch Vultures. Mereka akan di temani oleh sekumpulan musician berpengalaman yang pernah membuat persembahan di beberapa festival music di sekitar Kuching.

Gig ini dianjurkan untuk membawa dan mengumpul peminat-peminat My Chemical Romance di sekitar Kuching. My Chemical Romance merupakan sebuah band yang sangat berpengaruh pada tahun 2000an kerana pengaruh mereka telah melangkaui beberapa generasi dari Milennials sehinggalah ke Gen-Z.

Untuk menempah tiket ke gig ini, boleh lah klik ke link ini.

New Release

Penyanyi R&B Kacukan Malaysia Filipina Seksitito Rilis Visualizer Lirik Video ‘Gelisah’

Penyanyi R&B kacukan Malaysia dan Filipina iaitu Seksitito yang mula menempa nama di dalam scene R&B lokal telah meriliskan sebuah visualizer lirik video untuk single terbaru beliau iaitu ‘Gelisah‘. Muzik video visualizer ini yang boleh di tonton di platform YouTube dan di dengari di setiap platform streaming muzik yang ada.

Lagu ini mengisahkan tentang konflik dalaman seseorang yang terpaksa berpura-pura menjadi orang lain walaupun perasaan dalaman sebenarnya berasa sangat ‘Gelisah‘ dengan perasaan rindu di larut malam yang turut di sertai dengan ego. Lagu ini merupakan salah satu usaha Seksitito di dalam memperjuangkan muzik berirama R&B di Malaysia. Selain itu, ini juga merupakan usaha Seksitito di dalam merapatkan jurang budaya di dalam muzik antara Malaysia dan Filipina.

Di terbitkan oleh MFMF Music, lagu ‘Gelisah‘ ini di tulis sendiri oleh Seksitito bersama dengan Asyraf Hardy dan Azarel Kislon. Manakala komposisi lagu ini di buat oleh Ezra Alfandy.

Semua orang membawa kebenaran versi mereka sendiri dan lagu ini bukan sekadar lagu. Ia adalah emosi yang dikongsi bersama’ – kata Seksitito mengenai lagu ini melalui hebahan akhbar yang dihantar.

Seksitito merupakan penyanyi R&B yang berasal dari Sarawak dan mempunyai kacukan Filipina. Pengaruh muzik beliau adalah dari penyanyi ikonik R&B antarabangsa seperti Usher, Chris Brown, Jamie Foxx, Luther Vandross, Musiq Soulchild dan banyak lagi. ‘Ini merupakan bab pertama saya di dalam membina sesuatu yang boleh menghubungkan hati dari Borneo hingga ke Filipina.’ Tambah beliau lagi.

Jangan lupa untuk dengar Seksitito ‘Gelisah‘ di platform YouTube dan di setiap streaming platform. Jangan lupa untuk like, subscribe dan share!